Posting mengikut label

Wednesday, February 13, 2013

Draf Kanun Jenayah Syari'ah siap


Oleh Azlan Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb - Draf Perintah Kanun Jenayah Syari'ah telah siap dan sedang dalam proses disemak oleh Pejabat Peguam Negara sebelum ia dilaksanakan sebagai undang-undang negara.

Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd Rahman berkata Kanun Jenayah Syari'ah (CPC Syari'ah) serta Perintah seumpamanya sedang dikaji sekarang dan sedang memasuki sebutan kedua oleh anggota Majlis Ugama Islam.

"CPC Syari'ah atau peraturan-peraturan membantu memudahkan pelaksanaan Perintah sedemikian. Biasanya setiap draf undang-undang akan dibaca tiga kali. Kami dapat bayangkan betapa sukarnya untuk menghasilkan satu akta atau peraturan," katanya semasa berucap pada sesi dialog bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara sebelum mesyuarat tertutup dengan mereka hari ini.

Mesyuarat tahunan MMN dijangka bersidang pada awal bulan depan.

Dipetik dari - Media Permata

No comments: