Posting mengikut label

Monday, February 15, 2010

“Perpaduan Masyarakat Majmuk Menjana Kecemerlangan”


Rencana : Saemah Kepli
Foto : Mahdi HMS


KUALA BELAIT, Isnin- Islam itu agama pendamaian, yang ingin kan ketenangan, yang inginkan keselamatan, mempunyai belas kesihan, dan perlu menjaga perhubungan.

Dalam kehidupan Umat Islam perlulah mengikut contoh cara kehidupan Nabi Muhammd saw, kerana Baginda adalah contoh yang paling agung, termasuklah antara sikap Baginda Rasulullah yang sentiasa menghormati orang-orang tua, dan mengasihi orang-orang muda.

Demikian antara lain yang disampaikan oleh Penceramah Bebas Undangan daripada Kuala Lumpur, Dato Dr Haji Ismail bin Kamus yang merupakan salah seorang ahli penah pada Majlis Forum Khas sempena menyambut Maulidulrasul tahun 1431 Hijriah yang telah diadakan di Pentas Taman Persiaran Jalan Sungai dekat sini.

Majlis tersebut merupakan anjuran bersama Majlis Belia Daerah Belait dan Syarikat Brunei LNG (BLNG) Sendirian Berhad dan juga Pejabat Hal Ehwal Ugama Kuala Belait dengan tajuk forum “Perpaduan Masyarakat Majmuk Menjana Kecemerlangan”.


Mempengerusikan forum tersebut ialah Imam Muhd Zulhilmi bin Mohd Jefri bersama seorang lagi ahli penal forum undangan tempatan Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Zakaria.

Forum khas tersebut diadakan adalah bagi memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada Umat Islam tentang sejarah Nabi Muhammad saw, terutama sekali kepada kalangan belia-belia dan generasi masa kini, supaya akan dapat mencontohi sikap-sikap agung Baginda Rasulullah saw, selain ianya juga turut bertujuan untuk mengeratkan ikatan siratulrahim.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Belait Awang Haji Jamain bin Haji Momin, hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Awang Haji Bolhassan bin Mohd Yunus dan Pengarah Urusan Syarikat Brunei LNG Sdn Bhd Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung serta Sektor Swasta.

Majlis juga turut diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa sebuah komputer riba bersama dengan LCD Projector dan Mesin Cetak daripada Syarikat Mashhor and Group Sendirian Berhad yang telah disempurnakan penyampaiannya oleh Pengerusi syarikat tersebut Malai Haji Abd Hamid bin Malai Haji Mashhor kepada Naib Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Belait Awang Haji Azasahibul bin Haji Zainal Abidin.


Majlis tersebut juga turut diceriakan lagi dengan persembahan-persembahan nyanyian Nasyid dan bacaan sajak serta persembahan Dikir Asma Ul Husna.

No comments: