Posting mengikut label

Friday, February 20, 2009

Tangki air Mukim Labi yang mengerunkan

LABI 20 FEBRUARI 2009 - PENGGUNA-PENGGUNA jalanraya yang lalu lintas di jalan menuju ke Labi pasti akan merasa gerun apabila melihat dua buah tangki air konkrit yang di bina di atas bibir lereng yang curam yang terletak hanya beberapa meter dari jalan utama menuju ke daerah pendalaman itu. Seterusnya...

Menyusul isu banjir di Lembah Ukong

LEMBAH UKONG FEBRUARI 18, 2009 - MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) NDP yang bersidang buat kali ke 30 pada 14 Februari baru lalu sebulat suara bersetuju agar saranan parti berhubung isu penyelesaian masalah banjir di Lembah Ukong dan persekitarannya yang telah di usulkan di Kongres Agung NDP kali ke-3 tahun lepas di susul semula secepat mungkin. Bersambung...

Thursday, February 19, 2009

HAWA NDP sumbang bantuan kepada mangsa banjir

KUALA UNGAR TUTONG, FEBRUARI 17, 2009 -HIMPUNAN Wanita Parti Pembangunan Bangsa tidak ketinggalan turut merasa terpanggil untuk turun padang meninjau mangsa-mangsa banjir di kalangan anggota NDP yang teruk terjejas akibat kejadian bencana alam banjir besar dan tanah susur bagi kawasan daerah Tutong. Seterusnya...

Wednesday, February 11, 2009

Taklimat tingkatkan keupayaan parti

LIMBARUH HIJAU 11 FEBRUARI 2009 - JAWATANKUASA Panitia Kongres Tahunan NDP akan terus berusaha membantuBadan-Badan Perhubungan dan Ranting-Ranting NDP seluruh negara bersiap sedia ke Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 pada bulan Jun depan ini.

Sepanjang munggu lepas mulai 1 Februari lalu, Jawatankuasa Panitia Kongres telah mengadakan sesi taklimat ke empat-empat daerah di seluruh negara mengenai peranan penting dan tanggungjawab ranting sebagai penentu kejayaan kongres tahunan yang akan di adakan itu.

Sebelum itu sepanjang bulan Januari lepas JK Panitia Kongres juga telah mengadakan taklimat kepada Himpunan Non-Muslim, Wanita dan Pemuda mengenai peranan dan tanggunjawab ke tiga-tiga himpunan dalam membuat persiapan ke kongres tahunan akan datang.

Taklimat juga telah di sampaikan kepada Badan-Badan Perhubungan Parti di seluruh negara mengenai tugas dan tanggunjawab Badan-Badan Perhubungan selaku pengurus dan pentadbir perjalanan parti peringkat daerah berperanan sama mempastikan setiap ranting di daerah masing-masing bersiap sedia untuk menghadapi kongres tahunan parti.

Makumat-maklumat mengenai perjalanan pemilihan umum kepimpinan parti peringkat ranting dan pusat bagi sesi 2009 -2012 (PEMILU 2009) yang sedang di selanggarakan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) serta peranan semua ahli-ahli dalam menjayakan PEMILU 2009 juga turut di jelaskan di sesi-sesi taklimat tersebut.

Menurut JK Panitia Kongres program seterusnya yang akan di adakan di seluruh negara ialah taklimat dan bengkel menghalusi tata cara Badan-Badan Perhubungan serta Ranting-Ranting mengadakan Perhimpunan dan Mesyuarat Tahunan masing-masing.

Antara perkara penting yang akan di berikan perhatian ialah keupayaan ranting-ranting menyediakan laporan tahunan dan laporan kewangan serta kebolehan setiap ranting mengenalpasti isu-isu terkini yang boleh di angkat sebagai usul-usul yang akan di bawa ke Perhimpunan Tahunan Badan Perhubungan dan seterusnya ke kongres akan datang.

Tuesday, February 10, 2009

NDP sedia tingkatkan penglibatan dalam operasi membantu mangsa banjir

LIMBARUH HIJAU 10 FEBRUARI 2009 - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) kelmarin menyeru mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan-kawasan pendalaman yang terjejas agar terus bersabar menghadapi musibah yang sedang mereka alami.

Ayahnda Yasin Affandy dalam satu kenyataan kepada Aspirasi-NDP berharap mangsa-mangsa banjir dan penduduk-penduduk yang turut terjejas akan terus bersabar dan dalam masa sama menaruh keyakinan kepada kesungguhan pihak kerajaan membantu meringankan penderitaan yang sedang mereka alami terutama yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman.

Ayahnda Yasin Affandy membuat kenyataan tersebut berikutan maklumat-maklumat yang diterima NDP yang mendakwa masih terdapat sebilangan besar penduduk-penduduk pendalaman di kawasan-kawasan yang terjejas oleh kejadian banjir besar, seperti di Mukim Ukong, Penapar Tanjung Maya, Kampong Bukit, Rambai dan lain-lain hingga ke hari ini belum menerima sebarang bantuan.

Walaupun di beberapa kawasan pendalaman tersebut tidak secara langsung di landa banjir namun jalan-jalan raya utama menuju ke kawasan-kawasan terbabit telah di tenggelami air. Bekalan letrik dan air juga terputus di beberapa kawasan-kawasan terbabit.

Dengan terputusnya sistem perhubungan darat sejak kejadian banjir besar berlaku seminggu lepas menyebabkan ramai penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terbabit susah untuk keluar mendapatkan bekalan makanan yang di perlukan.

Sebilangan penduduk yang terjejas mendakwa sejak kejadian banjir melanda hingga kelmarin mereka masih lagi menunggu bantuan untuk sampai ke kawasan-kawasan mereka.

Ada juga yang rasa tersinggung apabila mendapat tahu 'penderitaan' mereka di ambil kesempatan dijadikan bahan berita dan publisiti si penderma dan pihak-pihak tertentu, berjabat-jabat tangan di bawah sinaran lampu kamera, sedangkan mereka sudah hampir tujuh hari tujuh malam menderita tidak nyaman tidur, tidak berletrik, tidak menerima bekalan air dan kurang bekalan makanan.

Sehubungan dengan itu Presiden NDP meluahkan harapan agar penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong dan Mukim serta Yang Berhormat-Yang Berhormat agar dapat meningkatkan usaha dengan turun padang, menyingsing lenggan membantu mereka yang sedang menghadapi musibah kejadian banjir tersebut.

"Dalam hal ini NDP akan terus bersedia menghulurkan khidmat bakti kepada agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan yang lain yang telah bertungkus lumus membantu mangsa banjir sejak kejadian banjir berlaku".

"NDP telah menyediakan 4 buah bot sumbangan dua orang ahli Majlis Tertinggi NDP dan menugaskan beberapa sukarelawan untuk membantu operasi menghantar bekalan makanan kepada mangsa-mangsa banjir selain menolong mengangkut penduduk-penduduk untuk keluar dari kawasan-kawasan terbabit".

"Jika di perlukan NDP akan bersedia meningkatkan lagi penglibatannya dalam operasi tersebut bagi mempastikan tidak seorang pun penduduk yang perlu bantuan terpinggir", ujar Ayahnda Yasin Affandy.

Monday, February 9, 2009

Ahli-ahli di landa banjir gembira NDP terus perihatin

TUTONG 09 FEBRUARY 2009 - LEBIH 100 orang ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan keluarga mereka yang tinggal di kawasan Tanjung Maya dan Mukim Ukong, Tutong turut terjejas oleh banjir yang melanda di kawasan-kawasan tersebut sejak minggu lepas.

"Seperti kebanyakkan penduduk kampong yang lain, ramai dari kalangan ahli-ahli parti dan keluarga mereka telah 'terperangkap' apabila paras air sungai semakin tinggi hingga menenggelami jalan-jalan raya utama dan bahagian bawah ruma-rumah mereka".

"Bekalan letrik dan air di beberapa kawasan juga masih terputus memandangkan keadaan di kawasan-kawasan terbabit belum lagi pulih seperti biasa", jelas Awang Mohamad Bahjou Abdullah Bundan, ahli Lembaga Penasihat NDP ketika di temui di rumah abang nya di Ukong kelmarin.

Menurutnya beliau dan keluarga juga turut terjejas oleh banjir besar yang telah menenggelami jalan menuju ke kawasan tempat kediaman beliau di Kampong Ukong. Di bahagian lantai bawah rumah beliau juga turut di tenggelami air yang melimpah dari sungai berdekatan.

Selalunya untuk menuju ke rumah kediaman Awang Mohamad Bahjou dengan mengunakan kereta hanya memakan masa kurang 15 minit dari Layong. Tetapi di sebabakan banjir rombongan NDP terpaksa mengunakan bot melalui sungai dari Sungai Kuala Abang menuju ke kawasan berdekatan tempat kediaman Awang Mohamad Bahjou. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam untuk sampai ke kawasan tersebut.

Ketibaan rombongan NDP dengan mengunakan 2 buah bot di sambut gembira oleh Awang Mohamad Bahjou dan beberapa orang ahli NDP sebaik sahaja bot-bot yang juga membawa bantuan berupa makanan asas mendarat di belakang rumah abang beliau di Ukong.

"Kami akan segera mengagihkan sumbangan bantuan ini kepada ahli-ahli yang sangat memerlukannya seperti balu-balu dan mereka yang kurang mampu yang juga turut terjejas akibat bencana banjir ini", ujar Awang Mohamad Bahjou sambil meluahkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada NDP, Badan Perhubungan NDP Tutong, terutama penyumbang-penyumbang yang bermurah hati serta sukarelawan-sukarelawan NDP yang sanggup meredah sungai untuk menghantar bantuan tersebut.

Sukarelawan-sukarelawan NDP yang terdiri dari Pengiran Ismail Pengiran Ahmad, Awang Haji Ismail Ibrahim, Awang Haji Sabri, Peter Saging, Ak Sharin, Dayang Linda, Awang Ahmad Timpus dan lain-lain telah sejak dua tiga hari lepas bertugas menghantar bantuan kepada ahli-ahli NDP yang terjejas serta membantu pasukan keselamatan kerajaan memindah beberapa orang penduduk-penduduk ke kawasan-kawasan yang lebih selamat.

Pengiran Ismail dari NDP Belait telah meminjamkan dua buah perahu beliau untuk di gunakan dalam operasi tersebut sementara Awang Haji Ismail Ibrahim dari NDP Tutong pula menyediakan dua buah perahu untuk di gunakan dalam operasi yang sama.

Aspirasi-NDP difahamkan parti menerusi Badan Perhubungan NDP Tutong yang telah dari awal lagi mengambil inisiatif membantu ahli-ahli nya yang terjejas oleh banjir tersebut akan terus menghantar bantuan makanan kepada ahli-ahli yang lain yang mungkin belum menerimanya.

NDP terus sumbang bantuan mangsa banjir

TUTONG 08 FEBRUARI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) terus berusaha memberikan sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Tanjung Maya dan Mukim Ukong.

Keadaan banjir teruk di 2 kawasan tersebut sehingga kelmarin belum lagi reda.

Lebih 10 orang ahli-ahli NDP dengan mengunakan 4 buah bot sumbangan Awang Haji Ismail Ibrahim dan Pengiran Ismail Pengiran Ahmad terus bertugas membantu pasukan-pasukan penyelamat kerajaan dengan memindahkan penduduk kampong yang terjejas ke tempat yang lebih selamat dan juga menghantar sumbangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang lain yang telah terputus hubungan sejak banjir melanda kawasan-kawasan tersebut 3 hari lepas.

Sementara itu sejak kelmarin beberapa orang ahli NDP di markas pusat pula juga turut sibuk mengumpul sumbangan-sumbangan berbentuk makanan keperluan asas se[erti beras, gula dan lain-lain untuk di agih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir dari kalangan anggota parti yang tinggal di kawasan-kawasan terjejas.

Aspirasi-NDP di maklumkan ahli-ahli NDP akan terus di tugaskan di kawasan-kawasan terjejas hingga keadaan kembali pulih seperti biasa.

Naib Prtesiden NDP Tutong, Awg Hj Hanafi bergambar ramai bersama Pegawai daerah Tutong

Saturday, February 7, 2009

NDP ikut sama memberikan bantuan kecemasan

LIMBARUH HIJAU 07 FEBRUARI 2009 - BEBERAPA orang ahli Majlis Tertinggi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) termasuk Naib Presiden NDP Tutong, Awang Haji Hanafi bin Hj Md. Daud kelmarin ikut serta memberikan bantuan kecemasan kepada penduduk-penduduk kampong yang terjejas oleh kejadian banjir di beberapa kawasan-kawasan pendalaman di daerah Tutong.

Dengan menaiki bot kepunyaan Awang Haji Ismail, Awang Haji Hanafi dan beberapa ahli-ahli yang lain berganding bahu dengan agensi-agensi peneyalamat dari kerajaan dalam memberikan membantu kepada anak-anak kampong yang terkandas di persekitaran kawasan Tanjung Maya.

Sementara itu di kawasan Mukim Ukong, Pengiran Haji Ismail, MT NDP dari Daerah Belait dan beberapa orang ahli yang lain mengunakan bot kepunyaannya untuk membantu anak-anak kampong di kawasan tersebut yang juga turut terkandas.

NDP dengan sokongan Awang Haji Ismail dari Telesai dan Pengiran Ismail dari Belait telah menyediakan 4 buah bot untuk kegunaan bantuan kecemasan di kawasan-kawasan Tanjung Maya dan Mukim Ukong.

Suasana di 2 buah kawasan tersebut begitu memeritkan dan sangat merunsingkan penduduk ekoran berlakunya banjir besar sejak hampir 48 jam lepas.

Kejadian banjir dan juga tanah susur juga berterusan di banyak kawasan-kawasan bukan saja di kawasan pendalaman malahan juga di bandar-bandar dan kampung-kampung.

Kejadian banjir dan tanah susur telah bermula sejak bulan Oktober 2008 hingga membawa pada masa ini.

Kajian menyatakan kejadian tanah susur dan banjir adalah kesan yang selalu terjadi pada musim tengkujuh dan kebelakangan ini, kejadian tu semakin serius dengan kejadian-kejadian banjir semakin menguji keupayaan pentadbiran negara bagi menangani bencana alam ini.

Kawasan-kawasan rendah terus terjejas di naiki air hujan yang turun secara berterusan hampir setiap hari, selain berita di dada-dada akhbar terus melapurkan kejadian-kejadian banjir dan tanah susur di sana-sini.

Turut menyedihkan kita ialah dengan terkorbannya dua jiwa melalui bejana alam ini, serta kerosakan infrastruktur seperti jalan raya, benteng-benteng jalan raya, selain gangguan bekalan elektrik dan juga air yang semuanya merupakan keperluan asas penduduk.

Pesanan-pesanan daripada Sistem Mesej Singkat (SMS) daripada Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) semakin membimbangkan dengan lapuran cuaca yang bakal di hadapi setiap hari termasuk paras kenaikkan air juga dalam sukatan paras yang begitu tinggi.

Kenaikkan air yang datangnya daripada sungai dan juga luar pantai turut merisaukan penduduk terutama di kawasan pendalaman, kerisauan dan kebimbangan menjadi kenyataan apabila seorang warga emas di gigit pada kakinya oleh buaya yang timbul dalam air banjir setinggi 1.5 meter di kawasan Kampung Ukong Daerah Tutong lewat petang kelmarin.

Sementara itu di beberapa batang jalan raya utama di kawasan pendalaman Mukim Labi dan Bukit Sawat belum dapat di lalui kenderaan akibat di tenggelami air pada paras yang terlalu tinggi dan juga akibat terkandas oleh pokok-pokok tumbang dan tanah yang runtuh.

Antara yang teruk terjejas ialah Jalan Beluhur, airnya naik sehingga ke paras hampir 2.00 meter begitu juga di Bukit Puan setinggi 1.50 meter pada jarak 300 meter, JalanSungai Petai setinggi 1.00 meter da Kampung Merangking satu meter pada jarak 50 meter dan Kampung Sungai Mau semakin naik ke paras menghampiri 2.00 meter sejauh 200 meter dan turut menenggalami beberap buah rumah papan di kawasan tersebut yang berdekatan dengan pengkalan Sungai Mau yang kini penduduknya di angkut dengan menggunakan bot dan perahu untuk keluar dari rumah, dan ada juga penduduk-penduduk yang dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat kerana rumah di naiki air yang tinggi.

Dalam perkembangan lain kejadian tanah runtuh di kawasan Kampung Sungai Liang telah menyebabkan kesesakan jalanraya, akibat separuh daripada jalan terbabit terkandas dan tidak boleh dilalui.

Mengimbas kejadian Sabtu lalu serama lebih 600 orang telah dipindahkan ke tempat-tempat yang lebih selamat ekoran rumah mereka di naiki air yang terlalu tinggi, termasuk penghuni-penghuni di barek Lorong Tiga Seria, penduduk di kawasan Perumahan Expo Kuala Balai, dan kawasan-kawasan yang rendah lainnya.

Penghuni-penghuni di barek lorong Tiga Seria turut ditempatkan di Pusat Gerakkan Kecemasan di Dewan Pejabat Daerah Seria, dan seramai 133 orang yang mendaftar telah turut diberikan bantuan berupa makanan pada hari kejadian, keramaian penghuni barek tersebut yang terjejas di anggarkan lebih 200 orang termasuk mereka yang tidak mendaftarkan diri kepada JAPEM kerana berpindah ke rumah sanak saudara berdekatan.

Selain daerah Belait, di daerah Tutong terutama di kawasan pendalaman Kampung Ukong, Lamunin dan beberapa kawasan lain juga turut terjejas dan air dikatakan naik ke paras yang terlalu tinggi dan tiada sebarang kenderaan boleh menembusi jalan-jalan utama menuju masuk ke kampung-kampung berkenaan hanya dengan menggunakan perahu dan bot-bot yang disediakan oleh pihak-pihak agensi kerajaan berkenaan dan orang-orang perseorangan. (Laporan HSK)

Thursday, February 5, 2009

KERANA IKAN SARDIN BUSUK, MENTERI RELA LETAK JAWATAN

LIMBARUH HIJAU 05 FEBRUARI 2009 : TINDAKAN seorang menteri Thailand bernama Witoon Nambtur meletak jawatan berikutan skandal pembekalan ikan busuk kepada mangsa banjir sangat menarik perhatian media tempatan di Thailand dan juga pengamal-pengamal media di arena antarabangsa.

Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga ikut tertarik dengan laporan tersebut; bukan kerana melucukan tetapi melihat nilai moral yang tersirat di sebalik langkah menteri tersebut meletak jawatan.

Menurut laporan tersebut Witoon telah meletak jawatannya selaku Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan berikutan skandal penghantaran pakej bantuan di wilayah Phatthalung.

Penduduk kampung di Phatthalung telah mengadu bahawa tin sardin yang diterima mereka dalam pakej bantuan oleh Kementerian Pembangunan tidak elok. 

Laporan menambah ada di antara mangsa banjir terbabit mengalami cirit birit dan muntah selepas makan sardin yang dibekalkan itu.

Kementerian Kesihatan di Thailand juga telah bertindak menutup kilang yang mengeluarkan ikan terbabit minggu lalu dan memfailkan dakwaan jenayah terhadap pemilik kilang tetapi pembangkang meminta supaya siasatan rasuah dijalankan.

Wintoon dilaporkan sebagai berkata tidak mengetahui apa-apa mengenai skandal tersebut namun demikian dalam masa sama beliau tetap juga mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Perletakkan jawatan Wintoon gara-gara skandal sardin busuk tersebar luas di negara Thailand yang sejak beberapa tahun ini menyaksikan pertukaran pucuk pimpinan semacam menukar pakaian.

Bagi banyak pihak di Thailand terutama pihak parti pembangkang langkah Wintoon wajar. Ia selaras dengan pengamatan semangat demokrasi dan sistem pengurusan dan pentadbiran yang baik yang mereka gunapakai.

Umumnya dalam pengamalan sebuah sistem pengurusan dan pentadbiran negara yang baik (Good Governance) kerajaan dan menteri-menteri serta elit-elit pentadbir hanya merupakan antara pelaku-pelaku dalam proses membuat keputusan dan proses perlaksanaan keputusan yang di buat atau tidak di buat.

Pelaku-pelaku selainnya termasuklah mereka yang berada dalam sektor-sektor lain yang berkepentingan (stakeholders) sama seperti rakyat pengguna, golongan koporat, pelabur, pekerja dan lain-lain yang membentuk sebuah masyarakat sivik atau 'civil society' dalam negara berkenaan.

Untuk sebuah sistem 'good governance' berfungsi dengan baik memerlukan penglibatan dan permuafakatan semua pihak yang berkepentingan (stake holders), accountable, telus dan responsif, efektif dan efisyen, adil saksama dan inklusif.

Sistem 'good governance' diakui satu sistem yang boleh melahirkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan efektif sebaliknya sistem 'bad governance' merupakan akar umbi segala masalah, punca pembangunan negara yang terencat dan sebagainya.

Seperti di Thailand dan di negara-negara yang bukan sahaja mengatakan mereka mengamalkan tetapi mesti juga di lihat sebagai mengamalkan 'good governance', menteri-menteri dan pelaku-pelaku didalamnya tidak dapat tidak mesti memahami hakikat ini.

Makanya Wintoon, walaupun belum tentu bersalah awal-awal lagi mengambil tanggunjawab moral dan sosial atas perkara yang berlaku yang telah menjejaskan nama baik kementerian yang di pimpinnya.

Sebagai seorang menteri beliau faham beliau 'accountable' dalam isu skandal ikan sadin busuk itu bukan orang bawahan atau perdana menteri walaupun beliau tidak terlibat secara langsung.

Rasa tanggunjawab kepada bangsa dan negara sangat tinggi hingga membuat Wintoon rasa terpanggil untuk melepaskan sahaja jawatan yang di peggangnya walaupun isunya kecil hanya kerana ikan sardin busuk.

Dalam lain perkataan, bisai mun faham! (mho)I-NDP - ASPIRAS