Posting mengikut label

Thursday, March 12, 2009

TITAH KEBAWAH DYMM SULTAN DI PERSIDANGAN MMN KE-5

Segala puji dan syukur bagi Allah jua yang mengizinkan kita berkumpul pada hari ini di Majlis pembukaan persidangan musim permesyuarat ke-5 Majlis Mesyuarat Negara.

Seperti lazimnya ahli-ahli Yang Berhormat akan menjadikan persidangan ini sebagai wadah untuk mencetuskan idea-idea baru lagi bernas bagi membantu Kerajaan untuk melakar strategi-strategi pembangunan yang di perlukan.
Demikian juga ia di harapkan untuk menunjukkan imej terbaik tentang sistem kita berbanding beraneka sistem di merata dunia yang tidak mampu walau sekadar hanya untuk menstabilkan keadaan.

Kita melalui sistem yang ada telah membuktikan keupayaan dapat membawa Negara ini menikmati berbagai kebajikkan melebihi dari orang lain disamping kita mengekalkan kemakmuran.
Dengan izin Allah, kita juga, alhamdullilah, menikmati keamanan dan ketenteraman apa yang sungguh-sungguh sukar di perolehi khasnya di masa akhir-akhir ini oleh orang lain.

Kita belum pun sampai sebulan merayakan Jubli Perak kemerdekaan. 

Jangka masa 25 tahun itu dapat di sifatkan sebagai titik awal menguji kita sama ada kita layak di anggap bangsa yang benar-benar merdeka.

Pada hemat beta kelayakkan itu adalah merujuk kepada keadaan suatu bangsa sama ada ia mampu membangun dirinya dan berjaya melakar kehidupan yang lebih baik.

Dalam konteks ini kita rasanya tidaklah ketinggalan malah sentiasa memiliki kedudukkan terbaik di bidang apa saja hasil daripada pencapaian menerusi sistem kita yang ada itu. Ini bukan lagi andaian tetapi kenyataan.

Kedewasaan bernegara turut menerima ujian-ujian berat namun kita terselamat kerana kita mampu mengurus diri sendiri dengan sebaik mungkin.

Di antara ujian berat itu ialah krisis ekonomi global yang melanda dunia 
hari ini.

Krisis itu merembat keseluruh jagat tanpa milih-milih. Ia di anggap paling parah sejak kemelsetan dunia 80 tahun yang lampau di sekitra tahun-tahun 1927 dan 1929.

Krisis ini menjadikan pasaran merudum, nilai matawang mengecil, pembuangan beramai-ramai pekerja dan sistem kewangan hancur. 

Pada akhir tahun 2008 tabung matawang antarabangsa IMF meramalkan ekonomi dunia berkembang cuma 2. 2 peratus pada tahun 2009. Tetapi ramalan terkini IMF juga cuma 0.5 peratus sahaja. Iaitu satu kadar paling rendah dalam tempoh 60 tahun.

Itupun masih ada lagi pihak lain yang meramal bahawa kadar 0.5 peratus juga masih dianggap terlalu optimistic.

Semua negara di dunia mengalami pertumbuhan lembab tidak kira negara maju atau sedang membangun malah misalnya ada negara yang biasa menikmati pertumbuhan dua angka menjadi cuma satu angka sahaja disamping ada pula negara yang meramalkan dirinya mungkin merudum sampai dua angka satu kemerosotan yang memeritkan.
Dari kegawatan yang dahsyat ini maka banyaklah negara mengambil langkah darurat dengan memberhentikan sekian ramai pekerja-pekerja mereka. Kalau seribu dua yang di berhentikan itu  adalah biasa saja, tetapi terdapat juga sampai puluhan ribu dan malah di negara yang ramai penduduk ada yang sampai 20 juta pekerja daripada pendalaman terpaksa pulang ke kampong semula setelah hilang pekerjaan di bandar dan di kilang-kilang setempat.

Ini semua membayangkan betapa dunia adalah di ambang bahaya. 

Namun sosio ekonomi Negara kita pada setakat ini masih terus dalam kedudukkan stabil dan kukuh walaupun pendapatan kerajaan sedikit terjejas disebabkan penuruanan harga pasaran minyak global.

Kemampuan kita bertahan adalah di tolong oleh dasar dan sikap berbelanja Negara secara berhemah ditambah lagi dengan kegiatan dan pertumbuhan ekonomi tidak bergantung kepada hutang leverage.

Perlu di ketahui bahawa pergantungan kepada hutang itu telah menjerumuskan banyak negara ke jurang kemiskinan lebih parah.

Kejatuhan harga minyak secara mendadak perlu di hadapi dengan lebih bijak dalam berbelanja termasuk mengelak dari segala bentuk pembaziran lebih-lebih lagi di pihak kerajaan amat perlu membanyakkan aktiviti-aktiviti ekonomi sambil tidak lupa merancang langkah-langkah untuk menghadapi saingan apabila ekonomi dunia pulih nanti.

Negara turut bernasib baik dengan harga minyak yang melunjak naik beberapa tahun sebelumnya kerana ia benar-benar menyumbang kepada lebihan hasil pendapatan kerajaan.

Hasil lebihan ini perlu di urus dengan sebaik mungkin untuk memperolehi pulangan bagi mengukuhkan lagi fiscal negara dalam jangka panjang.

Maka untuk tujuan ini beta telah memperkenankan penubuhan sebuah dana di panggil ‘Sustainablity Fund’ di bawah Kementrian Kewangan.
Untuk tujuan pengawalan serta pengurusan dana beta juga telah memperkenankan satu rtang undang-undang di panggil ‘Sustainability Fund Order’ yang mula berkuatkuasa pada 11 March 2008. 

Dalam menangani perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan kita juga mengambil ingatan akan perkara-perkara di luar kawalan dan  jangkakan seperti baru-baru ini satu fenomena banjir luar biasa dan tanah susur telah turut melanda negara ini.

Kejadian ini memberi impak terus kepada sejumlah besar rakyat dan penduduk selain menyumbangkan bantuan-bantuan kita juga perlu mengambil langkah-langkah kehadapan pada mengemaskini rangkaian infrastruktur negara sehingga tidak ada lagi apa yang disebut sebagai kemudahan-kemudahan asas yang lemah atau keperluan-keperluan utama yang belum di tangani.

Sebenarnya peruntukan-peruntukan itu telahpun di sediakan dan malah bila keadaan memerlukan peruntukan tambahan boleh sahaja di timbangkan. Contohnya kerana kejadian yang melanda baru-baru ini maka beta telah memperkenankan satu peruntukkan khusus berjumlah 30  juta untuk mempercepatkan lagi usaha atau langkah-langkah pembaikkan, pemeliharaan dan menaiktaraf infrastruktur dan lain-lain kemudahan awam.

Agensi-agensi kerajaan yang berkenaan di kehendaki serentak untuk menjalankan tanggunjawab masing-masing tanpa berlengah.

Beta melihat masih banyak kerja-kerja terbengkalai yang perlu di percepat. Setengah projek itu baru saja berjalan tiba-tiba berhenti. Mengapakah ia berhenti? Mengapakah ia terhenti? Dimanakah salahnya? Apakah ini tidak mungkin menjadi salah satu sebab menyumbang kepada banjir besar? Semua itu memerlukan kajian dan jawapan tepat untuk mengatasinya. 

Beta percaya ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan lepas pandang begitu sahaja terhadap perkara-perkara seumpama ini, tetapi akan memberikan perhatian secukupnya kepada apa-apa jua yang menyangkut dengan kebajikkan rakyat dan negara tanpa takut-takut atau malu-malu dan ragu.

No comments: