LIMBARUH HIJAU 28 JANUARI 2009 - PAPAN tanda diatas sudah cukup jelas memberikan makluman kepada orang ramai mengenai projek yang sedang di laksanakan di kawasan Kampong Kianggeh. Alhamdullilah mudah-mudahan projek ini berjaya dan masalah banjir di Sungai Subok dan Sungai Kianggeh akan berkurangan. Berpandukan papan tanda ini, projek yang sedang di laksanakan merupakan fasa pertama. Apakah ini bererti ada lagi projek fasa kedua dan seterusnya akan menyusul?. Kita selaku orang awam memang jahil mengenai projek-projek seperti ini. Kita tidak ada ilmu kejuruteraan apatah lagi ilmu alam sekitar untuk memahami projek yang di jalankan dan kenapa ia perlu di laksanakan. Namun demikian naluri ingin tahu tetap juga mendesak kita untuk mencari jawapan kepada banyak persoalan. Antara lain, kenapa Sungai Subok dan Sungai Kianggeh mengalami masalah banjir sedangkan menurut orang tua-tua yang pernah tinggal dan membesar di Kampong Kianggeh perkara ini dulunya tidak pernah berlaku. Dari tinjauan Aspirasi-NDP dulunya terdapat sebuah tasek besar yang di kenali sebagai Limbaruh Buntar terletak di kawasan bukit yang menjadi sempadan antara Kampong Kianggeh dan Kampong Subok. Air air dari kawasan bukit bukau di persekitaran Kampong Kianggeh dan Kampong Subok serta anak-anak sungai nya dan air dari wasai-wasai berdekatan semua mengalir masuk ke Limbaruh Buntar dan terus mengalir ke Sungai Kianggeh. Dulunya persekitaran Limbaruh Buntar sangat indah dan alami. Batu-batu kerikil menghiasi tebing-tebing sungai dan tebing Limbaruh Buntar. Terdapat juga beberapa wasai indah di persekitaran kawasan tersebut. Walau macam mana lebat pun hujan turun namun anak-anak sungai dan Limbaruh Buntar tetap berupaya menampung aliran air yang berlebihan tanpa mendatangkan masalah banjir di kawasn tersebut. Tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Alam semula jadi Limbaruh Buntar sudah di ubah suai dengan pembinaan parit besar begitu juga dengan Sungai Subok dan Sungai Kianggeh yang sekarang di ganti dengan parit. Limbaruh Buntar yang dulunya luas dan dalam sekarang sudah tidak wujud lagi. Seperti Sungai Kianggeh yang juga sudah di ubah suai, Limbaruh Buntar hanya tinggal nama sahaja. Nyata parit-parit yang di bina untuk mengantikan Limbaruh Buntar, Sungai Kianggeh dan Sungai Subok tidak berupaya menampung aliran air yang berlebihan yang masih seperti sedia kala mengalir turun dari muka bumi bukit bukau dan hutan belukar di persekiataran kawasan tersebut terutama sekali ketika musim hujan. Ketika musim hujan lebat air pasang naik melimpah keluar dan membanjiri kawasan tersebut. Keadaan ini mendesak pihak berwajib membina tembok menahan banjir di sekeliling kawasn pam air Sungai Kianggeh dan Sungai Subok. Belum lama ini di sebabkan banjir dan tekanan air yang deras menaglir menuju Sungai Kianggeh dari kawasan Limbaruh Buntar, jalan raya penghubung Kampong Kianggeh dan Subok berdekatan bagunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri runtuh bersama parit yang juga turut pecah. Dalam lain perkataan dulunya di kawasan ini tidak pernah menghadapi masalah banjir tetapi apabila alam persekitarannya di ubah suai masalah banjir sering pula berlaku. Keadaan ini jelas memaksa pihak berwajib untuk mencari jalan menyelesaikan masalah yang timbul yang di sebabkan oleh perancangan yang kurang mampan. Persoalan yang timbul sekarang apakah pihak yang berwajib dulunya telah mengambil kira faktor alam sekitar ketika membuat perancangan membina parit untuk mengantikan Limbaruh Buntar, Sungai Kianggehd an Sungai Subok itu?. Apakah pernah di buat kajian keatas kesan alam sekitar (environmental impact assesment) semasa di tahap cadangan (planning stage) membina parit-parit tersebut yang telah mengubah bentuk mukabumi dan merubah keadaan persekitaran di kawasan-kawasa yang terlibat? Apakah isu-isu pelindungan alam sekitar diberi pertimbangan sewajarnya dalam projek tersebut serta apakah sudah di berikan pertimbangan sama ada projek sedimikian boleh menjamin generasi kini dan akan datang dapat terus menikmati khazanah alam sekitar dan kehidupan sihat? Di sinilah kita selaku rakyat biasa memang jahil dan sentiasa dalam kegelepan mengenainya. Mungkin kita akan terus berada dalam kegelapan memandangkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang sedia ada sekarang tidak memberikan kita jaminan kebolehcapaian (accessibility) individu ke atas maklumat-maklumat yang sewajarnya berkenaan alam sekitar daripada pihak berkuasa. Di sebabkan keadaan ini, kita mungkin tidak akan berpeluang untuk turut serta dalam membuat apa-apa keputusan, seperti apa yang terjadi di Limbaruh Buntar, Sungai Kianggeh dan Sungai Subok. Justeru kita hanya mampu berharap keadaan akan berubah tambah-tambah lagi sekarang isu alam sekitar merupakan antara agenda teratas yang di berikan tumpuan perhatian oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Untuk itu kita berharap agar ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik mewakili daerah-daerah masing-masing lebih berani tampil kehadapan membahaskan isu alam sekitar dan hubungannya dengan aktiviti-aktiviti pembangunan di Dewan Majlis Mesyuarat Negara. |
Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, January 29, 2009
Meninjau alam sekitar Kianggeh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment