Posting mengikut label

Saturday, February 7, 2009

NDP ikut sama memberikan bantuan kecemasan

LIMBARUH HIJAU 07 FEBRUARI 2009 - BEBERAPA orang ahli Majlis Tertinggi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) termasuk Naib Presiden NDP Tutong, Awang Haji Hanafi bin Hj Md. Daud kelmarin ikut serta memberikan bantuan kecemasan kepada penduduk-penduduk kampong yang terjejas oleh kejadian banjir di beberapa kawasan-kawasan pendalaman di daerah Tutong.

Dengan menaiki bot kepunyaan Awang Haji Ismail, Awang Haji Hanafi dan beberapa ahli-ahli yang lain berganding bahu dengan agensi-agensi peneyalamat dari kerajaan dalam memberikan membantu kepada anak-anak kampong yang terkandas di persekitaran kawasan Tanjung Maya.

Sementara itu di kawasan Mukim Ukong, Pengiran Haji Ismail, MT NDP dari Daerah Belait dan beberapa orang ahli yang lain mengunakan bot kepunyaannya untuk membantu anak-anak kampong di kawasan tersebut yang juga turut terkandas.

NDP dengan sokongan Awang Haji Ismail dari Telesai dan Pengiran Ismail dari Belait telah menyediakan 4 buah bot untuk kegunaan bantuan kecemasan di kawasan-kawasan Tanjung Maya dan Mukim Ukong.

Suasana di 2 buah kawasan tersebut begitu memeritkan dan sangat merunsingkan penduduk ekoran berlakunya banjir besar sejak hampir 48 jam lepas.

Kejadian banjir dan juga tanah susur juga berterusan di banyak kawasan-kawasan bukan saja di kawasan pendalaman malahan juga di bandar-bandar dan kampung-kampung.

Kejadian banjir dan tanah susur telah bermula sejak bulan Oktober 2008 hingga membawa pada masa ini.

Kajian menyatakan kejadian tanah susur dan banjir adalah kesan yang selalu terjadi pada musim tengkujuh dan kebelakangan ini, kejadian tu semakin serius dengan kejadian-kejadian banjir semakin menguji keupayaan pentadbiran negara bagi menangani bencana alam ini.

Kawasan-kawasan rendah terus terjejas di naiki air hujan yang turun secara berterusan hampir setiap hari, selain berita di dada-dada akhbar terus melapurkan kejadian-kejadian banjir dan tanah susur di sana-sini.

Turut menyedihkan kita ialah dengan terkorbannya dua jiwa melalui bejana alam ini, serta kerosakan infrastruktur seperti jalan raya, benteng-benteng jalan raya, selain gangguan bekalan elektrik dan juga air yang semuanya merupakan keperluan asas penduduk.

Pesanan-pesanan daripada Sistem Mesej Singkat (SMS) daripada Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) semakin membimbangkan dengan lapuran cuaca yang bakal di hadapi setiap hari termasuk paras kenaikkan air juga dalam sukatan paras yang begitu tinggi.

Kenaikkan air yang datangnya daripada sungai dan juga luar pantai turut merisaukan penduduk terutama di kawasan pendalaman, kerisauan dan kebimbangan menjadi kenyataan apabila seorang warga emas di gigit pada kakinya oleh buaya yang timbul dalam air banjir setinggi 1.5 meter di kawasan Kampung Ukong Daerah Tutong lewat petang kelmarin.

Sementara itu di beberapa batang jalan raya utama di kawasan pendalaman Mukim Labi dan Bukit Sawat belum dapat di lalui kenderaan akibat di tenggelami air pada paras yang terlalu tinggi dan juga akibat terkandas oleh pokok-pokok tumbang dan tanah yang runtuh.

Antara yang teruk terjejas ialah Jalan Beluhur, airnya naik sehingga ke paras hampir 2.00 meter begitu juga di Bukit Puan setinggi 1.50 meter pada jarak 300 meter, JalanSungai Petai setinggi 1.00 meter da Kampung Merangking satu meter pada jarak 50 meter dan Kampung Sungai Mau semakin naik ke paras menghampiri 2.00 meter sejauh 200 meter dan turut menenggalami beberap buah rumah papan di kawasan tersebut yang berdekatan dengan pengkalan Sungai Mau yang kini penduduknya di angkut dengan menggunakan bot dan perahu untuk keluar dari rumah, dan ada juga penduduk-penduduk yang dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat kerana rumah di naiki air yang tinggi.

Dalam perkembangan lain kejadian tanah runtuh di kawasan Kampung Sungai Liang telah menyebabkan kesesakan jalanraya, akibat separuh daripada jalan terbabit terkandas dan tidak boleh dilalui.

Mengimbas kejadian Sabtu lalu serama lebih 600 orang telah dipindahkan ke tempat-tempat yang lebih selamat ekoran rumah mereka di naiki air yang terlalu tinggi, termasuk penghuni-penghuni di barek Lorong Tiga Seria, penduduk di kawasan Perumahan Expo Kuala Balai, dan kawasan-kawasan yang rendah lainnya.

Penghuni-penghuni di barek lorong Tiga Seria turut ditempatkan di Pusat Gerakkan Kecemasan di Dewan Pejabat Daerah Seria, dan seramai 133 orang yang mendaftar telah turut diberikan bantuan berupa makanan pada hari kejadian, keramaian penghuni barek tersebut yang terjejas di anggarkan lebih 200 orang termasuk mereka yang tidak mendaftarkan diri kepada JAPEM kerana berpindah ke rumah sanak saudara berdekatan.

Selain daerah Belait, di daerah Tutong terutama di kawasan pendalaman Kampung Ukong, Lamunin dan beberapa kawasan lain juga turut terjejas dan air dikatakan naik ke paras yang terlalu tinggi dan tiada sebarang kenderaan boleh menembusi jalan-jalan utama menuju masuk ke kampung-kampung berkenaan hanya dengan menggunakan perahu dan bot-bot yang disediakan oleh pihak-pihak agensi kerajaan berkenaan dan orang-orang perseorangan. (Laporan HSK)

No comments: