Posting mengikut label

Friday, June 18, 2010

KEADILAN POLITIK DALAM ISLAM

LIMBARUH HIJAU 4 REJAB 1431 (16 JUN 2010) - UCAPAN DASAR Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan ke-5 bertemakan Keadilan dan Ehsan Teras Kesejahteraan Rakyat.

Tema dipilih demi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar keadilan terus ditegakkan dan dibuktikan ianya tidak mati di Brunei.

KDYMM bertitah demikian ketika mengumumkan perlantikkan barisan kepimpinan baru dalam Majlis Mesyuarat Menter Kabinet.

Dalam lain perkataan mesej titah ditujukan kepada barisan kepimpinan baru dalam Majlis Mesyuarat Menteri Kabinet.

Dalam konteks ini NDP rasa terpanggil untuk membantu baginda mempastikan seruan baginda tidak diabaikan dalam keghairahan kita melaksanakan Rancangan Kemajuan Negara kearah mencapai Wawasan 2035.

Ia juga mengambarkan pendirian NDP akan pentingnya keadilan dan ehsan terus ditanai dalam perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan bangsa dan negara demi kesejahteraan rakyat di semua peringkat dan lapisan. Seterusnya...

No comments: