Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Tuesday, January 6, 2015
KDYMM: Gandakan penerangan dan dakwah
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menyeru pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan supaya menggandakan lagi penerangan dan dakwah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan amal soleh ini, khasnya dalam kalangan guru-guru ugama.
“Ambillah peluang bagi menghidupkan semangat suka beramal kepada kanak-kanak kerana di peringkat ini naluri mendengar dan menerima itu adalah cukup terbuka. Sekali dua sahaja menyebutnya akan terus rakat atau melekat.
“Inilah di antara tujuan besar sistem wajib ugama diadakan. Kita mahu biar anak-anak kita itu benar-benar kenal serta memahami apa itu dosa dan pahala. Nanti apabila mereka sudah cukup kenal dan faham, maka InsyAllah inilah masanya anak-anak itu akan jadi anak-anak yang soleh yang suka kepada amal soleh dan ibadat,” titah Baginda dalam perutusan sempena Sambutan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Menurut Baginda, mereka ini akan jadi generasi penerus yang baik. Jika kita tidak menyiapkan mereka dari sekarang, masa depan Brunei akan mengalami kesukaran berdasarkan zaman adalah semakin rosak, akan lebih pantas untuk membawa kita ke jurang kerosakan.
“Menyebut tentang zaman rosak ini, menjadikan kita amat diperlukan untuk berhati-hati kerana virus kerosakan itu bukanlah mudah untuk dikawal. Ia boleh menjangkiti apa sahaja, ia boleh mencemari pegangan beragama, mencemari pendidikan, mencemari budaya dan lain-lain.
“Hari ini kita masih senang tanpa gangguan tetapi esok-esok siapa tahu, gangguan itu datang dari anasir-anasir yang tidak diundang. Anasir-anasir yang tidak diundang itu boleh sahaja terdiri daripada makhluk bernyawa dan malah boleh juga berupa ledakan-ledakan pemikiran atau ideologi atau aliran yang tidak sema ada dengan Brunei.
“Ini semua mustahak diperincikan daripada sekarang dan apa-apa persediaan yang perlu untuk menghadapinya. Pada hemat beta, persediaan satu-satunya yang paling mustahak ialah dengan memastikan dasar dan isi pendidikan kita tidak menyimpang walau sedikit dari konsep Melayu Islam Beraja.”
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titah turut melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita di negara ini dapat pula bersama-sama menyambut Maulidur Rasul Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang sudah barang tentunya akan membawa kepada keberkatan bagi kita bernegara.
“Menyambut Maulidur Rasul adalah merupakan tradisi yang terus-menerus berkembang di sepanjang zaman. Ia dilakukan sebagai mengenang siapa Baginda itu, seorang nabi dan rasul dan penyelamat kepada dunia dan umat manusia.
“Allah Subhanahu Wataala telah menyifatkan Baginda sebagai rahmat bagi seluruh alam, sama ada alam itu terdiri daripada manusia atau haiwan atau flora dan bunga atau makhluk yang tidak kelihatan atau tumbuh-tumbuhan. Semuanya itu sama-sama mendapat rahmat dengan kelahiran Baginda ke alam maya ini.
“Sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah di atas kurnia-Nya mendatangkan rahmat maka sewajarnyalah rahmat itu kita tantang, kita hormati dan cintai dengan sepenuh jiwa dan raga kita.
“Caranya bukanlah dengan mendewa-dewakannya atau mendirikan lambang-lambang kenangan untuknya tetapi tanda bersyukur sejati adalah dengan mengikut segala Sunnah yang diajarkan oleh pembawa rahmat ini.”
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, kita juga dituntut untuk mencintai Baginda dan salah satu tanda mudah mencintai itu ialah dengan membanyakkan selawat ke atas Baginda. Selawat ini sungguhpun mudah tetapi ganjarannya adalah lumayan. Sekali sahaja berselawat, Allah akan membalas dengan sepuluh rahmat.
Namun dalam zaman serba sibuk ini, walaupun sesuatu amal soleh itu mudah sahaja untuk dibuat seperti berselawat, tetapi sangat senang pula ia dicicirkan disebabkan oleh kesibukan yang membungkus manusia.
Tegasnya, manusia hari ini sudah kurang tertarik dengan pahala berbanding dengan keseronokan dunia. Apa-apa yang berkilauan di mata itulah yang diutamakan, sedang janji akhirat yang belum nampak tidak dapat mengusik hati mereka.
“Beta berharap di saat-saat penuh berkat memperingati Maulidur Rasul ini kesedaran umat Islam akan lebih kuat dan bertambah untuk mengamalkan suruhan-suruhan agama dari yang wajib sampai kepada yang sunat.
“Hanya dengan cara ini sahaja kita akan dapat mengumpul bekalan untuk akhirat kita, lagi banyak kita beramal lagi besar harapan untuk kita dapat menjawat ganjaranNya di akhirat kelak.
“Agama telah pun memberitahu bahawa pahala bagi amal soleh itu adalah hebat-hebat belaka, bukan sahaja amalan wajib malah amalan sunat juga tidak kurang hebatnya. Misalnya, cuma kerana dua rakaat sembahyang sunat Subuh sahaja pun pahalanya adalah lebih baik dari dunia dan segala isi di dalamnya.”
Sumber - Media Permata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment