Posting mengikut label

Wednesday, November 19, 2008

ANAK KECIL JADI LUMPUH DIPERCAYAI AKIBAT TERSALAH MAKAN UBA

LIMBARUH HIJAU, Rabu-    Sepasang suami isteri begitu sedih dan kecewa atas kejadian yang menyebabkan anak kecil mereka seorang yang normal bertukar menjadi seorang kanak-kanak lumpuh di lenggan sebelah kirinya secara tiba-tiba setelah memakan ubat yang diberikan di Kelinik Kerajaan Labi Kuala Belait bulan lalu.

Pasangan itu bertambah kecewa lagi atas tindakan pihak Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait yang melambat-lambatkan penyiasatan ke atas kejadian itu, selain menurutnya kedua ibubapa itu doktor seperti menunding jari menyalahkan orang yang memberikan ubat di kelinik berkenaan bukannya juru ubat tetapi sebenarnya hanya seorang atendan.

Awang Nas Saruddin bin Haji Sarbini, 39 dan isterinya Dyg Norafina Afyuna penduduk Kampung Labi ketika memberitahu Aspirasi mendakwa di samping bersusah hati melihat keadaan anak kecil mereka yang telah terlantar di wad 15 sudah masuk dua minggu mereka turut menghadapi kesukaran pergi dan balik daripada Labi ke hospital termasuk anak sulung mereka terpaksa tidak menduduki peperiksaan penggal akhir baru-baru ini kerana terpaksa bersama mereka di hospital.

Awg Nas Saruddin yang bekerja sebagai Buruh di Masjid Labi memberitu lagi, pihak hospital seperti tidak mahu mengakui kesilapan mereka setelah memberikan ubat kepada pasangan itu dan yang penting kepada mereka ialah bagaimana pihak hospital boleh bertanggungjawab untuk menyembuhkan semula anak kecil mereka yang lahir dan membesar secara normal itu tetapi tiba-tiba menjadi cacat setelah memakan ubat yang diberikan daripada kelinik kesihatan dalam negeri ini.

Ayah kepada tiga orang anak berusia daripada tujuh hingga dua tahun itu kemudian memberitahu mereka pergi ke kelinik berkenaan pada 23hb Oktober setelah anak kecil mereka tidak selera makan kerana baru sembuh daripada mengalami demam.

Sejenis ubat cecair yang tertulis nama Sunadine Syrup (loratidine) yang disangka mereka vitamin telah diberikan dengan arah makan ubat itu sebanyak lima militer, setelah setengah jam memakan ubat itu anak mereka tidur selama lebih enam jam.

“Saya begitu risau melihat dia tidur memanjang lalu menyuruh isteri saya membangunkannya untuk di ganti pakaian, tiba-tiba kami rasa terperanjat mendapati lenggan sebelah kiri anak kami longlai tidak boleh digerakkannya lagi”

Pasangan itu segera membawa ke Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait kira-kira pukul 10:00 malam dan melalui pemeriksaan di hospital itu mendapati tiada sebarang masalah patah tulang dan turut memberikan jaminan kepada pasangan itu bahawa anak kecil itu akan sembuh dan kembali seperti sediakala selam 40 jam kemudian.

“Perjanjian seterusnya kami disuruh datang pada 25hb Oktober, anak kami masih lumpuh dan sejak hari itu anak kami di tahan, kemudian pada 12hb November lalu anak kami di bawa untuk pemeriksaan di Pusat Perubatan Jerudong dan keputusan daripada pusat itu mengesahkan anak kami mengalami urat saraf yang tidak berfungsi”.

Dan kelmarin 18hb November satu kenyataan diberikan oleh seorang doktor pakar paeditrik Dr Thet Thet Nwe ditujukan kepada Awang Nas Sarudin yang menyatakan bahawa anak kecil itu telah mengalami lumpuh  lengan sebelah kiri tiba-tiba pada 23hb Oktober setelah memakan ubat.

Menurutnya melalui pemeriksaan X-ray yang dinamakan MRI mendapati anak itu mengalami kerosakkan di bawah bawah otak dan leher dan anak itu perlu melakukan latihan physiterapy sekali atau dua kali sehari di Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait.

Dan adalah disyorkan supaya anak kecil itu mesti berada dekat dengan ibubapanya untuk meneruskan rawatan yang disebutkan dan kenyataan itu juga mencatatkan nama penyakit yang di alami sebagai Demvelinating Mvelopathy changes of left side medulla and cervical cord.

Ekoran kejadian ini, pasangan tersebut merasakan adalah kurang selamat untuk berubat di negara sendiri, dan yang menyedihkan lagi penduduk di negara ini bukan semuanya yang mampu untuk membuat rawatan keluar negara seperti Kuala Lumpur atau Singapura terutama bagi penyakit-penyakit kronik.

Pasangan itu amat kesal, kenapa pada waktu mereka membawa anak mereka ke kelinik bukan juru ubat yang semestinya memberikan ubat tetapi Cuma seorang atendan hospital.   Dan apakah yang akan berlaku ke atas masa depan anak perempuan mereka yang comel itu gara-gara kesilapan yang sangat cuai ini.

“Kami sebagai rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan amat bersyukur kerana perubatan disubsidikan kepada rakyat baginda tetapi kenapakah pihak tertentu tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan secara amanah kepada rakyat yang memerlukan terutama sekali seperti kami yang tidak faham tentang ilmu perubatan akan penuh meyakini segala ubat yang diberikan kepada kami oleh pihak pegawai perubatan yang semestinya mereka yang berpengalaman dan berpendidikan tinggi dalam bidang perubatan”  ujar Awang Nasarudin dengan sedih dan kecewa.(hsz).

No comments: