Posting mengikut label

Saturday, September 20, 2008

MAJLIS PENUTUP BULAN PERAYAAN ULANG TAHUN PENUBUHAN NDP



BANDAR SERI BEGAWAN 20 SEPTEMBER 2008 - PARTI PEMBAGUNAN BANGSA (NDP) semalam mengadakan majlis penutup bulan perayaan penubuhannya dengan majlis khatam al-quran dan berzikir di selajurkan dengan berbuka puasa serta bersembahyang berjemaah fardhu Maghrib.

Majlis di adakan di Kampong Medewa di rumah Awang Haji Metussin, Timbalan Pengerusi Tetap NDP yang juga berkesudian menjadi tuan rumah bagi majlis yang penuh berkebajikkan itu.





Majls tersebut juga di sempenekan dengan sambutan Nuzul Al-Quran.

Hampir 100 orang yang terdiri dari ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP, ahli-ahli NDP yang lain serta ahli keluarga Awang Haji Metussin menghadirkan diri untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman dan Awang Haji Hanafi Awang Haji Mohd Daud, Naib Presiden NDP Tutong juga turut hadir di majlis tersebut.


Thursday, September 18, 2008

DI ANTARA AIDIL FITRI DAN IBADAH HAJI

Kita harus mempastikan kedua-dua ibadah itu bukan sahaja difahami, malah dihayati berterusan dalam kehidupan.

Semangat Aidilfitri harus dikobarkan sebagai lanjutan iltizam kita mendisiplin diri yang berjaya dilalui sepanjang Ramadan.

Kita harus yakin Aidilfitri adalah hari meraikan kemenangan terhadap beberapa kejayaan: kejayaan berlapar ketika kita boleh kenyang, lantas menginsafi penderitaan golongan malang; kejayaan menguasai nafsu, lantas mengerti musibahnya kehidupan tanpa moral; dan kejayaaan memanfaatkan hari-hari sepanjang Ramadan dengan bukan sahaja mengerjakan urusan dunia, tetapi memperbanyak amalan untuk Allah, lantas mengerti kelazatan kehidupan seimbang.

Tentulah pengertian mulia begini akan kehilangan maknanya jika Aidilfitri menjadi detik untuk kembali menghidupkan kelaziman- kelaziman jelek yang seharusnya dirubah.

Melaksanakan ibadah Haji menuntut pengorbanan sedia meninggalkan segala milik keduniaan seseorang semata-mata untuk menyahut panggilan Tuhan dengan mengunjungi-Nya ke Baitullah. Berbekal diri sehelai sepinggan, dia berhimpun di gurun Arafah; kemudian menjalani rituil demi rituil yang ditentukan sehingga sempurna untuk kembali semula ke tanahairnya sebagai "manusia baru".

Ibadah Haji menginsafkan betapa kerdilnya manusia di sisi Khalig; betapa kerja menundukkan keegoan diri itu begitu mencabar namun masih boleh dilakukan; betapa disiplin diri diperlukan dalam melakukan rituil-rituil yang dapat menghidupkan iktibar- iktibar sejarah silam; dan betapa perlunya kewujudan sifat tawaduk dan tasamuh dalam berinteraksi dengan manusia daripada pelbagai bangsa dan warna kulit yang berhimpun semata-mata atas dasar taqwa.

Tentulah pengertian suci begini akan terserlah sekiranya "manusia baru" yang kembali daripada menyempurnakan ibadah Haji melanjutkan penghayatan kepada pengertian tersebut dalam kehidupan di hari- hari seterusnya.

Dipetik dari WARITA

Sunday, September 14, 2008

NDP BANTU MEMPERKASA USAHA MEMERTABAT WANITA

LIMBARUH HIJAU 14 SEPTEMBER 2008 - Penglibatan aktif wanita dalam pergerakkan politik sejak NDP diwujudkan telah sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatkan kesedaran dikalangan wanita akan perlunya mereka lebih tegas dalam usaha memertabatkan kaum wanita di negara ini

Friday, September 12, 2008

PAM AIR LABI TINGGAL JADI TUGU PERINGATAN

LABI 11 SEPTEMBER 2008 - KECEWA dan marah. Itulah secara ringkas perasaan yang di gambarkan oleh beberapa pengusaha-pengusaha padi di Lot Padi Sengkuang Labi Lama apabila di tanya mengenai kemajuan perushaan sawah padi mereka sejauh ini.

Thursday, September 11, 2008

KERAJAAN PERLU TUBUHKAN KEMENTERIAN PERTANIAN

LIMBARUH HIJAU 10 SEPTEMBER 2008 - KERAJAAN mungkin perlu menilai semula dasar dan matlamat memajukan sektor pertanian negara bagi memastikan perlaksanaan strategi sektor pertanian akan lebih berkesan dan menepati sasaran yang diharap-harapkan.

Selain itu langkah menilai semula dasar pertanian negara juga perlu bagi memastikan dasar pertanian negara bertepatan dengan kehendak survival bangsa dan negara dalam konteks perkembangan semasa dunia yang semakin mencabar.

BERSAMBUNG....

NEGARA ZIKIR DARI PRESPEKTIF NDP

LIMBARUH HIJAU 08 SEPTEMBER 2008 - HASRAT menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir merupakan antara isu yang di bincangkan di Mesyuarat Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) bagi penggal ke-3 2008.

Mesyuarat tersebut berlangsung pada 06 September 2008 di Holiday Lodge Hotel di Jerudong.

Sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dalam ucapan perasmiannya telah membentangkan pandangan parti mengenai dengan konsep Negara Zikir seperti yang di hasratkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan.....

Tuesday, September 9, 2008

MAKMAL NUKLEAR DI PAHANG UNTUK TUJUAN KEAMANAN

Nyza Ayob
Wed | Jul 09, 08 | 4:37:05 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Dewan rakyat hari ini diberitahu bahawa rancangan pembangunan Makmal Pemantauan Nuklear di Bukit Ibam,Rompin, Pahang bertujuan untuk menjaga kepentingan negara supaya aktiviti penggunaan bahan nuklear dan bahan radioaktif dapat digunakan bagi tujuan keamanan di Malaysia dan di rantau Asean. Iklan

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam sekitar,Fadillah Yusuf sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Dr Che Rosli Che Mat(PAS-Hulu Langat) mengenai status terkini makmal tersebut dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah menjelaskan makmal tersebut berperanan sebagai suatu mekanisma 'check and balance' untuk menyangkal sebarang tohmahan yang tidak berasas berhubung aktiviti nuklear yang dijalankan negara.

Tambahnya, makmal tersebut juga boleh dimanfaatkan oleh negara luar untuk melakukan perkhidmatan analisa salah guna aktivit nuklear (forensik nuklear).

Beliau menjelaskan, kerajaan telah memutuskan supaya Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar melakukan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) terhadap tapak cadangan projek makmal terbabit supaya kerajaan dapat memutuskan projek tersebut boleh dilaksanakan yang mana ia tertakluk kepada peruntukan muktamad yang diluluskan kerajaan.

Sementara itu Che Rosli sewaktu mengemukakan soalan tambahan,meminta menteri menjelaskan adakah tempat makmal pemantauan itu digunakan untuk menentukan sidang latar atau pencemaran sinar lain untuk di Malaysia atau Asia Tenggara.

Menjawab soalan tersebut, Fadillah menjelaskan makmal tersebut tersebut dapat mengecam penggunaan bahan nuklear tersebut sama ada daripada negara asal pengeluar atau bukan dari negara asal pengeluar.

Jelasnya,jika penggunaan bahan nuklear bukan negara asal pengeluar,pihak berkaitan dapat mengesan atau mengesyaki kegunaan nuklear itu mungkin disalahgunakan untuk tujuan lain.

Tambahnya, melalui makmal tersebut persekitaran juga dapat dikesan sama ada mengandungi bahan nuklear atau radioaktif. - mks. _

Sunday, September 7, 2008

SANTAPAN HATI UNTUK SAHABAT

CINTA KASIH KU SUDAH KU URAK
TIANG NDP KU PACAK TEGAK
BUKAN DIPAKSA ATAU TERLAJAK
MENABUR BAKTI TEMPAT BERPIJAK

MENGHARAP KAWAN TAULAN YANG BIJAK
BERJUANG TERUS JANGAN BERGANJAK
PERPADUAN YANG ADA JANGAN DILARAK
HIJAU KUNINGNYA JANGAN DIAMBAK

MENANAI AMANAH MENAWAN PUNCAK
NDP SANGGUP MENGHARUNG OMBAK
SELAGI AIR MAU BERKOCAK
IKAN DI SUNGAI KAN IKUT BESORAK

SEDANG DUNIA BERGOLAK RANCAK
NEGARA BERGEGAS MENGATUR RENTAK
TARIAN SINGA MENGGANTI PENCAK
REVOLOSI BARU MEWARNA CORAK

WARGA NDP PERLU BERGERAK
RAMAIKAN AHLI BIAR BERLAMBAK
TINGKATKAN ILMU CANTIKKAN AKHLAK
INSYA ALLAH……
NDP TERKENAL HARUM SEMERBAK



Hadi Sutera, September 2008

Thursday, September 4, 2008

Wednesday, September 3, 2008

Monday, September 1, 2008