Posting mengikut label

Friday, August 22, 2008

MENYUSUR WASAI WONG KADIR

LABI 09 OGOS 2008 - KEINDAHAN alam semula jadi di Wasai Wong Kadir di Mukim Labi Belait tidak menghampakan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang telah meluangkan masa untuk berkunjung ke sana pada hari Khamis baru lalu.
Kunjungan rombongan NDP ke Wasai Wong Kadir merupakan program sampingan Menyusur Desa di Rumah Panjang Mendaram Besar yang terletak berdekatan dengan kawasan peranginan yang terkenal indah dan kaya dengan cerita-cerita mistik.

Walaupun perjalanan merentasi hutan dan bukit yang memakan masa selama kurang lebih 20 minit itu sangat meletihkan dan mencabar namun semuanya lenyap sebaik sahaja rombongan tiba di Wasai Wong Kadir yang indah itu. Terutama sekali Naib Presiden Tutong Awang Haji Hanafi. Walaupun sudah berusia 80 tahun namun beliau tidak kelihatan letih dan sangat mengakgumkan lagi beliau mengambil kesempatan untuk berenang-renang di tasek yang indah itu.



Begitu juga dengan Pengiran Ismail, Pengerusi Bersama Biro Pengguna. Beliau yang berumur pertengahan 50an dan baru sembuh dari kecederaan di bahagian rusuk akibat terjatuh dari tangga semacam mendapat tenaga baru apabila melihat keindahan Wasai Wong Kadir itu.Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk berenang-renang di wasai yang dulunya menjadi tumpuan penuntut-penuntut seni pertahanan diri.

Entah Wasai Wong Kadir itu bukan sahaja semacam mempunyai daya tarikan yang kuat malahan keindahan alam semula jadinya bagaikan mempunyai daya pencetus ilham yang kuat.

Bayangkan dalam beberapa minit sahaja santa-santai di wasai tersebut, sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP sudah mendapat banyak ilham bagaimana wasai yang indah tersebut dan persekitarannya boleh dimajukan lagi sebagai tempat peranginan dan pelancungan yang bertaraf dunia.
Tidak di sangkalkan potensi Wasai Wong Kadir untuk di majukan sebagai kawasan pelancungan yang menarik dan bertaraf dunia belum di terokai sepenuhnya.

Lain halnya pula dengan Awang Haji Mohamad Ali, Ketua Biro Disiplin dan Hisbah. Setelah beberapa minit berendam dalam air wasai yang dingin itu, beliau semacam mendapat semula kebolehan dan bakat tersembunyinya untuk berdiang dangan.

Sebaik sahaja keluar dari kawasan wasai tersebut, beliau kelihatan sangat gembira dan mula berdiang dangan dengan kisah-kisah mistik hingga menimbulkan nostalgia kepada rakan-rakan seangkatan beliau.

Apa pun keadaannya, seperti yan di sebutkan Wasai Wong Kadir dengan keindahannya telah berjaya memukau rombongan NDP. Lawatan ke wasai tersebut setentunya merupakan kenangan manis kepada mereka semua.

No comments: