Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, May 8, 2014
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pada Mesyuarat Khas MUIB Di Istana Nurul Iman
Alhamdulillah, Beta ingin merespon sedikit dalam menangani perkara besar seperti Perlaksanaan Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013. Semua orang mestilah bersikap bijaksana, khasnya agensi-agensi yang berkaitan dengannya. Jika tidak kita mungkin sahaja dilihat sebagai tidak cekap mengendalikan atau telah melakukan banyak kesilapan dan kekurangan.
Perkara ini nampak ialah ketika pemberigaan berlaku. Perkara-perkara tidak disebut oleh Akta tetapi ianya timbul sampai melarat-larat. Contohnya tentang pakaian. Macam-macam perkara yang timbul mengenai orang menutup aurat dan tidak menutup aurat dan macam-macam lagi.
Padahal didalam akta tidak ada menyebut tentang pakaian. Yang disebut ialah perbuatan tidak sopan. Mengapa dibiarkan orang meracau-racau tentang pakaian? Mengapa dilayan orang membahaskan pakaian sehingga keluar tajuk? Apa perlunya ditimbulkan hukum pakaian di sini? dan apa relevannya pemberigaan menyebut menutup aurat belum diwajibkan? mengapa ia pula yang timbul?
Tidakkah lebih wajar kalau diterangkan bahawa soal pakaian itu akan dinilai dibawah perbuatan tidak sopan. Bukan ia dijawap dengan memberi hukum menutup aurat atau tidak tutup aurat. Bukankah lebih baik jika pihak pemberigaan memberikan gambaran dengan satu perbandingan, seseorang merayau-rayau ditengah Bandar dengan memakai seluar katak dan seorang lagi memakai baju kurung tanpa tudung kepala, diantara dua keadaan ini manakah yang layak dianggap sebagai tidak sopan?
Barangkali dengan jawapan cara ini, orang boleh faham dan tidak akan mengungkit-ungkit lagi perkara pakaian itu.
Perkara lain, media telah menyiarkan bahawa Kerajaan Brunei telah mengharamkan orang-orang bukan Islam dari menggunakan 19 perkataan :- Masjid, Azan, Baitullah, Al-Quran, Fatwa, Firman, Hadith, Haji, Hukum, Hukum Syarak, Illahi, Kaabah, Kalimah Syahadat, Kiblat, Imam, Mufti, Mukmin, Solat dan Wali.
Hukuman jika sabit kesalahan terhadap perkara-perkara ini akan didenda sehingga empat ribu atau satu tahun penjara. Kita hendak tahu adakah betul ini? Adakah betul menjadi kesalahan orang bukan Islam menyebut Masjid, Azan, Fatwa, Mufti, Imam, Ka’abah?
Salahkan orang-orang bukan Islam berkata, Saya Hendak melawat Masjid Omar Ali atau Saya hendak berjumpa dengan Mufti. Salahkah ini? Jika mengikut siaran media tadi memang salah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara. Diminta menteri ugama nanti menjelaskan.
Jika sekiranya apa yang disiarkan oleh media itu betul, mana pembetulannya dari pihak kita? Mana Kementerian Ugama? Mana Majlis Ugama Islam? Mana Unit Perundangan Islam? dan Mana Jawatankuasa Pemberigaan?
Kalau kita kata siaran media itu salah, apa yang betulnya? Mesti diberitahu yang betul itu supaya tidak menjadi kekeliruan. Orang jika keliru boleh menyebabkan bermacam-macam tindak balas seperti marah atau tidak puas hati atau takut atau benci. Adakah ini akan dibiarkan begitu sahaja tanpa ditangani.
Kita sepatutnya bertindak cepat. Apa-apa yang salah mesti dibetulkan. Banyak cara untuk membetulkan itu seperti membuat kenyataan didalam media sendiri, dan juga melalui siaran-siaran radio dan televisyen. Terangkan dengan sebaik-baiknya sehingga orang faham, bukan menjawap dengan menunggu majlis beriga diadakan.
Kalau dua minggu lagi majlis beriga akan diadakan, kita mesti menunggu juga dua minggu. ini tidak betul dan malah tidak memadai, Jawapan diberikan hanya dalam majlis beriga sahaja kerana beberapa orang saja yang ada didalam majlis beriga itu. Jadi yang betulnya, ada sahaja kesilapan atau kekurangan atau kekeliruan yang ditonjolkan oleh media. Pihak berkenaan kita mestilah cepat cepat meresponnya.
Dan untuk itu, sepatutnya kita mesti ada pasukan pemantau. duduki dan bincangkan mana mana hasil pemantauan itu, jangan ia dimalamkan lama-lama. Ini kita tidak, dibiarkan lama labui-labui. Kalau ada jawapan pun seperti melepas batuk ditangga sahaja.
Tidak sungguh-sungguh, tidak padat dan kemas. Itu pun cuma melalui Akhbar sahaja. Mana penampilan dalam media elektronik, radio dan tv. Jangan alang-alang kalau media menyiarkan salah. Tunjukkan yang betul dan jika perlu perlekehkan media yang selalu membuat salah itu, baru mereka lain kali akan lebih berhati-hati. Ini peranan psikologi perlu turut dimainkan.
Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Labels:
PERUNDANGAN,
SYARIAH,
TITAH
Saturday, May 3, 2014
NDP PERKUKUH SOKONGAN KEPADA KDYMM SULTAN ATAS PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
LIMBARUH HIJAU 1 MEI 2014: HARAPAN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) agar umat Islam di negara ini diberikan hak mereka untuk diadili sepenuhnya secara saksama mengikut Al-Quran dan As-Sunnah akhirnya menjadi kenyataan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah, Sulltan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam kelmarin menitahkan pengisytiharan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 di satu majlis yang bersejarah di Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei.
Detik bersejarah tersebut merupakan satu pencapaian besar dan kemenangan bagi negara dalam mengembalikan kedaulatan negara yang tercemar gara-gara penjajah menyasar sistem keadilan Islam dengan memperkenalkan sistem keadilan mereka sebagai satu keutamaan dalam kehidupan rakyat dan penduduk jajahannya.
Justeru, NDP sebagai sebuah pertubuhan politik yang berasaskan Islam dalam perjuangan menegakkan keadilan dalam semua bidang kehidupan tumpang gembira dengan pencapaian tersebut. Dalam hal ini, kejayaan negara merupakan kejayaan NDP juga yang telah memulakan langkah di persada politik negara pada 2005 dengan seruan agar negara;
“Mewujudkan pendemokrasian keadilan di Negara Brunei Darussalam di mana rakyat Kebawah DYMM serta penduduk Negara Brunei Darussalam yang beragama Islam diberikan hak mereka untuk diadili sepenuhnya secara saksama mengikut Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad SAW atau Syariat Islam di dalam semua aspek perundangan, termasuk sivil, jenayah dan lain-lain, melalui kaedah berperingkat-peringkat (tadarruj)”.
“Menjamin kebebasan kehakiman dan pelaksanaan keadilan, serta berpegang kepada prinsip: Kesilapan membebaskan pesalah adalah lebih baik dari menghukum orang yang tidak bersalah dan bagaimana hendak membebaskan yang dituduh dan bukannya bagaimana hendak menghukum yang dituduh” (RUJ: MANIFESTO PARTI PEMBANGUNAN BANGSA 2006-2016).
“Kita bersyukur kehadrat Allah (SWT) atas limpah kurniaNya memberikan kekuatan, taufik dan hidayah kepada baginda Sultan dan rakyat sehingga terlaksana Perintah Kanun Jenayah Syariah 2013”, ujar Presiden NDP Sdra Haji Mahmud Morshidi Othman.
“NDP akan terus memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada baginda Sultan dan Kerajaan dalam mempastikan sistem keadilan Islam akan terus berkembang dan bertambah mantap dalam memelihara keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan negara dan bangsa”.
“Dengan ini, NDP akan menentang sekeras-kerasnya sebarang campurtangan mana-mana pihak, dari dalam mahu pun dari luar, dalam urusan negara”, tegas sdra Morshidi.
Beliau juga menegaskan sokongan NDP terhadap titah baginda Sultan terutama dalam bidang perlaksanaan Perintah Kanun Jenayah Syariah ini.
Baginda, kata sdra Morshidi, telah menekankan bahawa kewajipan kita semua dihadapkan Allah dalam perkara perundangan, sudahpun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing, terutama agensi-agensi yang berkaitan, hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungiawab, amanah dan berhemah. Ingatlah, fokus kita hanyalah kepada Allah jua untuk mencari redha-Nya semata-mata bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak, titah baginda.
“Harapan NDP agar semua pihak yang berkenaan akan menjadikan nasihat baginda ini sebagai azimat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab nanti. Kejayaan atau kegagalan melaksana hukum Allah itu setentunya terletak atas bahu mereka yang memikul tanggungjawab yang berat dan mencabar ini, ujarnya lagi.
“Selaras dengan harapan baguinda Sultan, izinkan saya mengulangi saranan NDP yang termaktub dalam Manifesto NDP 2006-2016 iaitu agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan satu Jawatankuasa Tetap (Kehakiman dan Undang-undang) di dalam Majlis Mesyuarat Negara.
Jawatankuasa Khas ini, katanya akan bertindak memantau sistem kehakiman dan keadilan di Negara Brunei Darussalam, serta memantau penerapan kesaksamaan di dalam keadilan dan kesaksamaan di bawah undang-undang, dan pengukuhan serta pelaksanaan peraturan undang-undang (rule of law) dengan penuh ketelusan yang berteraskan sistem keadilan Islam.
“Kita juga berharap agar akan ada usaha menubuhkan sebuah panel guaman untuk memberi nasihat guaman dan membantu ahli-ahli dan orang awam yang menghadapi masalah perundangan”.
Dengan izin Allah, NDP akan terus mengamat-amati secara berterusan serta mengetengahkan sebarang pandangan dan idea-idea dari masa ke semasa untuk membantu mempastikan perjalanan sistem dan roh keadilan menepati kehendak keadilan Islam, yang mutlak dan sejagat.
Sumber - Laman Aspirasi NDP
Labels:
MANIFESTO NDP,
NDP,
PERUNDANGAN,
SYARIAH
Titah KDYMM Sempena Majlis Pengisytiharan Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PETUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERSEMPENA MAJLIS PENGISYTIHARAN PENGUATKUASAAN PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH, 2013 PADA HARI RABU 30HB, JAMADILAKHIR, 1435 / 30HB APRIL, 2014 BERTEMPAT DI DEWAN PLENARY, PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA BERAKAS, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem
Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Mari lah kita sama-sama merafa’kan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita berkumpul di pagi yang indah ini.
Pada 22hb Oktober, 2013 yang lalu, Beta telah mengumumkan pewartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013. Maka pada hari ini, setelah berlangsung enam bulan, Beta dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta bersyukur, mengisytiharkan bahawa esok, hari Khamis 1hb Rejab, 1435 Hijrah bersamaan 1hb Mei, 2014 Masihi adalah tarikh, mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013, fasa pertama, yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya.
Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkannya, sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan : “enam bulan selepas Akta digazetkan”, dimana sehingga kehari inipun ia masih lagi dalam lingkungan enam bulan tersebut.
Alhamdulillah, dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah diamalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugama-Nya. Ini pasti berlaku sebagaimana firman-Nya dalam Surah Muhammad, ayat 7, tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman jika sekiranya kamu menolong (ugama) Allah, (nescaya) Allah akan menolong (dan membela kamu untuk mencapai kemenangan) serta menetapkan pendirian kamu (dalam membela kebenaran).”
Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah, maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua dihadapan-Nya dalam perkara perundangan, sudahpun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing, terutama agensi-agensi yang berkaitan, hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berhemah. Ingatlah, fokus kita hanyalah kepada Allah jua, untuk mencari redha-Nya semata-mata, bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak.
Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kacamata yang buruk, kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita, tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja, sebagaimana kita juga menghormati mereka.
Ada pun andaian-andaian berupa pelbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang kepada teori yang statusnya tidak lebih daripada teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori, tetapi “hukum wajib” yang tidak ada keraguan padanya.
Kalau teori mengatakan Undang-Undang Allah kejam dan tidak adil, tetapi Allah sendiri telah menegaskan undang-undang-Nya itu adil. Maka dimanakah harga teori itu disini berhadapan dengan wahyu Allah?
Dengan ikhlas kita tegaskan, bahawa keputusan untuk melaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013 ini bukanlah untuk suka-suka, tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith.
Beta amatlah bangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi, termasuk daripada kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di dalam sidangnya yang berlangsung baru-baru ini.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Labels:
PERUNDANGAN,
SYARIAH,
TITAH
Subscribe to:
Posts (Atom)