Posting mengikut label

Monday, December 13, 2010

KEAMANAN, KESTABILAN PERLU DATANG DARI RAKYAT SENDIRI

BALI, REPUBLIK INDONESIA, Khamis, 9 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan bahawa keamanan dan kestabilan adalah merupakan satu nilai yang dihargai yang mana diperkembangkan di Negara Brunei Darussalam melalui langkah-langkah keci dan dirancang dengan teliti. Seterusnya...

Acara parti nampak kecil tetapi tersirat mesej penting

LIMBARUH HIJAU 4 MUHARRAM 1432 (10 DISEMBER 2010) - WALAUPUN acara diadakan nampak biasa-biasa saja namun mesej yang cuba dihantar kepada warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan pihak-pihak yang berkepentingan sama ada dalam kerajaan atau orang awam cukup besar untuk diabaikan dan diambil ringan terutama oleh barisan kepimpinan parti. Bersambung...

Acara parti nampak kecil tetapi tersirat mesej penting

LIMBARUH HIJAU 4 MUHARRAM 1432 (10 DISEMBER 2010) - WALAUPUN acara diadakan nampak biasa-biasa saja namun mesej yang cuba dihantar kepada warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan pihak-pihak yang berkepentingan sama ada dalam kerajaan atau orang awam cukup besar untuk diabaikan dan diambil ringan terutama oleh barisan kepimpinan parti. Bersambung...

Saturday, September 25, 2010

Penduduk kampong Brunei terkilan dengan 'tugu'

LIMBARUH HIJAU 13 SYAWAL 1431 (22 SEPT 2010) - MENURUT laporan yang disiarkan oleh akhbar Borneo Bulletin bertarikh 22 September 2010 hari ini, usaha menyelsaikan isu sempadan bertindih antara Brunei dan Malaysia telah berjalan dengan baiknya. Seterusnya...

Rakyat Brunei satu kampong dua negara minta perhatian


LIMBARUH HIJAU 12 SYAWAL 1431 (21 SEPT 2010) - KEMASLAHATAN Rakyat Brunei yang masih menetap di Kampong Paya Karangan, Paya Sinaraban, Tedungan, Durian Suluk iaitu kampong-kampong Brunei yang terletak dalam wilayah dipertikai di Daerah Limbang perlu diberikan perhatian sirius oleh pihak-pihak tertentu terutama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Seterusnya...

Friday, September 10, 2010

MENYAMBUT SYAWAL DENGAN BERTAKBIR KE RUMAH-RUMAH AHLI


Khamis, 10 September 2010.

Ahli-ahli Perhubungan Daerah Belait Parti Pembangunan Bangsa, seperti di tahun-tahun yang lalu menyambut ketibaan Syawal dengan bertakbir ke rumah-rumah ahli.









Tuesday, August 24, 2010

Buka tirai bulan perayaan puja usia NDP


LIMBARUH HIJAU 13 RAMADHAN 1431 (24 OGOS 2010) : BULAN perayaan bagi memperingati hari ulang tahun penubuhan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) selamat disempurnakan dengan majlis bertedarus pada 21 Ogos baru lalu di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong. Seterusnya...

Saturday, August 14, 2010

SEKITAR MENYUSUR DESA DI KG. SG. TERABAN

Kehidupan nelayan tidak dapat dipisahkan dengan laut, tanpanya apalah erti kehidupan seorang nelayan, walaupun masih ada air di sungai atau tasik, namun harapan untuk mencari rezeki yang lebih masih juga di laut. Seterusnya...

Tuesday, August 3, 2010

Bersama ahli-ahli di Teraban

KG. SG. TERABAN 23 SYA'BAN (3 OGOS 2010) : AHLI-AHLI Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Kampong Sungai Teraban yang terdiri dari sekumpulan nelayan sangat berbesar hati apabila pemimpin-pemimpin NDP Belait dan juga dari Pusat meluangkan masa untuk bersama mereka dalam program menyusur desa pada 29 Julai baru lepas. Seterusnya

Meningkatkan Kefahaman Perjuangan NDP


JERUDONG 20 SYA'BAN 1431 (31 JULAI 2010) - AHLI-AHLI terutama barisan Kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) perlu berkeupayaan melihat secara jelas akan tujuan dan matlamat sebenar parti diwujudkan dan dalam perjalanan menuju matlamat tersebut mereka perlu pula mempunyai kefahaman mendalam tentang ideologi, dasar, peraturan dan tata cara yang telah digariskan oleh parti. Seterusnya...

Monday, July 12, 2010

NDP Belait bertedarus sempena bulan perayaan


BELAIT 25 REJAB 1431 (7 JULAI 2010) : PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) cawangan Daerah Belait kelmarin mengadakan Majlis Bertedarus sempena Bulan Perayaan Memperingati Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-64 tahun.

Selanjutnya...

Monday, July 5, 2010

NDP buka tirai Bulan Perayaan Keputeraan

LIMBARUH HIJAU 20 REJAB 1431 (2 JULAI 2010) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) kelmarin membuka tirai Bulan Perayaan Memperingati Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-64 tahun dengan Majlis Tahlil. Seterusnya...

Wednesday, June 30, 2010

Peranan wanita bangunkan ummah tetap penting

ALLAH menjadikan manusia berpasangan, maka sewajarnya lelaki dan perempuan berganding bahu melaksanakan tanggungjawab serta usaha membangunkan kehidupan kerana masing-masing memiliki kemampuan memberi sumbangan demi kebaikan hidup semua. Seterusnya...

Thursday, June 24, 2010

Masjid Ahmaddiya Berlin

BERLIN yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ibu negara Jerman Timur dan berada di bawah pemerintahan komunis. Tetapi ia tidak terlepas daripada kehadiran pengaruh Islam.

Selepas Jerman Timur dan Jerman Barat bersatu menjadi Jerman yang tunggal, Berlin tetap kekal sebagai salah sebuah ibu kota terkenal di Eropah.

Penyatuan itu turut membantu kepada perkembangan masyarakat Islamnya.

Dianggarkan terdapat 220,000 penduduk Islam di Berlin. Majoriti mereka ialah keturunan Turki (73 peratus). Malah penduduk Islam mewakili kira-kira sembilan peratus daripada keseluruhan penduduk Berlin.

Ikuti seterusnya...

Brunei 'berhasrat' menjadi ahli Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)

LIMBARUH HIJAU 12 REJAB 1431 (24 JUN 2010) - NEGARA Brunei Darussalam sudah dapat memenuhi 60 peratus kelayakkan untuk menjadi ahli Persatuan Parlimen Komanwel atau Commonwealth Parliamentary Association (CPA). Seterusnya...

Brunei 'berhasrat' menjadi ahli Persatuan Parlimen Komanwel (CPA)

LIMBARUH HIJAU 12 REJAB 1431 (24 JUN 2010) - NEGARA Brunei Darussalam sudah dapat memenuhi 60 peratus kelayakkan untuk menjadi ahli Persatuan Parlimen Komanwel atau Commonwealth Parliamentary Association (CPA). Seterusnya...

Monday, June 21, 2010

Betulkan Persepsi Sejarah Perjuangan Rakyat


LIMBARUH HIJAU 9 REJAB 1431 (21 JUN 2010) - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa, Ayahnda Yasin Affandy menyeru agar langkah-langkah segera diambil oleh semua pihak yang berkepentingan terutama Pusat Sejarah bagi membetulkan dengan lebih jujur, telus dan ikhlas persepsi sejarah perjuangan rakyat mendaulatkan raja, bangsa dan negara sejak 1950an dan sebelumnya hingga sekarang.

Seterusnya...

Sunday, June 20, 2010

NDP Peka Kesejahteraan Bangsa, Negara

LIMBARUH HIJAU 7 REJAB 1431 (19 JUN 2010) - SEBANYAK 3 usul khas, 12 usul dibahas, 9 usul dibentang tanpa bahas serta 40 usul daerah telah sebulat suara diluluskan oleh perwakilan-perwakilan di hari kedua Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 pada 5 Jun 2010 lepas.

Juga turut diangkat semual semua usul-usul yang telah dibentangkan dan disahkan di kongres-kongres yang lalu yang belum lagi diberikan perhatian oleh pihak-pihak berkenaan dalam Kerajaan. Seterusnya...

Friday, June 18, 2010

KEADILAN POLITIK DALAM ISLAM

LIMBARUH HIJAU 4 REJAB 1431 (16 JUN 2010) - UCAPAN DASAR Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan ke-5 bertemakan Keadilan dan Ehsan Teras Kesejahteraan Rakyat.

Tema dipilih demi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar keadilan terus ditegakkan dan dibuktikan ianya tidak mati di Brunei.

KDYMM bertitah demikian ketika mengumumkan perlantikkan barisan kepimpinan baru dalam Majlis Mesyuarat Menter Kabinet.

Dalam lain perkataan mesej titah ditujukan kepada barisan kepimpinan baru dalam Majlis Mesyuarat Menteri Kabinet.

Dalam konteks ini NDP rasa terpanggil untuk membantu baginda mempastikan seruan baginda tidak diabaikan dalam keghairahan kita melaksanakan Rancangan Kemajuan Negara kearah mencapai Wawasan 2035.

Ia juga mengambarkan pendirian NDP akan pentingnya keadilan dan ehsan terus ditanai dalam perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan bangsa dan negara demi kesejahteraan rakyat di semua peringkat dan lapisan. Seterusnya...

NDP gesa PBB, OIC bertidak tegas terhadap Israel

LIMBARUH HIJAU 3 REJAB 1431 (15 JUN 2010) - Tindakan Pasukan Keselamatan Israel (IDF) menyerbu flotilla keamanan lantas mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa merupakan satu jenayah kemanusiaan. Seterusnya...

Tuesday, June 15, 2010

NDP mohon keadilan dan ehsan dalam tuntutan hutang rakyat

LIMBARUH HIJAU 3 REJAB 1431 (15 JUN 2010) - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dalam Ucapan Dasar Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 telah membangkitkan isu hutang rakyat dan meminta agar keadilan dan ehsan dapat ditegakkan dalam usaha menyelesaikan masalah tunggakan hutang tersebut. Seterusnya...

ADA KETIRISAN DALAM PERLAKSANAAN PROJEK KESELAMATAN PERMAKANAN?

LIMBARUH HIJAU 2 REJAB 1431 (14 JUN 2010) - KEMUNGKINAN terdapat sebilangan peladang dikawasan-kawasan pendalaman yang dinafikan peluang untuk turut sama membangun dalam keghairahan pihak Kerajaan memajukan sektor keselamatan permakanan telah turut dibangkitkan oleh Presiden NDP dalam Ucapan Dasar di Konges Agung Tahunan NDP ke-5. Seterusnya...

KEMISKINAN MENGGUGAT KESEJAHTERAAN

LIMBARUH HIJAU 2 REJAB 1431 (14 JUN 2010) - UCAPAN DASAR Presiden di Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 tidak ketinggalan menyentuh mengenai isu kemiskinan di negara ini.

Menyentuh isu kemiskinan ini, Presiden NDP mengambil maklum bahawa di bawah kategori perbelanjaan kesejahteraan sosial dan pembasmian kemiskinan sejumlah lebih BND 327 juta (BND 327, 313,000.00) telah diperuntukkan.

Presiden NDP juga merujuk statistik terkini dari Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang mana menunjukkan sehingga Oktober tahun 2009 lepas bilangan asnaf fakir miskin yang berdaftar ialah seramai 16,378. Seterusnya...

PERTAHANAN DAN KESELAMATAN AWAM

LIMBARUH HIJAU 1 REJAB 1431 (13 JUN 2010) - PERLUNYA sebuah Jawatankuasa Keselamatan Nasional dibentuk dalam Majlis Mesyuarat Negara telah dicadangkan telah turut disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden di Kongres Agung Tahunan NDP ke-5. Seterusnya...

PEMBANGUNAN BANGSA DAN NEGARA PERLU PERLAKSANAAN BERPRESTASI


LIMBARUH HIJAU 12 JUN 2010 - DALAM Ucapan Dasar Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan ke-5, peruntukkan belanjawan pembangunan bangsa dan negara bagi Tahun Kewangan 2010/2011 yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negara yang telah bersidang Mac lalu turut disentuh. Seterusnya...

KEADILAN DAN EHSAN TERAS KESEJAHTERAAN RAKYAT

LIMBARUH HIJAU 11 JUN 2010 - MUKADIMMAH UCAPAN Dasar Presiden NDP di perasmian Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 menumpukan perhatian kepada konsep keadilan dan ehsan dari prespektif Islam yang perlu ditanai selaras dengan titah amanat Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam. Seterusnya...

Sunday, June 13, 2010

TAHNIAH KEPADA BARISAN JEMAAH MENTERI BARU

LIMBARUH HIJAU 11 JUN 2010 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dalam ucapan dasar beliau di perasmian Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 telah merakamkan setinggi tahniah Kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet yang baru dilantik sambil mengingat kembali titah amanat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ketika mengumukan perlantrikan mereka. Seterusnya...

Kongres Agung Tahunan NDP ke-5 berjalan dengan baiknya

LIMBARUH HIJAU 10 JUN 2010 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) selesai mengadakan Kongres Agung Tahunan parti kali ke-5 pada 4 dan 5 Jun 2010 kelmarin. Seterusnya...

Tuesday, June 1, 2010

BANTU RAJA CAPAI WAWASAN NEGARA

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan bahawa lantikan-lantikan Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri adalah amanah yang sangat berat. Seterusnya...

ROMBAKAN MENTERI-MENTERI KABINET 2010-2015


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan mengenai rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet Negara Brunei Darusssalam dan pelantikan-pelantikan baru. Seterusnya...

Sunday, May 16, 2010

Friday, May 7, 2010

Bantahan terbuka layanan buruk terhadap wanita

Oleh Nurhidayah Muhd Hashim

2010/05/06

Perjuangan kesamaan gender di Barat tidak ambil kira nilai ditetapkan agama Islam

PADA 4 April lalu, sekumpulan pejuang hak wanita berarak di Portland, Amerika Syarikat, tanpa baju mendesak layanan sama taraf antara lelaki dan wanita dalam berpakaian. Kira-kira 20 wanita berjalan tanpa baju di Maine, mendesak masyarakat melihat wanita dan lelaki sebagai setaraf. Isunya jika lelaki boleh keluar di jalanan dengan hanya berseluar tanpa baju, semua orang melihat sebagai perkara biasa. Tetapi kenapa apabila wanita berjalan tanpa baju, semua orang memandang pelik, melihat dengan nafsu dan mentertawakan mereka? Ini adalah satu ketidakadilan, kata mereka dan mendesak layanan adil antara lelaki dan wanita.
(Berita Harian)

Brunei punyai hak

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR 3 Mei – Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas dua blok minyak yang diserahkan Malaysia kepada negara itu pada tahun lalu berdasarkan kehendak Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Pertukaran Surat 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei turut melibatkan persetujuan mengenai isu persempadanan maritim dan penentuan kawasan komersial (CAA) bagi sumber minyak dan gas.

Menurut kenyataan itu, ia bagi membolehkan kedua-dua negara berkongsi hasil daripada sumber petroleum itu.

Sehubungan itu, jelas Wisma Putra, penyerahan dua kawasan blok minyak iaitu Blok L dan M kepada Brunei melalui Pertukaran Surat antara Malaysia dan negara itu adalah selari dengan undang-undang antarabangsa.

“Kawasan minyak Malaysia di Blok L dan M secara kebetulan sama dengan kawasan minyak Brunei di Blok J dan K, ia diiktiraf dalam perjanjian tersebut memandangkan kedua-duanya terletak dalam kawasan perairan Brunei, yang membawa maksud negara itu mempunyai kedaulatan terhadapnya mengikut UNCLOS,” katanya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion yang kini dikatakan menjadi milik Brunei.

Dr. Mahathir mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran bagi Limbang.

Abdullah yang menandatangani Pertukaran Surat pada Mac 2009 menjelaskan bahawa perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan oleh Kabinet dan Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usahasama pembangunan minyak dan gas atas dasar komersial di kedua-dua kawasan itu bagi tempoh 40 tahun.

Sementara itu, Petronas pula berkata, ia telah dipelawa oleh Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir tersebut atas dasar persetujuan komersial.

Petronas berkata, syarikat itu telah menubuhkan sebuah pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu yang kini dikenali sebagai Blok CA1 dan CA2.

Sementara itu, kata kenyataan itu, penamatan kontrak perkongsian pengeluaran membabitkan Blok L dan M, yang diberikan Petronas kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Oil pada 2003, adalah selaras dengan pewujudan CAA seperti yang ditetapkan dalam Pertukaran Surat.

Menurut Wisma Putra, selain mendapat kelulusan Kabinet mengenai isi kandungan Pertukaran Surat antara kedua-dua negara, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga dirundingi dan diberikan taklimat penuh mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, tambah kenyataan itu, Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei telah menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.

Katanya, perkembangan baik yang membuka lembaran baru hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu adalah hasil daripada rundingan sukar selama 20 tahun antara Malaysia dan Brunei mengenai pelbagai isu termasuk maritim dan sempadan. (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Tuesday, April 13, 2010

PEMIMPIN ASEAN MENILAI PETA JALAN KOMUNITI ASEAN

HANOI, VIET NAM, 8 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama para pemimpin ASEAN yang lain menghadiri sesi plenari Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara / Kerajaan ASEAN Ke-16 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kebangsaan Hanoi (NCC) di sini. Seterusnya...

Friday, April 2, 2010

Berwaspada dari sendiket pengedaran dadah antarabangsa melalui internet

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 April.- Biro Kawalan Narkotik (BKN) menasihatkan rakyat dan penududuk negara ini supaya berwaspada dan tidak menyalahgunakan kemudahan info komunikasi sehingga mudah ditipu dan menjadi mangsa sendiket pengedaran dadah antarabangsa.

Pengarah BKN, Awang Haji Abdul Aziz menyampaikan menasihat itu semasa berucap selaku tetamu kehormat Pertandingan Akhir 'Multimedia Presentation' Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Bagi Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab Senegara Bagi Tahun 2010 berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, di sini.

Selanjutnya...

Sains, teknologi dalam membina ketamadunan

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my
2010/04/02

Ilmuwan Islam perlu lebih berdaya saing dalam proses pencarian pelbagai ilmu

KAEDAH saintifik menekankan bagaimana untuk melakukan uji kaji, penyelidikan dan mengesahkan penemuan yang dimulakan saintis Islam dulu menjadi sumbangan besar kepada pembangunan peradaban hingga ke hari ini.

Acuan asas yang diguna pakai oleh saintis dalam pelbagai bidang penyelidikan itu juga bukti kegemilangan umat Islam yang jika tidak disebarkan kepada Barat maka tidak wujud apa yang dinamakan zaman pembaharuan. (Berita Harian Online)

Selanjutnya...

Sunday, March 28, 2010

Ramai tak peka risiko jenayah siber

Oleheh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/03/28

Pengguna internet hari ini turut jadi mangsa peras ugut, bunuh

KECANGGIHAN teknologi bukan sekadar memudahkan urusan seharian, ia turut membawa kesan yang perlu dibayar dengan harga mahal. Tidak ramai tahu perbandingan nisbah kebarangkalian jenayah siber kini pada tahap 1:5 berbanding jenayah pecah rumah hanya 1:30. Sememangnya membimbangkan, namun ia tidak diberikan perhatian sepatutnya atas alasan kita tidak melihat penjenayah siber.

Berita Harian -Selanjutnya..

Tuesday, March 16, 2010

Usaha memahami keprihatinan dan keinginan belia

BINCANG ISU BELIA: Panelis forum perbincangan Festival Melayu Ada, (dari kiri) Cik Aidli 'Alin' Mosbit, Encik Noor Effendy Ibrahim dan Encik Sanif Olek, membincangkan peranan belia dalam kemajuan masyarakat di masa depan, di Hajah Esah Cafe, hujung minggu lalu. -- Foto TUNI SHARIFF

KUMPULAN Kerja Belia di bawah Latihan Merancang Ke Hadapan (FPE), Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) 2010, sedang mendapatkan maklum balas dan mengkaji keadaan belia sekarang agar dapat memahami lebih mendalam tentang keprihatinan dan keinginan mereka.

Ini sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk mengenal pasti potensi golongan belia bagi melakar strategi-strategi memacu masyarakat di masa hadapan.

Selanjutnya..

Tuesday, March 9, 2010

Himpunan Non Muslim NDP bersiap-siap hadapi Kongres -5

LIMBARUH HIJAU 09 MAC 2010 - JAWATANKUASA Tertinggi Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengadakan mesyuarat pertama sebagai mempersiapkan Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim menghadapi Kongres Agung Tahunan kali ke-5 yang dijangka berlangsung dalam bulan Jun akan datang. Seterusnya...

Karnival Hari Kebangsaan Belait meriah





Selanjutnya..