Posting mengikut label

Thursday, February 5, 2009

KERANA IKAN SARDIN BUSUK, MENTERI RELA LETAK JAWATAN

LIMBARUH HIJAU 05 FEBRUARI 2009 : TINDAKAN seorang menteri Thailand bernama Witoon Nambtur meletak jawatan berikutan skandal pembekalan ikan busuk kepada mangsa banjir sangat menarik perhatian media tempatan di Thailand dan juga pengamal-pengamal media di arena antarabangsa.

Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga ikut tertarik dengan laporan tersebut; bukan kerana melucukan tetapi melihat nilai moral yang tersirat di sebalik langkah menteri tersebut meletak jawatan.

Menurut laporan tersebut Witoon telah meletak jawatannya selaku Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan berikutan skandal penghantaran pakej bantuan di wilayah Phatthalung.

Penduduk kampung di Phatthalung telah mengadu bahawa tin sardin yang diterima mereka dalam pakej bantuan oleh Kementerian Pembangunan tidak elok. 

Laporan menambah ada di antara mangsa banjir terbabit mengalami cirit birit dan muntah selepas makan sardin yang dibekalkan itu.

Kementerian Kesihatan di Thailand juga telah bertindak menutup kilang yang mengeluarkan ikan terbabit minggu lalu dan memfailkan dakwaan jenayah terhadap pemilik kilang tetapi pembangkang meminta supaya siasatan rasuah dijalankan.

Wintoon dilaporkan sebagai berkata tidak mengetahui apa-apa mengenai skandal tersebut namun demikian dalam masa sama beliau tetap juga mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Perletakkan jawatan Wintoon gara-gara skandal sardin busuk tersebar luas di negara Thailand yang sejak beberapa tahun ini menyaksikan pertukaran pucuk pimpinan semacam menukar pakaian.

Bagi banyak pihak di Thailand terutama pihak parti pembangkang langkah Wintoon wajar. Ia selaras dengan pengamatan semangat demokrasi dan sistem pengurusan dan pentadbiran yang baik yang mereka gunapakai.

Umumnya dalam pengamalan sebuah sistem pengurusan dan pentadbiran negara yang baik (Good Governance) kerajaan dan menteri-menteri serta elit-elit pentadbir hanya merupakan antara pelaku-pelaku dalam proses membuat keputusan dan proses perlaksanaan keputusan yang di buat atau tidak di buat.

Pelaku-pelaku selainnya termasuklah mereka yang berada dalam sektor-sektor lain yang berkepentingan (stakeholders) sama seperti rakyat pengguna, golongan koporat, pelabur, pekerja dan lain-lain yang membentuk sebuah masyarakat sivik atau 'civil society' dalam negara berkenaan.

Untuk sebuah sistem 'good governance' berfungsi dengan baik memerlukan penglibatan dan permuafakatan semua pihak yang berkepentingan (stake holders), accountable, telus dan responsif, efektif dan efisyen, adil saksama dan inklusif.

Sistem 'good governance' diakui satu sistem yang boleh melahirkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan efektif sebaliknya sistem 'bad governance' merupakan akar umbi segala masalah, punca pembangunan negara yang terencat dan sebagainya.

Seperti di Thailand dan di negara-negara yang bukan sahaja mengatakan mereka mengamalkan tetapi mesti juga di lihat sebagai mengamalkan 'good governance', menteri-menteri dan pelaku-pelaku didalamnya tidak dapat tidak mesti memahami hakikat ini.

Makanya Wintoon, walaupun belum tentu bersalah awal-awal lagi mengambil tanggunjawab moral dan sosial atas perkara yang berlaku yang telah menjejaskan nama baik kementerian yang di pimpinnya.

Sebagai seorang menteri beliau faham beliau 'accountable' dalam isu skandal ikan sadin busuk itu bukan orang bawahan atau perdana menteri walaupun beliau tidak terlibat secara langsung.

Rasa tanggunjawab kepada bangsa dan negara sangat tinggi hingga membuat Wintoon rasa terpanggil untuk melepaskan sahaja jawatan yang di peggangnya walaupun isunya kecil hanya kerana ikan sardin busuk.

Dalam lain perkataan, bisai mun faham! (mho)I-NDP - ASPIRAS

No comments: