Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, August 28, 2014
Pengamal media diseru seimbangkan kebebasan penyataan
Oleh Ak Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Para pengamal media hari diingatkan supaya menyeimbangkan kebebasan penyataan dan tanggungjawab bagi kepentingan awam supaya objektif mulia dalam kehidupan bernegara iaitu menikmati kesejahteraan, keamanan, perpaduan, keselamatan dan keadilan bersama tercapai.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Haji Abdul Wahab bin Juned (gambar) berkata, jika kita lari dari prinsip keseimbangan ini, penyalahgunaan akan mudah terjadi sehingga membawa kepada pelbagai perilaku tidak bertanggungjawab sehingga ada yang berbau kebiadaban dan pengkhianatan.
“Jika ini menjadi budaya, akan mudahlah berleluasa hasutan, perpecahan, huru-hara, fitnah, ketidakjujuran, kebiadaban, pengkhianatan dan pendustaan,” tegas beliau semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Perhubungan Awam dan Media 2014 di Emperor’s Court, Manggis Mall hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru para pengamal media dan juga perhubungan awam supaya sama-sama menghayati kepentingan negara kita sendiri sebagai konteks utama, sosio-budaya kita yang mengutamakan kerukunan hidup mulia dan Islam sebagai ugama rasmi negara dan cara hidup yang lengkap.
Dalam konteks ini, katanya, media tidak akan terikut-ikut mempersenda pemimpin-pemimpin negara, menyebarkan sensasi, mencari titik-titik perbalahan, menimbulkan isu-isu yang boleh menjadi ‘anti-thesis’ kepada pembangunan negara dan mencemarkan konsep Negara Melayu Islam Beraja atau MIB.
Dalam ucapannya itu, Dato Paduka Haji Abdul Wahab turut menyentuh mengenai kebebasan pernyataan atau freedom of expression yang juga dikaitkan dengan media sebagai hak fundamental.
Katanya, sungguhpun kebebasan penyataan ini merupakan hak fundamental untuk kebebasan media tetapi ia bukanlah hak yang mutlak atau ‘absolute right.’
Kedudukan ini, katanya adalah disebabkan yang kehidupan manusia ini mempunyai objektif-objektif mulia yang lain.
Antaranya ialah objektif mulia dalam kehidupan bernegara untuk mencapai kesejahteraan bersama, keamanan, perpaduan, keselamatan dan keadilan.
Menurut Dato Paduka Haji Abdul Wahab, setengah pihak dalam media terlalu taksub mengenai kebebasan penyataan ini seolah-olah tidak ada pertimbangan lain selain dari kebebasan media.
“Dalam media kita tidak semata-mata ditentukan oleh kepentingan komersil. Kepentingan dan kesejahteraan awam adalah salah satu objektif mulia kerajaan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan media kita bertanggungjawab, profesional, beretika, pro perpaduan, mendukung ‘good governance’, adil dan peka pada setiap masa mengenai keselamatan, kesejahteraan dan keutuhan negara.
“Sungguhpun pada asasnya media itu mendahulukan prinsip-prinsip kejujuran, objektiviti, keadilan dan ketepatan maklumat, keseimbangan perlu ada dalam membuat laporan atau kenyataan supaya kepentingan awam dan negara tetap dijaga.
“Setiap hak seperti kebebasan penyataan adalah mengikut konteks negara, sosio-budaya dan kepercayaan. Sungguhpun ianya bersifat universal, tidak ada satu amalan kebebasan penyataan yang sama untuk semua. Begitulah juga peraturan yang menjaganya.
Sementara itu, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos dalam ucapannya berkata, majlis hari ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan di antara pegawai-pegawai serta pengamal-pengamal perhubungan awam kerajaan dengan media-media tempatan di negara ini.
Pada masa yang sama juga majlis ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada pihak media yang selama ini telah memberikan kerjasama yang baik dan padu kepada agensi-agensi kerajaan.
“Seperti yang kita ketahui, peredaran zaman terutama sekali dengan kemudahan teknologi yang membuka ruang untuk media baru ataupun ‘new media,’ pada masa ini telah membolehkan bagi maklumat lebih mudah diperolehi dan disebarkan oleh segenap pelosok masyarakat.
“Ini seharusnya dilihat sebagai salah satu cabaran kepada kita selaku pengamal perhubungan awam yang menjadi lidah kerajaan dengan kerjasama pihak media tempatan di dalam memberigakan sesuatu maklumat yang sahih, tepat dan cepat.
“Globalisasi dan perubahan teknologi telah menjadikan pemberigaan dan penyebaran maklumat dan informasi tidak lagi bersempadan.”
Penggunaan media-media baru dan penyebaran maklumat melalui media-media baru ini seperti laman-laman web, blog, aplikasi Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram jelas sekali menjadi cabaran yang tidak kurang hebatnya untuk diatasi oleh agensi-agensi kerajaan, swasta mahupun individu. Apatah lagi apabila maklumat yang disebarkan tersebut adalah tidak tepat dan tidak mempunyai kesahihan dan berunsurkan negatif.
Sumber - Media Permata
Labels:
DEMOKRASI,
HAK ASASI,
KESELAMATAN NASIONAL,
KOMUNIKASI,
NEGARA,
SOSIAL,
TEKNOLOGI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment