Posting mengikut label

Tuesday, September 9, 2008

MAKMAL NUKLEAR DI PAHANG UNTUK TUJUAN KEAMANAN

Nyza Ayob
Wed | Jul 09, 08 | 4:37:05 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Dewan rakyat hari ini diberitahu bahawa rancangan pembangunan Makmal Pemantauan Nuklear di Bukit Ibam,Rompin, Pahang bertujuan untuk menjaga kepentingan negara supaya aktiviti penggunaan bahan nuklear dan bahan radioaktif dapat digunakan bagi tujuan keamanan di Malaysia dan di rantau Asean. Iklan

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam sekitar,Fadillah Yusuf sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Dr Che Rosli Che Mat(PAS-Hulu Langat) mengenai status terkini makmal tersebut dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah menjelaskan makmal tersebut berperanan sebagai suatu mekanisma 'check and balance' untuk menyangkal sebarang tohmahan yang tidak berasas berhubung aktiviti nuklear yang dijalankan negara.

Tambahnya, makmal tersebut juga boleh dimanfaatkan oleh negara luar untuk melakukan perkhidmatan analisa salah guna aktivit nuklear (forensik nuklear).

Beliau menjelaskan, kerajaan telah memutuskan supaya Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar melakukan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) terhadap tapak cadangan projek makmal terbabit supaya kerajaan dapat memutuskan projek tersebut boleh dilaksanakan yang mana ia tertakluk kepada peruntukan muktamad yang diluluskan kerajaan.

Sementara itu Che Rosli sewaktu mengemukakan soalan tambahan,meminta menteri menjelaskan adakah tempat makmal pemantauan itu digunakan untuk menentukan sidang latar atau pencemaran sinar lain untuk di Malaysia atau Asia Tenggara.

Menjawab soalan tersebut, Fadillah menjelaskan makmal tersebut tersebut dapat mengecam penggunaan bahan nuklear tersebut sama ada daripada negara asal pengeluar atau bukan dari negara asal pengeluar.

Jelasnya,jika penggunaan bahan nuklear bukan negara asal pengeluar,pihak berkaitan dapat mengesan atau mengesyaki kegunaan nuklear itu mungkin disalahgunakan untuk tujuan lain.

Tambahnya, melalui makmal tersebut persekitaran juga dapat dikesan sama ada mengandungi bahan nuklear atau radioaktif. - mks. _

No comments: