Posting mengikut label

Thursday, July 9, 2009

Himpunan Wanita adakan mesyuarat pertama


LIMBARUH HIJAU,Sabtu- 5hb Julai 2009 - JAWATANKUASA EXCO HIMPUNAN WANITA PUSAT (HAWA) bagi sesi 2009 hingga 2012 telah mengadakan Mesyuarat Pertamanya kelmarin di Dewan Syura Limbaruh Hijau Jalan Jerudong. Seterusnya...

NDP ikut serikan suasana perayaan

LIMBARUH HIJAU 5 JULAI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) ikut menyerikan suasana bulan perayaan sempena hari ulang tahun keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam kali ke-63 tahun dengan menghias halaman Limbaruh Hijau, markas pusat parti di Jerudong dengan kibaran bendera-bendera Negara Brunei Darussalam dan Sang Setia serta kain-kain rentang ucap selamat hari ulang tahun keputeraan KDYMM. Seterusnya...

PENDIRIAN NDP TENTANG DASAR LUAR NEGARA

LIMBARUH HIJAU 4 JULAI 2009 - UCAPAN DASAR Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sempena Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 tidak ketinggalan menyentuh pendirian NDP tentang dasar luar negara. Seterusnya...

Jabatan Audit dapati negara rugi $190 juta

LIMBARUH HIJAU 3 JULAI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mengalu-alukan sikap keterbukaan Jabatan Audit dalam mendedahkan kelemahan pengurusan dan pentadbiran kerajaan hingga menyebabkan negara menanggung kerugian sejumlah lebih BND 190 juta.Seterusnya...

Thursday, July 2, 2009

'Mind Transplant' untuk pembaharuan politik


LIMBARUH HIJAU 22 JUN 2009 - BARISAN kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang baru perlu melakukan 'mind transplant' dalam berhadapan dengan iklim pembaharuan politik yang mencabar di negara ini

"Barisan kepimpinan baru NDP hendaklah sentiasa insaf bahawa realiti dan status perkembangan politik di dalam negara kita ibarat perjalanan seorang pengambara yang kehausan di padang pasir yang gersang"

Bersambung...

Wednesday, June 24, 2009

Apparatchik virus dalam kepimpinan



DEWAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA BERAKAS 20 JUN 2009 - Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa(NDP) ini adalah wadah bagi kita membaharui ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi dan kecintaan yang setulusnya Kehadapan Majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang  Di-Pertuan dan Ulil Amri bagi Negara Brunei Darussalam, jelas Presiden NDP dalam ucapan dasar beliau di majlis perasmian kongres agung tahunan NDP kali ke-4 yang berlangsung kelmarin di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC). Seterusnya...

Kongres Agung Tahunan ke-4 NDP bermula


DEWAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA BERAKAS 20 JUN 2009 - MAJLIS perasmian Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kali ke-4 berlangsung dengan jayanya kelmarin di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP.

Lebih 500 ahli-ahli NDP termasuk lebih 250 perwakilan hadir di majlis yang penuh adat istiadat itu. Juga turut hadir menyaksikan hari gemilang tersebut ialah 14 perwakilan dari kedutaan-kedutaan asing di negara ini antaranya dari Kedutaan Peranchis, Amerika Syarikat, Germany, Laos, Saudi Arabia, Jepun, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Bersambung....

Tuesday, June 2, 2009

PERSIAPAN HIMPUNAN AGUNG TAHUNAN DIPERTINGKAT


TUTONG 31 MEI 2009 - TINGGAL dua belas hari lagi ahli-ahli Himpunan Non-Muslim, Pemuda dan Wanita akan bersidang di Himpunan Agung Tahunan mereka. Seterusnya...

Monday, May 25, 2009

BERUPAYAKAN MIB MEMBERIKAN JAMINAN SURVIVALITI BANGSA, NEGARA?



PUSAT TARBIYAH TUTONG 25 MEI 2009 – KONSEP Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai falsafah bernegara dan berbangsa perlu diperluaskan lagi skop dan jangkauannya melimpasi skop budaya Melayu, adat istiadat, cara mengikat dastar, sarban, etika di majlis-majlis rasmi, berdikir Ratib Al-Atas dan sebagainya. Seterusnya...

BERKENAN BERANGKAT MENZIARAHI SULTAN KELANTAN



KELANTAN, Sabtu, 23 Mei. - Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar berkenan berangkat menziarahi Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra yang sedang dalam rawatan perubatan. 

MIB tunggak perjuangan NDP membela bangsa dan negara

LIMBARUH HIJAU 22 MEI 2009 - Setahun sesudah merdeka sehingga berterusan selama 16 tahun Negara Brunei Darussalam pernah mempunyai beberapa badan konsep Melayu Islam Beraja.

Pada tahun 1985 negara menubuhkan 'Komiti Konsep Melayu Islam Beraja'.

Pada tahun 1990 ia di pertingkat lagi menjadi Badan Peringkat Nasional Konsep Melayu Islam Beraja.

Pada tahun 2001 ia terus dipertingkat menjadi Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja. Lantikan paling akhir ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ialah pada tahun 2001 iaitu bagi tempoh selama lima tahun dan berakhir pada tahun 2006. 

Akan tetapi sehingga tahun 2009 cerita lanjut mengenai Majlis itu belum lagi didengar sampai ke hari ini.

Perkara ini digariskan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah perasmian Forum Majlis Forum Khas Konsep MIB Sempena Sambtan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009 Anjuran Orang-Orang Yang Dikurnia Gelaran yang berlangsung Selasa baru lalu di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Dalam titah tersebut baginda melontarkan persoalan, "Apakah kita sudah kehabisan orang-orang yang layak untuk dipilih menjadi ahli-ahli baru?. Atau Majlis ini sendiri telah dianggap sebagai tidak lagi relevan?

"Apa pun masalahnya, Beta sendiri ingin mendengar dan mengetahuinya," tegas Baginda.

Kita selaku rakyat menganggotai Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga ingin sama mengetahui kedudukkan Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ini.

Seterusnya...

Thursday, May 21, 2009

MIB perlu terus dipelihara


LIMBARUH HIJAU 21 MEI 2009 JIKA sudah nyata konsep Melayu Islam Beraja itu sangat bagus apakah tidak perlu lagi mengambil langkah-langkah selanjutnya untuk mempastikan ianya terus bagus diamalkan dan dihayati bukan sahaja oleh generasi hari ini tetapi amat penting oleh generais yang akan datang?

Saturday, May 2, 2009

Minat Najib selesai isu sempadan dihargai

LIMBARUH HIJAU 02 MEI 2009 - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat menghargai komitmen Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memuktamadkan perjanjian menyelesai isu sempadan darat dan maritim Brunei-Malaysia yang telah dimeterai di Brunei Mac lepas.

Isu sempadan - NDP alu-alukan kenyataan Najib


BANDAR SERI BEGAWAN 01 Mei 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Brunei berhubung persetujuan Malaysia dengan Brunei untuk menyelesiakn isu sempadan yang dipertikai kedua buah negara.

Lembaran baru isu sekuriti permakanan


LIMBARUH HIJAU 29 APRIL 2009 - MAJLIS pelancaran penanaman padi besar-besaran di Wasan pada pagi Isnin 27 April 2009 merupakan lembaran baru dalam sejarah negara memajukan bidang tanaman padi di negara ini.

Wednesday, April 29, 2009

Membantu golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan

ISU kemiskinan bukan isu baru di Negara Brunei Darussalam. Masalah kemiskinan sudah sekian lama wujud.

Sebelum merdeka lagi negara sudah berhadapan dengan masalah tersebut. Brunei sendiri dizaman pemerintahan Al-marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien merupakan sebuah negara yang sedang merangkak-rangkak untuk membangun dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya ketika itu.

Seterusnya...

KDYMM Lakar sejarah Turun Ke Sawah


PENGKALAN BATU, Isnin, 27 April- Sejarah baru telah terpahat di negara ini dalam bidang pertanian khususnya penanaman padi apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara penanaman padi di kawasan ladang penanaman padi Wasan, di sini.

Mengkaji potensi lembah Ukong


LIMBARUH HIJAU 26 APRIL 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sedang membuat kajian untuk mengenalpasti potensi membangunkan dan memajukan Lembah Ukong sebagai sebuah kawasan pertanian yang boleh menyumbang kearah menangani isu keselamatan permakanan, isu kemiskinan dan juga masalah banjir dipersekitaran kawasan tersebut.

Perkara ini diketengahkan disatu sesi muzakarah yang dihadiri oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dan beberapa ahli-ahli NDP dari Biro Perkembangan Industri Asas Tani (PIAT) serta dua pakar perunding bidang ekonomi pertanian dan kemajuan desa dari Malaysia.

Selanjutnya....

Friday, April 24, 2009

Kuala Balai mahu dibangun semula?


BELAIT 24 APRIL 2009 - DENGAR-DENGAR satu rancangan sedang diusahakan untuk memajukan semula Kuala Balai sebagai Pusat Eko Pelancongan Budaya Daerah Belait.


LIMBARUH HIJAU 22 APRIL 2009 - AHLI-AHLI Ranting Gadong kelmarin mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka di marks pusat parti di Limbaruh Hijau Jerudong.

Mesyuarat dibuka rasmi oleh Awang Haji Metusin bin Haji Ibarhim, Timblan Pengerusi Tetap NDP.

Selanjutnya...

Wednesday, April 22, 2009

Usrah Muslimah berhimpun di mesjid Sengkurong


LIMBARUH HIJAU 21 APRIL 2009 - WALAUPUN Rabiaulawal, bulan kelahiran nabi Muhammad SAW telah berakhir namun ianya tidak menghalang Himpunan Wanita (HAWA NDP) dengan kerjasama  Biro KeKWA dan Biro KeKIN  untuk mengadakan majlis sambutan khusus bagi memperingati ulang tahun kelahiran baginda. Mengingati nabi Muhammad SAW tidak bermusim malah kita digalakkan supaya sentiasa berselawat keatas baginda pada setiap hari dan ganjarannya amat besar.

Jangan mudah patah semangat



SERIA 20 APRIL 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin menasihatkan ahli-ahli parti di Daerah Belait agar terus istiqamah memperkukuhkan semangat juang untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara melalui pelantar politik.

Tuesday, April 14, 2009

GILIRAN RANTING BERAKAS MEMBUANG UNDI


LIMBARUH HIJAU 14 APRIL 2009 - AHLI-AHLI Ranting NDP Berakas keluar mengundi kelmarin di Limbaruh Hijau, markas pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP). Seterusnya...

Monday, April 13, 2009

NDP berharap suasana lebih mesra politik


LIMBARUH HIJAU 12 APRIL 2009 - MAJLIS TERTINGGI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berseru agar pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan lebih mesra NDP agar memudahkan lagi pergerakkan politik rakyat ini menunaikan janji dan sumpah untuk sama-sama mempastikan negara terus stabil, maju, aman dan makmur serta semua rakyat hingga keanak cucu kekal taat setia kepada raja, bangsa dan negara.

Isu Limbang - NDP mesti merakamkan pendirian


TUTONG 11 APRIL 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sebagai sebuah pertubuhan politik rakyat mesti merakamkan pendiriannya dalam isu sempadan dan tuntutan Brunei keatas Limbang agar sejarah nanti dapat menilai dimana kedudukan rakyat yang diwakili oleh NDP dalam proses menyelesaikan isu-isu tersebut.

Ahli-ahli NDP Ukong 1, 2 keluar mengundi


TUTONG 9 APRIL 2009 - SEBILANGAN besar ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dari Ranting Ukong 1 dan 2 enggan hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Ranting mereka masing-masing yang telah diadakan di Pusat Tarbiyah NDP Tutong pada sebelah pagi dan petang hari isnin baru lepas berikutan surat larangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membenarkan sebarang aktiviti parti yang ditakrifkan ROS sebagai aktiviti politik termasuk mesyuarat diadakan di rumah-rumah persednirian.

AHLI-AHLI RANTING' SENGKURONG A' KELUAR MENGUNDI



LIMBARUH HIJAU 7 APRIL 2009 - Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Sengkurong A keluar mengundi kelmarin di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.

Sesi pembuangan undi bagi memilih 7 dari 10 calun-calun yang bertanding kerusi ahli Majlis Tertinggi Brunei-Muara bermula sebaik sahaja Ranting NDP Sengkurong A selesai membuka rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Ranting.

Tuesday, April 7, 2009

Semangat demokrasi terserlah di Bebuloh

BEBULOH 06 APRIL 2009 - Pemilihan umum barisan kepimpinan parti bagi sesi 2009 - 2012 yang berlangsung di Kampong Bebuloh, Daerah Brunei-Muara kelmarin mengukuhkan lagi keyakinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bahawa rakyat Brunei sebenarnya sudah bersedia untuk berpartisipasi dalam sistem demokrasi dan pilihanraya jika di berikan ruang dan peluang secukupnya. Seterusnya...

Wednesday, March 25, 2009

Lembaran baru di pangkuan Islam

LIMBRUH HIJAU 21 MAC 2009 - TAHNIAH kepada Awang Peter Saging dan syukur alhamdullilah ke hadrat Allah SubahanAllah Ta'ala kerana memberikan beliau petunjuk dan hidayat untuk memileh ugama Islam sebagai pegangan hidup.

Awang Peter yang telah mengambil nama Islam nya sebagai Awang Mohammad Abdullah Peter bin Abdullah Saging telah memeluk Islam dengan rasminya pada 19 Mac 2009 yang baru lalu.

Majlis pengislaman Awang Mohamad Abdullah Peter berlangsung di surau Pusat Dakwah Islamiah, Bandar Seri Begawan, sambil disaksikan oleh beberapa ahli-ahli keluarga beliau dan juga oleh Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman serta beberapa orang ahli-ahli parti yang lain.

Awang Mohamad Abdullah Peter merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hubungan Antarakaum Parti Pembangunan Bangsa (NDP).

 

Saturday, March 21, 2009

MENGURUS KEJUTAN, MENGHURAI KEKUSUTAN:

Pandangan pablik di Negara Brunei Darussalam mengenai pengumuman penyelesaian isu persempadanan Brunei-Sarawak pada hari Isnin 16 Mac 2009 baru lalu, khususnya Brunei- Limbang  diterima dengan reaksi yang bercampur-campur. Seterusnya...

Isu Limbang - Malaysia anggap selesai, Brunei tidak cakap pun!

LIMBARUH HIJAU 20 MAC 2009 - APAKAH terdapat satu persefahaman antara Brunei dengan Malaysia bahawa Brunei akan mengugurkan tuntutan keatas Limbang sebaik sahaja kedua-dua negara bertukar-tukar surat perjanjian untuk menyelesaikan isu sempadan? Seterusnya...

Isu tuntutan Brunei keatas Limbang - NDP minta ketelusan dan rakyat di rundingi

LIMBARUH HIJAU 19 MAC 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat mengalu-alukan penjelasan yang di buat oleh Pehin Dato Seri Lim Jock Seng, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mengenai kedudukan tuntutan Brunei keatas Limbang walaupun penjelasan sedemikian sepatutnya dibuat awal-awal lagi bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat dan penduduk Brunei terutama mereka yang masih berkampong dalam kawasan yang di pertikai yang juga merupakan 'stake holder' terbesar dalam isu ini. Seterusnya...

Limbang tidak pernah jadi isu perbincangan

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Mac 2009 - Isu Limbang tidak pernah dirundingkan oleh pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia dan tidak dimuktamadkan mengenainya dalam dokumen Pertukaran Surat-Surat antara kedua-dua negara yang ditandatangani semalam. Seterusnya...

Tuntutan ke atas Limbang tak dibincang

MIRI: Menteri Luar dan Perdagangan kedua Brunei, Datuk Seri Lim Jock Seng menafikan bahawa isu tuntutan ke atas Limbang telah dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Isnin lalu.Seterusnya...

Malaysia, Brunei selesai isu Limbang secara kekeluargaan

PADA sidang media ringkas di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam sebelum pulang ke ibu negara Isnin lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara sekali lalu menyebut Brunei sudah menggugurkan isu tuntutan ke atas Limbang, sekali gus mengesahkan pemilikan negara khususnya Sarawak terhadap daerah itu. Seterusnya...

Limbang: Pemimpin politik Sarawak sambut baik

KUCHING 17 Mac - Pemimpin parti politik di negeri menyambut baik pengguguran tuntutan ke atas Limbang oleh Brunei Darussalam selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran di Istana Nurul Iman pada pukul 12.05 tengah hari semalam. Seterusnya...

BRUNEI GUGURKAN TUNTUTAN

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei Darussalam semalam secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang di utara Sarawak, sekali gus mengakhiri episod pertikaian wilayah berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama. Seterusnya....

Monday, March 16, 2009

BRUNEI GUGURKAN TUNTUTAN KE ATAS LIMBANG

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac (Bernama) -- Brunei secara rasminya menggugurkan tuntutannya sejak sekian lama terhadap Limbang, bahagian di utara Sarawak, menandakan bermulanya era baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata ini adalah sebahagian daripada peristiwa bersejarah berikutan pemeteraian Surat Pertukaran (LoE) antara beliau dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bagi penyelesaian isu tuntutan bertindih sempadan Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman di sini Isnin.

Sunday, March 15, 2009

NDP berharap pakej penyelesaian isu sempadan tidak merugikan Brunei

LIMBARUH HIJAU 15 MARCH 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) penuh berharap jalan penyelesaian isu sempadan antara Brunei dan Malaysia yang akan di persetujui oleh kedua-dua buah negara akan memihak kepada Brunei.

Rakyat menunggu penuh debaran penyelesaian isu sempadan

LIMBARUH HIJAU 14 MARCH 2009 - MULAI besok Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di jadualkan akan memulakan lawatan kerja dua hari ke Bandar Seri Begawan.

Lawatan kerja beliau ke Brunei kali ini sangat di nanti-nantikan oleh seluruh rakyat Brunei yang sehingga kini masih mengharapkan satu jalan penyelesaian kepada isu sempadan Malaysia yang sudah sekian lama menjadi tanda tanya kepada semua lapisan rakyat di negara ini.

Menurut laporan dari BERNAMA di sesi lawatan ini Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menandatangani Pertukaran Surat bagi mengisytiharkan secara rasmi penyelesaian kepada isu sempadan Malaysia-Brunei.

Selanjutnya di www.aspirasi-ndp.com

Thursday, March 12, 2009

TITAH KEBAWAH DYMM SULTAN DI PERSIDANGAN MMN KE-5

Segala puji dan syukur bagi Allah jua yang mengizinkan kita berkumpul pada hari ini di Majlis pembukaan persidangan musim permesyuarat ke-5 Majlis Mesyuarat Negara.

Seperti lazimnya ahli-ahli Yang Berhormat akan menjadikan persidangan ini sebagai wadah untuk mencetuskan idea-idea baru lagi bernas bagi membantu Kerajaan untuk melakar strategi-strategi pembangunan yang di perlukan.
Demikian juga ia di harapkan untuk menunjukkan imej terbaik tentang sistem kita berbanding beraneka sistem di merata dunia yang tidak mampu walau sekadar hanya untuk menstabilkan keadaan.

Kita melalui sistem yang ada telah membuktikan keupayaan dapat membawa Negara ini menikmati berbagai kebajikkan melebihi dari orang lain disamping kita mengekalkan kemakmuran.
Dengan izin Allah, kita juga, alhamdullilah, menikmati keamanan dan ketenteraman apa yang sungguh-sungguh sukar di perolehi khasnya di masa akhir-akhir ini oleh orang lain.

Kita belum pun sampai sebulan merayakan Jubli Perak kemerdekaan. 

Jangka masa 25 tahun itu dapat di sifatkan sebagai titik awal menguji kita sama ada kita layak di anggap bangsa yang benar-benar merdeka.

Pada hemat beta kelayakkan itu adalah merujuk kepada keadaan suatu bangsa sama ada ia mampu membangun dirinya dan berjaya melakar kehidupan yang lebih baik.

Dalam konteks ini kita rasanya tidaklah ketinggalan malah sentiasa memiliki kedudukkan terbaik di bidang apa saja hasil daripada pencapaian menerusi sistem kita yang ada itu. Ini bukan lagi andaian tetapi kenyataan.

Kedewasaan bernegara turut menerima ujian-ujian berat namun kita terselamat kerana kita mampu mengurus diri sendiri dengan sebaik mungkin.

Di antara ujian berat itu ialah krisis ekonomi global yang melanda dunia 
hari ini.

Krisis itu merembat keseluruh jagat tanpa milih-milih. Ia di anggap paling parah sejak kemelsetan dunia 80 tahun yang lampau di sekitra tahun-tahun 1927 dan 1929.

Krisis ini menjadikan pasaran merudum, nilai matawang mengecil, pembuangan beramai-ramai pekerja dan sistem kewangan hancur. 

Pada akhir tahun 2008 tabung matawang antarabangsa IMF meramalkan ekonomi dunia berkembang cuma 2. 2 peratus pada tahun 2009. Tetapi ramalan terkini IMF juga cuma 0.5 peratus sahaja. Iaitu satu kadar paling rendah dalam tempoh 60 tahun.

Itupun masih ada lagi pihak lain yang meramal bahawa kadar 0.5 peratus juga masih dianggap terlalu optimistic.

Semua negara di dunia mengalami pertumbuhan lembab tidak kira negara maju atau sedang membangun malah misalnya ada negara yang biasa menikmati pertumbuhan dua angka menjadi cuma satu angka sahaja disamping ada pula negara yang meramalkan dirinya mungkin merudum sampai dua angka satu kemerosotan yang memeritkan.
Dari kegawatan yang dahsyat ini maka banyaklah negara mengambil langkah darurat dengan memberhentikan sekian ramai pekerja-pekerja mereka. Kalau seribu dua yang di berhentikan itu  adalah biasa saja, tetapi terdapat juga sampai puluhan ribu dan malah di negara yang ramai penduduk ada yang sampai 20 juta pekerja daripada pendalaman terpaksa pulang ke kampong semula setelah hilang pekerjaan di bandar dan di kilang-kilang setempat.

Ini semua membayangkan betapa dunia adalah di ambang bahaya. 

Namun sosio ekonomi Negara kita pada setakat ini masih terus dalam kedudukkan stabil dan kukuh walaupun pendapatan kerajaan sedikit terjejas disebabkan penuruanan harga pasaran minyak global.

Kemampuan kita bertahan adalah di tolong oleh dasar dan sikap berbelanja Negara secara berhemah ditambah lagi dengan kegiatan dan pertumbuhan ekonomi tidak bergantung kepada hutang leverage.

Perlu di ketahui bahawa pergantungan kepada hutang itu telah menjerumuskan banyak negara ke jurang kemiskinan lebih parah.

Kejatuhan harga minyak secara mendadak perlu di hadapi dengan lebih bijak dalam berbelanja termasuk mengelak dari segala bentuk pembaziran lebih-lebih lagi di pihak kerajaan amat perlu membanyakkan aktiviti-aktiviti ekonomi sambil tidak lupa merancang langkah-langkah untuk menghadapi saingan apabila ekonomi dunia pulih nanti.

Negara turut bernasib baik dengan harga minyak yang melunjak naik beberapa tahun sebelumnya kerana ia benar-benar menyumbang kepada lebihan hasil pendapatan kerajaan.

Hasil lebihan ini perlu di urus dengan sebaik mungkin untuk memperolehi pulangan bagi mengukuhkan lagi fiscal negara dalam jangka panjang.

Maka untuk tujuan ini beta telah memperkenankan penubuhan sebuah dana di panggil ‘Sustainablity Fund’ di bawah Kementrian Kewangan.
Untuk tujuan pengawalan serta pengurusan dana beta juga telah memperkenankan satu rtang undang-undang di panggil ‘Sustainability Fund Order’ yang mula berkuatkuasa pada 11 March 2008. 

Dalam menangani perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan kita juga mengambil ingatan akan perkara-perkara di luar kawalan dan  jangkakan seperti baru-baru ini satu fenomena banjir luar biasa dan tanah susur telah turut melanda negara ini.

Kejadian ini memberi impak terus kepada sejumlah besar rakyat dan penduduk selain menyumbangkan bantuan-bantuan kita juga perlu mengambil langkah-langkah kehadapan pada mengemaskini rangkaian infrastruktur negara sehingga tidak ada lagi apa yang disebut sebagai kemudahan-kemudahan asas yang lemah atau keperluan-keperluan utama yang belum di tangani.

Sebenarnya peruntukan-peruntukan itu telahpun di sediakan dan malah bila keadaan memerlukan peruntukan tambahan boleh sahaja di timbangkan. Contohnya kerana kejadian yang melanda baru-baru ini maka beta telah memperkenankan satu peruntukkan khusus berjumlah 30  juta untuk mempercepatkan lagi usaha atau langkah-langkah pembaikkan, pemeliharaan dan menaiktaraf infrastruktur dan lain-lain kemudahan awam.

Agensi-agensi kerajaan yang berkenaan di kehendaki serentak untuk menjalankan tanggunjawab masing-masing tanpa berlengah.

Beta melihat masih banyak kerja-kerja terbengkalai yang perlu di percepat. Setengah projek itu baru saja berjalan tiba-tiba berhenti. Mengapakah ia berhenti? Mengapakah ia terhenti? Dimanakah salahnya? Apakah ini tidak mungkin menjadi salah satu sebab menyumbang kepada banjir besar? Semua itu memerlukan kajian dan jawapan tepat untuk mengatasinya. 

Beta percaya ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan lepas pandang begitu sahaja terhadap perkara-perkara seumpama ini, tetapi akan memberikan perhatian secukupnya kepada apa-apa jua yang menyangkut dengan kebajikkan rakyat dan negara tanpa takut-takut atau malu-malu dan ragu.

Tuesday, March 10, 2009

NDP Belait sertai perarakkan

BELAIT 10 MARCH 2009 - PASUKAN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Daerah Belait tidak ketinggalan menyertai perkumpulan besar sempena memperingati maulidur rasul junjungan besar kita Nabi Muhammad sallahu alaihi wassalam yang telah di adakan di padang Bandaran Kuala Belait kelmarin.

Monday, March 9, 2009

"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim” asas kearah kedewasaan bernegara

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Mac. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, keagungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerana Baginda itu menjadi Rasul pembawa rahmat kepada alam seluruhnya.

Friday, March 6, 2009

NDP MERIAHKAN MAJLIS-MAJLIS DIKIR MAULIDUR RASUL

LIMBARUH HIJAU 05 MARCH 2009 - Setiap menjelang Rabiulawal seperti lazimnya umat Islam di Negara ini menyambutnya dengan dikir marhaban.

Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara tidak sunyi dengan majlis-majlis dikir sempena memperingati Ulang Tahun Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Bukan suatu adat bukan jua suatu tradisi tetapi adalah amalan ibadat bagi umat Islam memperingati ulang tahun keputeraan baginda.

Wednesday, March 4, 2009

PUTERI NDP DI AL-ISLAH


SEROMBONGAN seramai lebih dua puluh ahli-ahli Pergerakan Puteri Pembangunan (3P) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Al-Islah di Jalan Muara Selasa lalu, 24hb Februari 2009.

Mengetuai rombongan tersebut ialah Pengerusi Pergerakkan Puteri NDP Dyg Dr Hajah Raiyah binti Haji Mohd Ali, dan Ketua Pergerakan Puteri Pembangunan Dyg Suriahani binti Haji Ismail. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Himpunan Wanita Pusat Dyg Hjh Sa’emah Hj Kepli, Pengerusi KeKIN Dyg Hjh Armah Othman dan Ketua Himpunan Wanita Daerah Tutong Dyg Hjh Asmah binti Pulut.

Rombongan telah disambut dan dialu-alukan oleh Pegawai Komandan Pusat Al-Islah bagi pihak Pemangku Pengarah Biro Kawalan Narkotik Awang Haji Sani bin Haji Bakir.

Sejurus sebelum di bawa meninjau secara lebih dekat lagi beberapa kawasan pusat termasuk bengkel-bengkel latihan kemahiran penghuni lelaki dan wanita rombongan juga telah diperdengarkan dengan taklimat mengenai dengan fungsi dan peranan pusat tersebut yang disampaikan oleh Awang Haji Sani bin Haji Bakir.




Menurutnya Pusat Al-Islah yang terletak di Jalan Pelompong Jalan Muara itu telah diserahkan untuk dikendalikan dan ditakbir oleh Biro Kawalan Narkotik pada awal bulan Februari 2008 dengan struktur pengendalian diketuai oleh Pemangku Pengarah BKN Awang Haji Roslan bin Suhaili.

Pusat tersebut yang dulunya dikenali sebagai Pusat Pemulihan dan Rawatan Al-Islah telah ditubuhkan pada 1hb Nov 1987 di bawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan, kemudian pengurusan dan pentadbiran diambil alih oleh Jabatan Penjara di bawah Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri pada 15hb Mac 1990.

Sistem yang digunakan sejak tahun 1990 hingga 2008 adalah berkonsepkan sistem tahanan, apabila lawatan ke atas penghuni adalah terhad, dan mereka sentiasa di periksa jika keluar dan masuk serta makan di blok masing-masing dan terus di awasi oleh pegawai bertugas.

Bagaimanapun setelah pusat yang kini dikenali dengan Pusat Al-Islam diserahkan kepada BKN ianya ditukar kepada konsep sistem rawatan pemulihan dilakukan secara berkumpulan, mendorong ke arah perubahan tingkah laku dan pembentukan yang positif di bawah kendalian Mayor (mereka yang pernah dirawat tetapi telah mendapat kebebasan sepenuhnya dan sudah berubah sepenuhnya). Kini lawatan keluarga kepada penghuni juga terbuka dan penghuni juga berpeluang secara terbuka berbincang dengan Mayor mereka masing-masing.

Pusat Al-Islah adalah daripada perkataan Arab yang bererti pemulihan kepada memulihkan.

Terdapat seramai 50 orang penghuni pada masa ini terdiri daripada seramai 47 orang lelaki dan tiga orang wanita.

Usia yang paling rendah pernah di rawat di pusat ini ialah 14 tahun dan pada masa ini terdapat seorang penghuni lelaki yang berusia 60 tahun mendapatkan rawatan pemulihan kerana terlibat menghisab syabu.
Menurut Awang Haji Sani lagi pusat itu dijangka akan berpindah bulan September ini, ke bangunan pusat yang baru siap dibina pada Jun lalu, di Kerakas Payau Kampung Kupang Tutong.

Perbelanjaan membina pusat tersebut bernilai kira-kira $18 juta termasuk berbagai kelengkapan dan kemudahan yang disedikan untuk menggantikan pusat yang ada pada masa ini yang telah menggunakan bangunan perumahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang dipinjamkan sejak pusat ditubuhkan.

Pusat Al-Islah mempunyai seramai 114 orang kakitangan terdiri daripada seramai 84 orang di kalangan bekas pegawai Jabatan Penjara, lima orang kakitangan BKN, tujuh orang Mayor dan 14 orang kakitangan daripada Jabatan Penjara.

Setiap keputusan bagi penghuni akan dihadapkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Penasihat Pusat Al-Islah yang telah ditubukan pada 1hb Julai 2008 sehingga 30 Julai 2009 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan dipengerusikan oleh Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud dan Timbalan Pengerusi Datin Hajah Masni bin Haji Mohd Ali.

Tatacara kemasukan menjadi penghuni pusat tersebut adalah di kalangan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah (Penggal 27) dan Akta bahan-bahan yang membahayakan (Penggal 116) atas perintah mahkamah, perintah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, kemasukan sukarela apabila di bawa sendiri oleh ibubapa dan penjaga dan melalui ujian air kencing yang positif.

Antara kandungan program yang dilakukan di pusat berkenaan adalah program agama, therapeutic community, kaunseling, vokasional, program kawad dan latihan jasmani, aktviti sosial dan sukan.
Belajar Al-quran, sembahyang, Ratib Al-Attas, Dikir Syarafil Annam, kuliah subuh, ceramah agama dan aktiviti keagamaan adalah antara program agama yang diberikan kepada penghuni setiap hari secara induksi selama enam bulan.

Di samping program kaunseling untuk pembentukan semula tingkah laku, pengendalian emosi dan psikologi, perkembangan pemikiran dan kerohanian, serta program kemahiran vokasional dan kemahiran bersosial juga adalah yang diberikan sepanjang masa.

Setelah dibebaskan penghuni akan terus membuat laporan kepada bahagian pengawasan BKN selama dua tahun dan pemeriksaan ujian air kencing di ambil setiap dua minggu sekali bagi memastikan mereka tidak lagi terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Rombongan kemudiannya di bawa melawat ke beberapa kawasan termasuk kawasan pertanian dan ternakan, kawasan bengkel pembaikan kereta, menyaksikan pameran kegiatan penghuni pusat dan melawat kawasan kemahiran vokasioanal dan kraftangan penghuni pusat sebelum mengakhiri sesi lawatan tersebut.(HSK).

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

LIMBARUH HIJAU 26 FEBRUARI 2009 - PARTI Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin mengadakan majlis penutup perayaan bulan kemerdekaan di Limbaruh Hijau, markas pusat parti di Jerudong.

Acara di mulakan dengan majlis khatamal Quran dan di ikuti dengan majlis dikir.

Perayaan Bulan Kemerdekaan anjuran Jawatankuasa Perayaan Bulan Kemerdekaan telah bermula pada 23 Januari lepas dengan majlis bertedarus.

Acara kemuncak di saksikan pada 23 Februari lepas dengan NDP menghantar sepasukan 825 anggota parti menyertai perbarisan raksasa sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara yang telah berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkaih.


TERIMA KASIH SEMUA

LIMBARUH HIJAU 25 FEBRUARI 2009 - TERIMA kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta-peserta NDP di perbarisan sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan.

Tanpa semangat gigih ahli-ahli parti terutama warga emas termasuk mereka dari kalangan wanita puak-puak etnik memberikan sokongan kepada pasukan NDP tidak mungkin NDP dapat mempamerkan kehebatannya di hari bersejarah tersebut.

Sambil di perhatikan oleh puluhan ribu penonton NDP telah berjaya mempersembahkan sebuah pasukan yang unik yang di anggotai oleh 825 ahli-ahli mewakili kesemua 8 puak etnik termasuk kaum Cina Brunei di perbarisan Jubli Perak Hari kebangsaan itu.

Selanjutnya....

Friday, February 20, 2009

Tangki air Mukim Labi yang mengerunkan

LABI 20 FEBRUARI 2009 - PENGGUNA-PENGGUNA jalanraya yang lalu lintas di jalan menuju ke Labi pasti akan merasa gerun apabila melihat dua buah tangki air konkrit yang di bina di atas bibir lereng yang curam yang terletak hanya beberapa meter dari jalan utama menuju ke daerah pendalaman itu. Seterusnya...

Menyusul isu banjir di Lembah Ukong

LEMBAH UKONG FEBRUARI 18, 2009 - MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) NDP yang bersidang buat kali ke 30 pada 14 Februari baru lalu sebulat suara bersetuju agar saranan parti berhubung isu penyelesaian masalah banjir di Lembah Ukong dan persekitarannya yang telah di usulkan di Kongres Agung NDP kali ke-3 tahun lepas di susul semula secepat mungkin. Bersambung...

Thursday, February 19, 2009

HAWA NDP sumbang bantuan kepada mangsa banjir

KUALA UNGAR TUTONG, FEBRUARI 17, 2009 -HIMPUNAN Wanita Parti Pembangunan Bangsa tidak ketinggalan turut merasa terpanggil untuk turun padang meninjau mangsa-mangsa banjir di kalangan anggota NDP yang teruk terjejas akibat kejadian bencana alam banjir besar dan tanah susur bagi kawasan daerah Tutong. Seterusnya...

Wednesday, February 11, 2009

Taklimat tingkatkan keupayaan parti

LIMBARUH HIJAU 11 FEBRUARI 2009 - JAWATANKUASA Panitia Kongres Tahunan NDP akan terus berusaha membantuBadan-Badan Perhubungan dan Ranting-Ranting NDP seluruh negara bersiap sedia ke Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 pada bulan Jun depan ini.

Sepanjang munggu lepas mulai 1 Februari lalu, Jawatankuasa Panitia Kongres telah mengadakan sesi taklimat ke empat-empat daerah di seluruh negara mengenai peranan penting dan tanggungjawab ranting sebagai penentu kejayaan kongres tahunan yang akan di adakan itu.

Sebelum itu sepanjang bulan Januari lepas JK Panitia Kongres juga telah mengadakan taklimat kepada Himpunan Non-Muslim, Wanita dan Pemuda mengenai peranan dan tanggunjawab ke tiga-tiga himpunan dalam membuat persiapan ke kongres tahunan akan datang.

Taklimat juga telah di sampaikan kepada Badan-Badan Perhubungan Parti di seluruh negara mengenai tugas dan tanggunjawab Badan-Badan Perhubungan selaku pengurus dan pentadbir perjalanan parti peringkat daerah berperanan sama mempastikan setiap ranting di daerah masing-masing bersiap sedia untuk menghadapi kongres tahunan parti.

Makumat-maklumat mengenai perjalanan pemilihan umum kepimpinan parti peringkat ranting dan pusat bagi sesi 2009 -2012 (PEMILU 2009) yang sedang di selanggarakan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) serta peranan semua ahli-ahli dalam menjayakan PEMILU 2009 juga turut di jelaskan di sesi-sesi taklimat tersebut.

Menurut JK Panitia Kongres program seterusnya yang akan di adakan di seluruh negara ialah taklimat dan bengkel menghalusi tata cara Badan-Badan Perhubungan serta Ranting-Ranting mengadakan Perhimpunan dan Mesyuarat Tahunan masing-masing.

Antara perkara penting yang akan di berikan perhatian ialah keupayaan ranting-ranting menyediakan laporan tahunan dan laporan kewangan serta kebolehan setiap ranting mengenalpasti isu-isu terkini yang boleh di angkat sebagai usul-usul yang akan di bawa ke Perhimpunan Tahunan Badan Perhubungan dan seterusnya ke kongres akan datang.

Tuesday, February 10, 2009

NDP sedia tingkatkan penglibatan dalam operasi membantu mangsa banjir

LIMBARUH HIJAU 10 FEBRUARI 2009 - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) kelmarin menyeru mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan-kawasan pendalaman yang terjejas agar terus bersabar menghadapi musibah yang sedang mereka alami.

Ayahnda Yasin Affandy dalam satu kenyataan kepada Aspirasi-NDP berharap mangsa-mangsa banjir dan penduduk-penduduk yang turut terjejas akan terus bersabar dan dalam masa sama menaruh keyakinan kepada kesungguhan pihak kerajaan membantu meringankan penderitaan yang sedang mereka alami terutama yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman.

Ayahnda Yasin Affandy membuat kenyataan tersebut berikutan maklumat-maklumat yang diterima NDP yang mendakwa masih terdapat sebilangan besar penduduk-penduduk pendalaman di kawasan-kawasan yang terjejas oleh kejadian banjir besar, seperti di Mukim Ukong, Penapar Tanjung Maya, Kampong Bukit, Rambai dan lain-lain hingga ke hari ini belum menerima sebarang bantuan.

Walaupun di beberapa kawasan pendalaman tersebut tidak secara langsung di landa banjir namun jalan-jalan raya utama menuju ke kawasan-kawasan terbabit telah di tenggelami air. Bekalan letrik dan air juga terputus di beberapa kawasan-kawasan terbabit.

Dengan terputusnya sistem perhubungan darat sejak kejadian banjir besar berlaku seminggu lepas menyebabkan ramai penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terbabit susah untuk keluar mendapatkan bekalan makanan yang di perlukan.

Sebilangan penduduk yang terjejas mendakwa sejak kejadian banjir melanda hingga kelmarin mereka masih lagi menunggu bantuan untuk sampai ke kawasan-kawasan mereka.

Ada juga yang rasa tersinggung apabila mendapat tahu 'penderitaan' mereka di ambil kesempatan dijadikan bahan berita dan publisiti si penderma dan pihak-pihak tertentu, berjabat-jabat tangan di bawah sinaran lampu kamera, sedangkan mereka sudah hampir tujuh hari tujuh malam menderita tidak nyaman tidur, tidak berletrik, tidak menerima bekalan air dan kurang bekalan makanan.

Sehubungan dengan itu Presiden NDP meluahkan harapan agar penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong dan Mukim serta Yang Berhormat-Yang Berhormat agar dapat meningkatkan usaha dengan turun padang, menyingsing lenggan membantu mereka yang sedang menghadapi musibah kejadian banjir tersebut.

"Dalam hal ini NDP akan terus bersedia menghulurkan khidmat bakti kepada agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan yang lain yang telah bertungkus lumus membantu mangsa banjir sejak kejadian banjir berlaku".

"NDP telah menyediakan 4 buah bot sumbangan dua orang ahli Majlis Tertinggi NDP dan menugaskan beberapa sukarelawan untuk membantu operasi menghantar bekalan makanan kepada mangsa-mangsa banjir selain menolong mengangkut penduduk-penduduk untuk keluar dari kawasan-kawasan terbabit".

"Jika di perlukan NDP akan bersedia meningkatkan lagi penglibatannya dalam operasi tersebut bagi mempastikan tidak seorang pun penduduk yang perlu bantuan terpinggir", ujar Ayahnda Yasin Affandy.

Monday, February 9, 2009

Ahli-ahli di landa banjir gembira NDP terus perihatin

TUTONG 09 FEBRUARY 2009 - LEBIH 100 orang ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan keluarga mereka yang tinggal di kawasan Tanjung Maya dan Mukim Ukong, Tutong turut terjejas oleh banjir yang melanda di kawasan-kawasan tersebut sejak minggu lepas.

"Seperti kebanyakkan penduduk kampong yang lain, ramai dari kalangan ahli-ahli parti dan keluarga mereka telah 'terperangkap' apabila paras air sungai semakin tinggi hingga menenggelami jalan-jalan raya utama dan bahagian bawah ruma-rumah mereka".

"Bekalan letrik dan air di beberapa kawasan juga masih terputus memandangkan keadaan di kawasan-kawasan terbabit belum lagi pulih seperti biasa", jelas Awang Mohamad Bahjou Abdullah Bundan, ahli Lembaga Penasihat NDP ketika di temui di rumah abang nya di Ukong kelmarin.

Menurutnya beliau dan keluarga juga turut terjejas oleh banjir besar yang telah menenggelami jalan menuju ke kawasan tempat kediaman beliau di Kampong Ukong. Di bahagian lantai bawah rumah beliau juga turut di tenggelami air yang melimpah dari sungai berdekatan.

Selalunya untuk menuju ke rumah kediaman Awang Mohamad Bahjou dengan mengunakan kereta hanya memakan masa kurang 15 minit dari Layong. Tetapi di sebabakan banjir rombongan NDP terpaksa mengunakan bot melalui sungai dari Sungai Kuala Abang menuju ke kawasan berdekatan tempat kediaman Awang Mohamad Bahjou. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam untuk sampai ke kawasan tersebut.

Ketibaan rombongan NDP dengan mengunakan 2 buah bot di sambut gembira oleh Awang Mohamad Bahjou dan beberapa orang ahli NDP sebaik sahaja bot-bot yang juga membawa bantuan berupa makanan asas mendarat di belakang rumah abang beliau di Ukong.

"Kami akan segera mengagihkan sumbangan bantuan ini kepada ahli-ahli yang sangat memerlukannya seperti balu-balu dan mereka yang kurang mampu yang juga turut terjejas akibat bencana banjir ini", ujar Awang Mohamad Bahjou sambil meluahkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada NDP, Badan Perhubungan NDP Tutong, terutama penyumbang-penyumbang yang bermurah hati serta sukarelawan-sukarelawan NDP yang sanggup meredah sungai untuk menghantar bantuan tersebut.

Sukarelawan-sukarelawan NDP yang terdiri dari Pengiran Ismail Pengiran Ahmad, Awang Haji Ismail Ibrahim, Awang Haji Sabri, Peter Saging, Ak Sharin, Dayang Linda, Awang Ahmad Timpus dan lain-lain telah sejak dua tiga hari lepas bertugas menghantar bantuan kepada ahli-ahli NDP yang terjejas serta membantu pasukan keselamatan kerajaan memindah beberapa orang penduduk-penduduk ke kawasan-kawasan yang lebih selamat.

Pengiran Ismail dari NDP Belait telah meminjamkan dua buah perahu beliau untuk di gunakan dalam operasi tersebut sementara Awang Haji Ismail Ibrahim dari NDP Tutong pula menyediakan dua buah perahu untuk di gunakan dalam operasi yang sama.

Aspirasi-NDP difahamkan parti menerusi Badan Perhubungan NDP Tutong yang telah dari awal lagi mengambil inisiatif membantu ahli-ahli nya yang terjejas oleh banjir tersebut akan terus menghantar bantuan makanan kepada ahli-ahli yang lain yang mungkin belum menerimanya.