Posting mengikut label

Wednesday, March 25, 2009

Lembaran baru di pangkuan Islam

LIMBRUH HIJAU 21 MAC 2009 - TAHNIAH kepada Awang Peter Saging dan syukur alhamdullilah ke hadrat Allah SubahanAllah Ta'ala kerana memberikan beliau petunjuk dan hidayat untuk memileh ugama Islam sebagai pegangan hidup.

Awang Peter yang telah mengambil nama Islam nya sebagai Awang Mohammad Abdullah Peter bin Abdullah Saging telah memeluk Islam dengan rasminya pada 19 Mac 2009 yang baru lalu.

Majlis pengislaman Awang Mohamad Abdullah Peter berlangsung di surau Pusat Dakwah Islamiah, Bandar Seri Begawan, sambil disaksikan oleh beberapa ahli-ahli keluarga beliau dan juga oleh Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman serta beberapa orang ahli-ahli parti yang lain.

Awang Mohamad Abdullah Peter merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hubungan Antarakaum Parti Pembangunan Bangsa (NDP).

 

Saturday, March 21, 2009

MENGURUS KEJUTAN, MENGHURAI KEKUSUTAN:

Pandangan pablik di Negara Brunei Darussalam mengenai pengumuman penyelesaian isu persempadanan Brunei-Sarawak pada hari Isnin 16 Mac 2009 baru lalu, khususnya Brunei- Limbang  diterima dengan reaksi yang bercampur-campur. Seterusnya...

Isu Limbang - Malaysia anggap selesai, Brunei tidak cakap pun!

LIMBARUH HIJAU 20 MAC 2009 - APAKAH terdapat satu persefahaman antara Brunei dengan Malaysia bahawa Brunei akan mengugurkan tuntutan keatas Limbang sebaik sahaja kedua-dua negara bertukar-tukar surat perjanjian untuk menyelesaikan isu sempadan? Seterusnya...

Isu tuntutan Brunei keatas Limbang - NDP minta ketelusan dan rakyat di rundingi

LIMBARUH HIJAU 19 MAC 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat mengalu-alukan penjelasan yang di buat oleh Pehin Dato Seri Lim Jock Seng, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mengenai kedudukan tuntutan Brunei keatas Limbang walaupun penjelasan sedemikian sepatutnya dibuat awal-awal lagi bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat dan penduduk Brunei terutama mereka yang masih berkampong dalam kawasan yang di pertikai yang juga merupakan 'stake holder' terbesar dalam isu ini. Seterusnya...

Limbang tidak pernah jadi isu perbincangan

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Mac 2009 - Isu Limbang tidak pernah dirundingkan oleh pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia dan tidak dimuktamadkan mengenainya dalam dokumen Pertukaran Surat-Surat antara kedua-dua negara yang ditandatangani semalam. Seterusnya...

Tuntutan ke atas Limbang tak dibincang

MIRI: Menteri Luar dan Perdagangan kedua Brunei, Datuk Seri Lim Jock Seng menafikan bahawa isu tuntutan ke atas Limbang telah dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Isnin lalu.Seterusnya...

Malaysia, Brunei selesai isu Limbang secara kekeluargaan

PADA sidang media ringkas di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam sebelum pulang ke ibu negara Isnin lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara sekali lalu menyebut Brunei sudah menggugurkan isu tuntutan ke atas Limbang, sekali gus mengesahkan pemilikan negara khususnya Sarawak terhadap daerah itu. Seterusnya...

Limbang: Pemimpin politik Sarawak sambut baik

KUCHING 17 Mac - Pemimpin parti politik di negeri menyambut baik pengguguran tuntutan ke atas Limbang oleh Brunei Darussalam selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran di Istana Nurul Iman pada pukul 12.05 tengah hari semalam. Seterusnya...

BRUNEI GUGURKAN TUNTUTAN

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei Darussalam semalam secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang di utara Sarawak, sekali gus mengakhiri episod pertikaian wilayah berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama. Seterusnya....

Monday, March 16, 2009

BRUNEI GUGURKAN TUNTUTAN KE ATAS LIMBANG

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac (Bernama) -- Brunei secara rasminya menggugurkan tuntutannya sejak sekian lama terhadap Limbang, bahagian di utara Sarawak, menandakan bermulanya era baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata ini adalah sebahagian daripada peristiwa bersejarah berikutan pemeteraian Surat Pertukaran (LoE) antara beliau dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bagi penyelesaian isu tuntutan bertindih sempadan Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman di sini Isnin.

Sunday, March 15, 2009

NDP berharap pakej penyelesaian isu sempadan tidak merugikan Brunei

LIMBARUH HIJAU 15 MARCH 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) penuh berharap jalan penyelesaian isu sempadan antara Brunei dan Malaysia yang akan di persetujui oleh kedua-dua buah negara akan memihak kepada Brunei.

Rakyat menunggu penuh debaran penyelesaian isu sempadan

LIMBARUH HIJAU 14 MARCH 2009 - MULAI besok Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di jadualkan akan memulakan lawatan kerja dua hari ke Bandar Seri Begawan.

Lawatan kerja beliau ke Brunei kali ini sangat di nanti-nantikan oleh seluruh rakyat Brunei yang sehingga kini masih mengharapkan satu jalan penyelesaian kepada isu sempadan Malaysia yang sudah sekian lama menjadi tanda tanya kepada semua lapisan rakyat di negara ini.

Menurut laporan dari BERNAMA di sesi lawatan ini Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menandatangani Pertukaran Surat bagi mengisytiharkan secara rasmi penyelesaian kepada isu sempadan Malaysia-Brunei.

Selanjutnya di www.aspirasi-ndp.com

Thursday, March 12, 2009

TITAH KEBAWAH DYMM SULTAN DI PERSIDANGAN MMN KE-5

Segala puji dan syukur bagi Allah jua yang mengizinkan kita berkumpul pada hari ini di Majlis pembukaan persidangan musim permesyuarat ke-5 Majlis Mesyuarat Negara.

Seperti lazimnya ahli-ahli Yang Berhormat akan menjadikan persidangan ini sebagai wadah untuk mencetuskan idea-idea baru lagi bernas bagi membantu Kerajaan untuk melakar strategi-strategi pembangunan yang di perlukan.
Demikian juga ia di harapkan untuk menunjukkan imej terbaik tentang sistem kita berbanding beraneka sistem di merata dunia yang tidak mampu walau sekadar hanya untuk menstabilkan keadaan.

Kita melalui sistem yang ada telah membuktikan keupayaan dapat membawa Negara ini menikmati berbagai kebajikkan melebihi dari orang lain disamping kita mengekalkan kemakmuran.
Dengan izin Allah, kita juga, alhamdullilah, menikmati keamanan dan ketenteraman apa yang sungguh-sungguh sukar di perolehi khasnya di masa akhir-akhir ini oleh orang lain.

Kita belum pun sampai sebulan merayakan Jubli Perak kemerdekaan. 

Jangka masa 25 tahun itu dapat di sifatkan sebagai titik awal menguji kita sama ada kita layak di anggap bangsa yang benar-benar merdeka.

Pada hemat beta kelayakkan itu adalah merujuk kepada keadaan suatu bangsa sama ada ia mampu membangun dirinya dan berjaya melakar kehidupan yang lebih baik.

Dalam konteks ini kita rasanya tidaklah ketinggalan malah sentiasa memiliki kedudukkan terbaik di bidang apa saja hasil daripada pencapaian menerusi sistem kita yang ada itu. Ini bukan lagi andaian tetapi kenyataan.

Kedewasaan bernegara turut menerima ujian-ujian berat namun kita terselamat kerana kita mampu mengurus diri sendiri dengan sebaik mungkin.

Di antara ujian berat itu ialah krisis ekonomi global yang melanda dunia 
hari ini.

Krisis itu merembat keseluruh jagat tanpa milih-milih. Ia di anggap paling parah sejak kemelsetan dunia 80 tahun yang lampau di sekitra tahun-tahun 1927 dan 1929.

Krisis ini menjadikan pasaran merudum, nilai matawang mengecil, pembuangan beramai-ramai pekerja dan sistem kewangan hancur. 

Pada akhir tahun 2008 tabung matawang antarabangsa IMF meramalkan ekonomi dunia berkembang cuma 2. 2 peratus pada tahun 2009. Tetapi ramalan terkini IMF juga cuma 0.5 peratus sahaja. Iaitu satu kadar paling rendah dalam tempoh 60 tahun.

Itupun masih ada lagi pihak lain yang meramal bahawa kadar 0.5 peratus juga masih dianggap terlalu optimistic.

Semua negara di dunia mengalami pertumbuhan lembab tidak kira negara maju atau sedang membangun malah misalnya ada negara yang biasa menikmati pertumbuhan dua angka menjadi cuma satu angka sahaja disamping ada pula negara yang meramalkan dirinya mungkin merudum sampai dua angka satu kemerosotan yang memeritkan.
Dari kegawatan yang dahsyat ini maka banyaklah negara mengambil langkah darurat dengan memberhentikan sekian ramai pekerja-pekerja mereka. Kalau seribu dua yang di berhentikan itu  adalah biasa saja, tetapi terdapat juga sampai puluhan ribu dan malah di negara yang ramai penduduk ada yang sampai 20 juta pekerja daripada pendalaman terpaksa pulang ke kampong semula setelah hilang pekerjaan di bandar dan di kilang-kilang setempat.

Ini semua membayangkan betapa dunia adalah di ambang bahaya. 

Namun sosio ekonomi Negara kita pada setakat ini masih terus dalam kedudukkan stabil dan kukuh walaupun pendapatan kerajaan sedikit terjejas disebabkan penuruanan harga pasaran minyak global.

Kemampuan kita bertahan adalah di tolong oleh dasar dan sikap berbelanja Negara secara berhemah ditambah lagi dengan kegiatan dan pertumbuhan ekonomi tidak bergantung kepada hutang leverage.

Perlu di ketahui bahawa pergantungan kepada hutang itu telah menjerumuskan banyak negara ke jurang kemiskinan lebih parah.

Kejatuhan harga minyak secara mendadak perlu di hadapi dengan lebih bijak dalam berbelanja termasuk mengelak dari segala bentuk pembaziran lebih-lebih lagi di pihak kerajaan amat perlu membanyakkan aktiviti-aktiviti ekonomi sambil tidak lupa merancang langkah-langkah untuk menghadapi saingan apabila ekonomi dunia pulih nanti.

Negara turut bernasib baik dengan harga minyak yang melunjak naik beberapa tahun sebelumnya kerana ia benar-benar menyumbang kepada lebihan hasil pendapatan kerajaan.

Hasil lebihan ini perlu di urus dengan sebaik mungkin untuk memperolehi pulangan bagi mengukuhkan lagi fiscal negara dalam jangka panjang.

Maka untuk tujuan ini beta telah memperkenankan penubuhan sebuah dana di panggil ‘Sustainablity Fund’ di bawah Kementrian Kewangan.
Untuk tujuan pengawalan serta pengurusan dana beta juga telah memperkenankan satu rtang undang-undang di panggil ‘Sustainability Fund Order’ yang mula berkuatkuasa pada 11 March 2008. 

Dalam menangani perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan kita juga mengambil ingatan akan perkara-perkara di luar kawalan dan  jangkakan seperti baru-baru ini satu fenomena banjir luar biasa dan tanah susur telah turut melanda negara ini.

Kejadian ini memberi impak terus kepada sejumlah besar rakyat dan penduduk selain menyumbangkan bantuan-bantuan kita juga perlu mengambil langkah-langkah kehadapan pada mengemaskini rangkaian infrastruktur negara sehingga tidak ada lagi apa yang disebut sebagai kemudahan-kemudahan asas yang lemah atau keperluan-keperluan utama yang belum di tangani.

Sebenarnya peruntukan-peruntukan itu telahpun di sediakan dan malah bila keadaan memerlukan peruntukan tambahan boleh sahaja di timbangkan. Contohnya kerana kejadian yang melanda baru-baru ini maka beta telah memperkenankan satu peruntukkan khusus berjumlah 30  juta untuk mempercepatkan lagi usaha atau langkah-langkah pembaikkan, pemeliharaan dan menaiktaraf infrastruktur dan lain-lain kemudahan awam.

Agensi-agensi kerajaan yang berkenaan di kehendaki serentak untuk menjalankan tanggunjawab masing-masing tanpa berlengah.

Beta melihat masih banyak kerja-kerja terbengkalai yang perlu di percepat. Setengah projek itu baru saja berjalan tiba-tiba berhenti. Mengapakah ia berhenti? Mengapakah ia terhenti? Dimanakah salahnya? Apakah ini tidak mungkin menjadi salah satu sebab menyumbang kepada banjir besar? Semua itu memerlukan kajian dan jawapan tepat untuk mengatasinya. 

Beta percaya ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan lepas pandang begitu sahaja terhadap perkara-perkara seumpama ini, tetapi akan memberikan perhatian secukupnya kepada apa-apa jua yang menyangkut dengan kebajikkan rakyat dan negara tanpa takut-takut atau malu-malu dan ragu.

Tuesday, March 10, 2009

NDP Belait sertai perarakkan

BELAIT 10 MARCH 2009 - PASUKAN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Daerah Belait tidak ketinggalan menyertai perkumpulan besar sempena memperingati maulidur rasul junjungan besar kita Nabi Muhammad sallahu alaihi wassalam yang telah di adakan di padang Bandaran Kuala Belait kelmarin.

Monday, March 9, 2009

"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim” asas kearah kedewasaan bernegara

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Mac. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, keagungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerana Baginda itu menjadi Rasul pembawa rahmat kepada alam seluruhnya.

Friday, March 6, 2009

NDP MERIAHKAN MAJLIS-MAJLIS DIKIR MAULIDUR RASUL

LIMBARUH HIJAU 05 MARCH 2009 - Setiap menjelang Rabiulawal seperti lazimnya umat Islam di Negara ini menyambutnya dengan dikir marhaban.

Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara tidak sunyi dengan majlis-majlis dikir sempena memperingati Ulang Tahun Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Bukan suatu adat bukan jua suatu tradisi tetapi adalah amalan ibadat bagi umat Islam memperingati ulang tahun keputeraan baginda.

Wednesday, March 4, 2009

PUTERI NDP DI AL-ISLAH


SEROMBONGAN seramai lebih dua puluh ahli-ahli Pergerakan Puteri Pembangunan (3P) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Al-Islah di Jalan Muara Selasa lalu, 24hb Februari 2009.

Mengetuai rombongan tersebut ialah Pengerusi Pergerakkan Puteri NDP Dyg Dr Hajah Raiyah binti Haji Mohd Ali, dan Ketua Pergerakan Puteri Pembangunan Dyg Suriahani binti Haji Ismail. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Himpunan Wanita Pusat Dyg Hjh Sa’emah Hj Kepli, Pengerusi KeKIN Dyg Hjh Armah Othman dan Ketua Himpunan Wanita Daerah Tutong Dyg Hjh Asmah binti Pulut.

Rombongan telah disambut dan dialu-alukan oleh Pegawai Komandan Pusat Al-Islah bagi pihak Pemangku Pengarah Biro Kawalan Narkotik Awang Haji Sani bin Haji Bakir.

Sejurus sebelum di bawa meninjau secara lebih dekat lagi beberapa kawasan pusat termasuk bengkel-bengkel latihan kemahiran penghuni lelaki dan wanita rombongan juga telah diperdengarkan dengan taklimat mengenai dengan fungsi dan peranan pusat tersebut yang disampaikan oleh Awang Haji Sani bin Haji Bakir.




Menurutnya Pusat Al-Islah yang terletak di Jalan Pelompong Jalan Muara itu telah diserahkan untuk dikendalikan dan ditakbir oleh Biro Kawalan Narkotik pada awal bulan Februari 2008 dengan struktur pengendalian diketuai oleh Pemangku Pengarah BKN Awang Haji Roslan bin Suhaili.

Pusat tersebut yang dulunya dikenali sebagai Pusat Pemulihan dan Rawatan Al-Islah telah ditubuhkan pada 1hb Nov 1987 di bawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan, kemudian pengurusan dan pentadbiran diambil alih oleh Jabatan Penjara di bawah Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri pada 15hb Mac 1990.

Sistem yang digunakan sejak tahun 1990 hingga 2008 adalah berkonsepkan sistem tahanan, apabila lawatan ke atas penghuni adalah terhad, dan mereka sentiasa di periksa jika keluar dan masuk serta makan di blok masing-masing dan terus di awasi oleh pegawai bertugas.

Bagaimanapun setelah pusat yang kini dikenali dengan Pusat Al-Islam diserahkan kepada BKN ianya ditukar kepada konsep sistem rawatan pemulihan dilakukan secara berkumpulan, mendorong ke arah perubahan tingkah laku dan pembentukan yang positif di bawah kendalian Mayor (mereka yang pernah dirawat tetapi telah mendapat kebebasan sepenuhnya dan sudah berubah sepenuhnya). Kini lawatan keluarga kepada penghuni juga terbuka dan penghuni juga berpeluang secara terbuka berbincang dengan Mayor mereka masing-masing.

Pusat Al-Islah adalah daripada perkataan Arab yang bererti pemulihan kepada memulihkan.

Terdapat seramai 50 orang penghuni pada masa ini terdiri daripada seramai 47 orang lelaki dan tiga orang wanita.

Usia yang paling rendah pernah di rawat di pusat ini ialah 14 tahun dan pada masa ini terdapat seorang penghuni lelaki yang berusia 60 tahun mendapatkan rawatan pemulihan kerana terlibat menghisab syabu.
Menurut Awang Haji Sani lagi pusat itu dijangka akan berpindah bulan September ini, ke bangunan pusat yang baru siap dibina pada Jun lalu, di Kerakas Payau Kampung Kupang Tutong.

Perbelanjaan membina pusat tersebut bernilai kira-kira $18 juta termasuk berbagai kelengkapan dan kemudahan yang disedikan untuk menggantikan pusat yang ada pada masa ini yang telah menggunakan bangunan perumahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang dipinjamkan sejak pusat ditubuhkan.

Pusat Al-Islah mempunyai seramai 114 orang kakitangan terdiri daripada seramai 84 orang di kalangan bekas pegawai Jabatan Penjara, lima orang kakitangan BKN, tujuh orang Mayor dan 14 orang kakitangan daripada Jabatan Penjara.

Setiap keputusan bagi penghuni akan dihadapkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Penasihat Pusat Al-Islah yang telah ditubukan pada 1hb Julai 2008 sehingga 30 Julai 2009 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan dipengerusikan oleh Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud dan Timbalan Pengerusi Datin Hajah Masni bin Haji Mohd Ali.

Tatacara kemasukan menjadi penghuni pusat tersebut adalah di kalangan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah (Penggal 27) dan Akta bahan-bahan yang membahayakan (Penggal 116) atas perintah mahkamah, perintah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, kemasukan sukarela apabila di bawa sendiri oleh ibubapa dan penjaga dan melalui ujian air kencing yang positif.

Antara kandungan program yang dilakukan di pusat berkenaan adalah program agama, therapeutic community, kaunseling, vokasional, program kawad dan latihan jasmani, aktviti sosial dan sukan.
Belajar Al-quran, sembahyang, Ratib Al-Attas, Dikir Syarafil Annam, kuliah subuh, ceramah agama dan aktiviti keagamaan adalah antara program agama yang diberikan kepada penghuni setiap hari secara induksi selama enam bulan.

Di samping program kaunseling untuk pembentukan semula tingkah laku, pengendalian emosi dan psikologi, perkembangan pemikiran dan kerohanian, serta program kemahiran vokasional dan kemahiran bersosial juga adalah yang diberikan sepanjang masa.

Setelah dibebaskan penghuni akan terus membuat laporan kepada bahagian pengawasan BKN selama dua tahun dan pemeriksaan ujian air kencing di ambil setiap dua minggu sekali bagi memastikan mereka tidak lagi terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Rombongan kemudiannya di bawa melawat ke beberapa kawasan termasuk kawasan pertanian dan ternakan, kawasan bengkel pembaikan kereta, menyaksikan pameran kegiatan penghuni pusat dan melawat kawasan kemahiran vokasioanal dan kraftangan penghuni pusat sebelum mengakhiri sesi lawatan tersebut.(HSK).

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

LIMBARUH HIJAU 26 FEBRUARI 2009 - PARTI Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin mengadakan majlis penutup perayaan bulan kemerdekaan di Limbaruh Hijau, markas pusat parti di Jerudong.

Acara di mulakan dengan majlis khatamal Quran dan di ikuti dengan majlis dikir.

Perayaan Bulan Kemerdekaan anjuran Jawatankuasa Perayaan Bulan Kemerdekaan telah bermula pada 23 Januari lepas dengan majlis bertedarus.

Acara kemuncak di saksikan pada 23 Februari lepas dengan NDP menghantar sepasukan 825 anggota parti menyertai perbarisan raksasa sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara yang telah berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkaih.


TERIMA KASIH SEMUA

LIMBARUH HIJAU 25 FEBRUARI 2009 - TERIMA kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta-peserta NDP di perbarisan sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan.

Tanpa semangat gigih ahli-ahli parti terutama warga emas termasuk mereka dari kalangan wanita puak-puak etnik memberikan sokongan kepada pasukan NDP tidak mungkin NDP dapat mempamerkan kehebatannya di hari bersejarah tersebut.

Sambil di perhatikan oleh puluhan ribu penonton NDP telah berjaya mempersembahkan sebuah pasukan yang unik yang di anggotai oleh 825 ahli-ahli mewakili kesemua 8 puak etnik termasuk kaum Cina Brunei di perbarisan Jubli Perak Hari kebangsaan itu.

Selanjutnya....