LIMBARUH HIJAU 22 MEI 2009 - Setahun sesudah merdeka sehingga berterusan selama 16 tahun Negara Brunei Darussalam pernah mempunyai beberapa badan konsep Melayu Islam Beraja.
Pada tahun 1985 negara menubuhkan 'Komiti Konsep Melayu Islam Beraja'.
Pada tahun 1990 ia di pertingkat lagi menjadi Badan Peringkat Nasional Konsep Melayu Islam Beraja.
Pada tahun 2001 ia terus dipertingkat menjadi Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja. Lantikan paling akhir ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ialah pada tahun 2001 iaitu bagi tempoh selama lima tahun dan berakhir pada tahun 2006.
Akan tetapi sehingga tahun 2009 cerita lanjut mengenai Majlis itu belum lagi didengar sampai ke hari ini.
Perkara ini digariskan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah perasmian Forum Majlis Forum Khas Konsep MIB Sempena Sambtan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009 Anjuran Orang-Orang Yang Dikurnia Gelaran yang berlangsung Selasa baru lalu di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Dalam titah tersebut baginda melontarkan persoalan, "Apakah kita sudah kehabisan orang-orang yang layak untuk dipilih menjadi ahli-ahli baru?. Atau Majlis ini sendiri telah dianggap sebagai tidak lagi relevan?
"Apa pun masalahnya, Beta sendiri ingin mendengar dan mengetahuinya," tegas Baginda.
Kita selaku rakyat menganggotai Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga ingin sama mengetahui kedudukkan Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ini.
No comments:
Post a Comment