Kumpulan Usrah Muslimah yang diketuai oleh Ketua HAWA Pusat dan Exco Hawa Pusat Dayang Hajah Jamilah Haji Ahmad turut menyertai pasukan tersebut malam semalam.

Kumpulan Dikir Wanita Usrah Muslimah Parti Pembangunan Bangsa telah di daftarkan tahun lalu dan kini sedang giat mengadakan latihan dikir dan mengaji serta membaca surah yassin di Markas Hawa Pusat di Jalan Jerudong di bawah bimbingan Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Pusat.
Undangan malam semalam merupakan kali kedua bagi kumpulan yang baru ditubuhkan itu, bilamana undangan pertama pada bulan Julai lalu bersempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.
Turut menyertai rombongan dikir tersebut malam semalam ialah kedua Majlis Tertinggi Hawa Dyg Dr Hajah Rayah binti Haji Mohd Ali dan Dayang Hajah Armah binti Othman.
No comments:
Post a Comment