Posting mengikut label

Saturday, November 1, 2008

TAKZIAH KEPADA KELUARGA GAWANG ANAK BERAUH

PRESIDEN dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) turut rasa sedih atas pemergian Gawang anak Brauk yang telah meninggal dunia pada pagi Khamis 30 Oktober 2008.

Dalam kesempatan ini Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy dan seluruh warga parti berharap keluarga beliau akan terus bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan ini.

Awang Gawang merupakan ahli NDP yang sangat aktif dan komited dengan perjuangan untuk membela nasib puak Iban Brunei.

Beliau telah memegang jawatan selaku Ketua Hal Ehwal Non-Muslim dalam Badan Perhubungan NDP Belait.

Hasrat yang selalu di suarakan beliau ialah untuk membawa masuk ramai ahli dari kalangan puak Iban.

Sebelum menjadi ahli NDP beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan melalui Persatuan Belia (P3B) di Belait.

Justeru pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan juga kepada puak Iban di Brunei. Namun demikian jasa beliau akan terus di kenang sampai bila-bila.

No comments: