Kuala Belait 3 Januari 2011:
Masjid Kampong Pandan, yang tersergam indah, seketika dulu menjadi kebanggaan penduduk dipersekitaran Perumahan Negara Kampong Pandan, Kuala Belait. Ini kerana kecantikan rekabentuk luarannya dan kedudukannya yang begitu menyenangkan mata memandang.
Setiap Jum’at, masjid yang boleh menampung lebih seribu jama’ah ini akan menjadi tumpuan umat Islam yang terdiri dari berbagai kaum dan bangsa datang ke sini untuk menunaikan solat Jum’at. Ini termasuklah jama’ah yang berkhidmat dengan Syarikat Brunei Shell dan syarikat-syarikat swasta yang diantaranya terdiri dari pekerja dari luar Negara.
Boleh lah dikatakan setiap waktu solat, masjid ini tidak pernah sunyi dari kunjungan masyarakat setempat dan dari luar daerah yang singgah untuk menunaikan solat atau singgah untuk tumpang menggunakan tandas. Disamping itu, banyak aktiviti-aktiviti berkebajikan didaerah ini dikaitkan dengan aktiviti masjid.
Namun keindahan kawasan dan kecantikan bangunan masjid ini yang dapat kita gambarkan seketika dulu sudah tidak dapat dinikmati ketika ini. Jama’ah yang berkunjung kesini sering mengeluh dengan keadaan kerosakan yang menjejaskan keselisaan pengguna terutama di bahagian kawasan tempat berudhu.
Lantai laluan dari tempat udhu menuju ke ruang solat sebelah belakang sentiasa basah dan licin. Siling di atas kawasan berudhu dan siling tandas yang rosak turut dibimbangi akan jatuh pada bila-bila masa justeru akan membahayakan pengunjung.
Hal ini sedang hangat diperkatakan oleh warga Facebook Kelab NDP di internet dan dijangka akan mengundang berbagai persepsi negative dan mengundang berbagai persoaalan jika ianya tidak segera diambil perhatian oleh pihak berwajib.
Rumpun Suara merayu kepada pihak yang berkenaan khusunya Jabatan Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama akan mengambil tindakan segera. Seorang ahli Kelab NDP Hashim AbdRahman Hasim melahirkan keperihatinannya terhadap isu ini dan menyeru agar Jabatan Masjid akan dapat mengambil langkah segera bagi memperbaikinya. Beliau menambah jika tidak dipedulikan ”dibimbangi akan menjejaskan intergeriti Jabatan Masjid. Kitani mesti sensitif isu-isu macam ani kerana ia akan boomering arah Kebawah DYMM” demikian peringatan beliau.
Selain Masjid Kampong Pandan ini, Masjid utam Daerah Belait juga mengalami kebocoran yang sudah lama dan belum dapat dibaiki hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment