Posting mengikut label

Wednesday, October 29, 2008

AKHLAK DAN DISIPLIN DALAM BERORGANISASI

Limbaruh Hijau, Selasa 28 Oktober 2008 - Dalam liku perjuangan, penuh dengan ujian dan tribulasi, jesteru itu sebagai seorang pejuang perlu di hiasi dengan keindahan dan diwarnai dengan akhlak Islam supaya sepanjang perjalanan perjuangan akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Ikhlas, Taat, Rasa Persaudaraan,Kerahsiaan, Menunaikan Janji, Tidak Bersifat Melampau, Banyak Bersabar, Bersifat Rendah Diri, Menjauhi Diri Daripada Berburuk Sangka, Menjadikan Diri Sebagai Contoh Tauladan Yang Baik adalah antara yang penting ada di setiap ahli pertubuhan parti terutama sekali di kalangan pemimpinnya.


Demikian antara lain yang di sampaikan oleh Ustaz Haji Idris Haji Ahmad, penceramah bebas yang mengelolakan Program Usrah Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat siri kedua yang di adakan di Limbaruh Hijau Jalan Jerudong hari ini.

Program tersebut merupakan anjuran Biro Hal Ehwal Ugama Parti Pembangunan Bangsa yang antara lain bertujuan untuk terus menjadikan anggota-anggota NDP bersikap Istiqamah dan menyedari erti sebenar perjuangan mereka dengan niat yang ikhlas demi bangsa dan negara serta agama, bukannya untuk sebarang kepentingan diri sendiri.

Dua kertas kerja telah di bentangkan oleh penceramah yang berpendidikan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan itu, “Kepimpinan Masyarakat Madani” dan “Ilmu dan Akhlak Dalam Kepimpinan”.

Seramai lebih 50 orang di kalangan ahli-ahli Majlis Tertinggi, dan kepimpinan daripada peringkat ranting NDP telah menghadiri seminar tersebut yang di adakan selama dua hari dan akan berakhir Rabu 29hb Oktober 2008.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Parti Pembangunan Bangsa Ayahanda Yassin Affendy dan beberapa orang Penasihat Parti dan juga Timbalan Pengerusi Tetap parti.

Ustaz Haji Idris dalam kertas kerjanya menegaskan setiap pejuang itu perlu menpunyai niat yang betul Kerana Allah, dan menuntut redhaNya bukannya redha manusia, kerana katanya jika mempunyai matlamat yang lain ia tidak akan terpakai dan musnah di tengah jalan dan akan merosakkan organisasi.

“Jangan ada matlamat yang lain, betulkan niat kita kepada perjuangan” katanya.

“Untuk menjadi anggota parti jemaahnya hendaklah mematuhi arahan pimpinan selagi ianya tidak bertentangan dengan dasar parti, selain itu perlu sentiasa menghadiri program-program ilmu untuk menambahkan pengetahuan Islam dan memahami gerak kerja parti, menghadiri program tarbiyyah seperti usrah, tamrin, rehla, mukhayyam untuk membina fikrah dan keperibadian Muslim sejati” beliau menambah.

“Selain itu lebih penting juga ialah mereka perlu menjaga akhlak sebagai anggota parti, menghadiri mesyuarat agung parti setiap tahun, menyeru kaum keluarga, sahabat handai dan orang awam untuk menyertai perjuangan parti, menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh musuh terhadap parti dan menerangkan dasar parti kepada orang ramai adalah juga antaranya yang penting dilaksanakan oleh ahli-ahli parti terutama di kalangan kepimpinan” ujarnya.

Beliau juga seterusnya menyarankan kepada anggota parti supaya terus mengadakan program-program usrah (keluarga) untuk membantu mengeratkan kesepaduan, dan dalam masa yang sama boleh membantu menanamkan sikap Istiqamah di kalangan seluruh anggota parti daripada pusat hinggalah ke cabang dan ranting seluruh negara(HSZ).

Saturday, October 25, 2008

PENDUDUK JALAN KECIL SUNGAI LIANG TERPUTUS JALAN LALUAN UTAMA

SERIA,Khamis- Dua kawasan jalan laluan utama kepada seramai lebih 300 penduduk Kampung Jalan Sungai Liang telah terputus akibat kerosakkan teruk yang di alami ekoran kejadian hujan lebat yang turun sejak lewat petang kelmarin.

Dua infrastruktur jalan terbabit yang terjejas pada kadar jaraknya hanya kira-kira 200 meter turut melibatkan kawasan laluan bagi Syarikat BMC yang pada masa ini sedang rancak menjalankan projek pembinaan kilang Metanol di mukim tersebut.
Beginilah keadaannya Jalan Kecil Sungai Liang yang mengalami kerusakan

Jalan tersebut merupakan laluan utama bagi kenderaan-kenderaan berat Syarikat BMC bagi kerja-kerja pengangkutan barangan keperluan pembinaan kilang yang diangkut daripada jeti binaan di tepi pantai yang jaraknya kira-kira lebih 300 meter daripada Jalan Kecil Sungai Liang.

Ketua Biro Penerangan Dan Hal Ehwal Awam Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Pengiran Haji Mohamad bin Pengiran Haji Said yang juga merupakan salah seorang penduduk yang terjejas akibat kejadian itu ketika ditemui Aspirasi hari ini menyatakan kejadian banjir besar pernah berlaku di negara ini pada tahun 1960an tetapi tidak pernah merosakkan infrastruktur kemudahan orang ramai.

Beliau menekankan pihak pemaju yang telah banyak menaburkan janji untuk membina konkrit besar bagi pengaliran air daripada beberapa batang sungai di kawasan itu ke kawasan pantai nampaknya hanya seperti menanam tebu di tepi bibir kerana ianya tidak pernah dilaksanakan.

Menurutnya lagi kejadian itu dipercayai berpunca daripada aliran air sungai yang bertembung dengan begitu deras dan longkang pengaliran yang dibina terlalu kecil dan tidak kukuh, tidak mampu mengalirkan kapisiti larian air deras untuk menuju ke pantai itu lalu meruntuhkan tanah di bawah jalan dan memecahkan tar jalan raya.

“Semasa diadakan taklimat-taklimat jerayawara pihak pemaju, penduduk kampung telah mengutarakan kebimbangan mereka tentang kejadian hakisan tanah serta kekhuatiran kepada akan berlakunya impak-impak alam sekitar yang lainnya yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk kampung kemungkinan berlaku ekoran pembinaan projek di sana tetapi pihak pemaju telah memberikan jaminan terperinci tidak akan berlaku sebarang masalah demi kepentingan masyarakat di kampung ini” kata Pengiran Haji Mohamad.

Beliau menekankan lagi jalan laluan mereka itu telah dibina sejak tiga puluh tahun lalu tetapi tidak pernah mengalami kejadian seperti itu sebelumnya dan ianya hanya berlaku setelah pihak perindustrian melakukan kerja penembokan kawasan seluas kira-kira lebih 200 hektar di mukim itu.

Di samping dua kawasan itu yang terjejas teruk, beberapa kawasan lain sepanjang jalan yang sama juga sudah kelihatan pecah di bahagian tepi dan tanah di bawahnya terhakis dan keadaan itu akan membolehkan berlaku lagi jalan pecah dan terputus seterusnya.

Sementara itu, penduduk kampung yang kecewa bercampur rasa khuatir atas kejadian itu juga melihat jalan itu sudah tidak selamat untuk di lalui, lebih-lebih lagi pada waktu malam dan meminta kepada agensi Kerajaan yang berkenaan untuk bertindak bagi pembaik pulih jalan berkenaan pada kadar sebeberapa segera.

Pihak BEDB pula tidak dapat memberikan komen segera kepada pihak media apabila di tanya apakah tindakan ekoran kejadian itu, selain wakil daripada Syarikat BMC yang mengakui bahawa BEDB akan membina segera pembentongan pengaliran air dan penembokkan jalan yang akan disiapkan hari ini.

Ekoran kejadian itu penduduk kampung itu terpaksa lalu di kawasan dalam Projek Syarikat BMC yang masih dalam projek pembinaan untuk menembusi ke jalan besar. Selain kawasan jalan yang terjejas di tutup daripada dilalui sehingga jalan dapat di baik pulih(HSZ).

Saturday, October 18, 2008

MEMERTABAT PENCAK SILAT MELAYU

LIMBARUH HIJAU 18 OKTOBER 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan terus berusaha membantu menyelamatkan seni Pencak Silat sebagai warisan budaya orang Brunei dari terus pupus di telan zaman.

Ikuti berita penuh....

Thursday, October 16, 2008

Saturday, October 4, 2008

BERHARI RAYA BERSAMA AHLI-AHLI NDP





Suasana hari raya di rumah Malai Hassan Othman





Berkunjung ke rumah Awg Bujang Amin


Di rumah salah seorang warga emas (ahli NDP) Awh Hj Kepli Awg Latip

Friday, October 3, 2008

SEMARAK SYAWAL


NDP - Takbir Aidilfitri dirumah-rumah Ahli