Posting mengikut label

Tuesday, December 30, 2008

Titah menekankan perlunya perubahan sikap



LIMBARUH HIJAU 29 DISEMBER 2008 - PARTI PEMBANAGUNAN BANGSA (NDP) sangat teruja dengan titah Hijrah 1430 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang membawa mesej jelas mengenai perlunya pemimpin dalam agensi kerajaan punya pegangan yang betul dan tidak takut kepada perubahan
.
 Seterusnya...

Sultan Omar Ali Saifuddien - Pengasas Negara Zikir

LIMBARUH HIJAU 29 DISEMBER 2008 - PADA 31 Disember 2008 ini warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) termasuk ahli-ahli wanita dan Non-Muslim akan berkumpul di perkarangan Kubah Makam Di-Raja bagi memperingati haul kemangkatan Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-28.Seterusnya...

NDP umumkan PEMILU 2009 di lancar bermula Januari ini



LIMBARUH HIJAU 28 DISEMBER 2008 - MAJLIS TERTINGGI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang kelmarin meluluskan penubuhan Suruhanjaya Pemilihan Umum Parti 2009 (SPU) sebagai langkah awal kearah perlaksanaan proses Pemilihan Umum Parti 2009 atau PEMILU 2009.

Friday, December 19, 2008

PIAGAM BUKA JALAN MEWUJUDKAN KOMUNITI ASEAN

LIMBARUH HIJAU 19 DISEMBER 2009 - MINGGU ini merupakan minggu bersejarah bagi rantau Asean dan penduduknya termasuk masyarakat Brunei.

Pada Isnin baru ini Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar, Pengiran Muda Mohammed Bolkiah, bersama ahli Asean yang lain melancarkan Piagaam ASEAN (ASEAN Charter) di Jakarta, tuan rumah bagi Sekretariat Asean

Berita selajutnya...



Wednesday, December 17, 2008

MEMPERLUASAKAN PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN


Limbaruh Hijau, Ahad- Serombongan daripada ahli dan jawatankusa Ranting Sengkurong B telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perhubungan Daerah Tutong Parti Pembangunan Bangsa kelmarin (Sabtu) 13hb Disember 2008.

Mengetuai rombongan tersebut ialah Naib Ketua Dua Wanita Ranting Sengkurong B Dayang Hajah Siti Jaleha binti Haji Tanjung disertai sama oleh beberapa orang penasihat ranting terdiri daripada Ketua Biro KeKWA Dr Hjh Rayah Haji Mohd Ali, Ketua Biro Keselamatan Mejar (B) Haji Mohd Jaafar dan Pengerusi Biro KeKin Dayang Hajah Armah Othman.
Hadir sama bagi mengalu-alukan rombongan tersebut ialah Naib Presiden Daerah Tutong Ayahanda Haji Hanafi bin Haji Daud serta beberapa orang jawatankuasa perhubungan daerah tersebut. Turut hadir ialah Ketu Hawa Pusat Dyg Hjh Sa’emah.

Naib Presiden NDP Daerah Tutong dalam ucapannya pada majlis Taklimat sebelum rombongan memulakan lawatan menyatakan sedikit sebanyak tentang keahlian daerah tersebut, selain menekanan supaya semangat kesepaduan perlu terus di sematkan di setiap sanubari kalangan anggota NDP di seluruh daerah.

Dalam ucapan Ketua Himpunan Wanita Daerah Tutong Dayang Hajah Asmah binti Haji Pulut pula menyatakan secara rengkas kegiatan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh anggota wanita di daerah tersebut.

Naib Ketua Dua Wanita Ranting Sengkurong B pula ketika berucap berharap supaya aktiviti-aktiviti ranting juga perlu diberikan kerjasama dan sokongan padu oleh semua lapisan pemimpin dalam NDP bagi sama-sama menjayakan apa jua yang ingin di capai oleh setiap ranting terutama dalam sama-sama menggerakkan parti dari aras akar umbi.

Menurutnya lawatan tersebut merupakan salah satu hasrat untuk lebih mengenali ahli-ahli di seluruh negara selain menambahkan kefahaman dalam perjalanan pergerakkan parti.

Ketua HAWA Pusat juga seterusnya merakamkan penghargaan dan syabas kepada ranting berkenaan yang telah menggerakkan perjalanan dalam ranting, terutama sekali di kalangan anggota wanitanya yang telah melakukan inisiatif melakukan berbagai projek baru-baru ini termasuk jualan amal dan sebagainya oleh wanita ranting tersebut.

Taklimat rengkas mengenai perkembangan Perhubungan Daerah Tutong juga telah turut disampaikan oleh Awang Haji Mustafa selaku Ketua Penerangan dan perhubungan hal ehwal awam di perhubungan tersebut.
Program lawatan tersebut telah dimulakan dengan lawatan ke kawasan tanah lapang pengambilan pasir kepunyaan salah seorang Majlis Tertinggi NDP Awang Haji Ismail, kemudian rombongan melawat ke kawasan memproses ambulung yang juga di miliki oleh ahli NDP sebelum turut melawat ke Bukit Kukup merupakan sebuah taman rekreasi yang cukup menarik dan mesra alam yang masih segar.

Rombongan Ranting Sengkurong juga dijangka akan meneruskan program lawatan sambil belajar mereka ke daerah-daerah lainnya termasuk Daerah Belait dan Temburong dalam masa yang terdekat ini.

Monday, December 15, 2008

USRAH MUSLIMAH NDP BERDIKIR DI ISTANA

Limbaruh Hijau, Isnin- Seramai lebih tiga puluh orang di kalangan anggota wanita Parti Pembangunan Bangsa daripada daerah Brunei Muara, Tutong dan Belait melalui kumpulan dikir Usrah Muslimah telah menerima undangan mempersembahkan bacaan dikir di Istana Nurul Iman malam Sabtu baru lepas.

Kumpulan Usrah Muslimah yang diketuai oleh Ketua HAWA Pusat dan Exco Hawa Pusat Dayang Hajah Jamilah Haji Ahmad turut menyertai pasukan tersebut malam semalam.

Kumpulan Dikir Wanita Usrah Muslimah Parti Pembangunan Bangsa telah di daftarkan tahun lalu dan kini sedang giat mengadakan latihan dikir dan mengaji serta membaca surah yassin di Markas Hawa Pusat di Jalan Jerudong di bawah bimbingan Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Pusat.

Undangan malam semalam merupakan kali kedua bagi kumpulan yang baru ditubuhkan itu, bilamana undangan pertama pada bulan Julai lalu bersempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

Turut menyertai rombongan dikir tersebut malam semalam ialah kedua Majlis Tertinggi Hawa Dyg Dr Hajah Rayah binti Haji Mohd Ali dan Dayang Hajah Armah binti Othman.

Saturday, December 6, 2008

China and the Bali Democracy Forum

China is among the curious guests invited to next week’s Bali Democracy Forum to spread the gospel of representative government.

But it won’t feel alone. Also going are envoys from Burma,Uzbekistan, Kuwait, Vietnam and Saudi Arabia.
I’m sure they’ll all have plenty to say at the Dec. 10-11 forum, including why their countries simply aren’t ready for democracy.

The forum is the idea of Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono, who then pulled in Australian Prime Minister Kevin Ruddas co-chair.

Indonesia is feeling a tad defensive about the odd guest list, even if its own record on democracy over the past decade has been pretty stellar.

“This is not a forum among democracies, this is a forum about democracies,” said Umar Hadi, director of public diplomacy in Indonesia's Foreign Ministry.

Indonesia’s public diplomacy chief, Andri Hadi, said the forum would let envoys discuss issues of common concern such as regular and genuine elections, multiparty systems in pluralistic and tolerant societies, effective parliaments, independent judiciaries, rule of law, protection and promotion of human rights, good governance, and creating an active and vibrant media.

Great topics. But you gotta wonder: Why invite governments that do their best to prevent all these conditions from happening?

(Yahoo News)

Friday, December 5, 2008

NDP SUMBANG DERMA UNTUK MANGSA TAUFAN NARGIS

LIMBARUH HIJAU 06 DISEMBER 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) menyumbangkan derma berjumlah hampir $2,000 kepada mangsa taufan Nargis di Myanmar.

Sumbangan derma tersebut di sampaikan oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP kepada Tuan Yang Terutama Thura Thet Oo Maung, Duta Besar Myanmar di Brunei di majlis istiadat pengibaran bendera Sang Setia kali ke-4 pada pagi Isnin 1 Disember lepas.

Berita selanjutnya...