Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Sunday, July 19, 2015
KDYMM: Syukuri Nikmat Brunei
Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, mengingatkan rakyat dan penduduk di negara ini supaya bersikap lebih berhati-hati terhadap segala anasir dan pengaruh yang tidak sihat, dari mana pun datangnya.
Baginda bertitah, di saat yang penuh berkat lagi bahagia ini, tidak ada yang lebih utama untuk dilafazkan melainkan kalimat syukur jua, kerana apabila nikmat diterima, kita yang menerimanya adalah berkewajipan untuk mensyukurinya.
Bersyukur itu adalah sifat orang beriman, barang siapa yang bersyukur akan ditambah lagi oleh Allah nikmat yang didapatinya itu.
Menurut Baginda, nikmat Allah sangatlah banyak, sehingga kita tidak dapat menghitung. Antara nikmat paling ketara ialah nikmat kehidupan, nikmat ini kita jalani selagi ada hayat.
Dengan kemurahan Allah jua, kehidupan di negara ini sedang berjalan dengan baik, tidak terdapat sebarang kekusutan yang boleh mengganggu kehidupan kita.
“Brunei, Alhamdulillah, adalah sunyi daripada sebarang krisis, apa jua bentuk krisis.
“Kita juga tidak pernah mengalami gangguan, seperti yang lumrah dialami oleh orang lain. Dalam bidang sosioekonomi saja, kita adalah selamanya harmoni dan stabil, berkat pengurusan yang berhemah lagi adil,” titah Baginda.
Situasi ini perlu kekal, untuk sebuah Brunei yang sejahtera lagi bahagia, adalah tidak mudah untuk mencapai tahap bahagia itu, walau saiz besar dan penduduk ramai, jika negeri dibelenggu oleh krisis, maka itu tandanya tidak bahagia.
Atau negeri kaya dan makmur, tetapi asyik bertelagah, maka itu juga tandanya belum harmoni.
“Inilah yang mahu kita elakkan untuk Brunei. Tidak mengapa saiz kita kecil, tetapi bersih dari sebarang krisis dan huru-hara. Inilah idaman semua orang, dan inilah yang sebenar-benarnya nikmat itu.”
Baginda menekankan, banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran, setengahnya itu berupa kejadian-kejadian tertentu di luar negara, seperti bencana-bencana alam, kemalangan dan peperangan. Daripada kejadian-kejadian itu, sampai mendatangkan korban yang besar. Terutama musibah peperangan dan pergaduhan dilihat semakin parah dan berlarutan. Dan lebih terkutuk lagi, korban bukan sahaja terdiri daripada pihak yang bertelagah, malahan juga orang awam yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan orang tua.
Lain lagi, boleh menambahkan derita, apabila tiba-tiba muncul anasir-anasir yang bertopengkan agama yang tidak diketahui dengan pasti, dari manakah dan siapa mereka? Dan bersebab daripada mereka itu juga, keamanan dan keselamatan turut tergugat.
“Beta merasa terpanggil untuk mengingatkan rakyat dan penduduk di negara ini, supaya bersikap lebih berhati-hati terhadap segala anasir dan pengaruh yang tidak sihat, dari mana pun datangnya mereka.
“Awas! Jika pintu orang lain boleh dimasuki, mengapa kita tidak?”
Kerana itu, titah Baginda, janganlah leka dan mudah terpedaya, tetapi bentengilah diri dengan semangat keBruneian yang tulen serta sikap orang-orang Brunei yang kuat beragama, tanpa perlu kita terikut-ikut atau terpesona dengan sebarang propaganda.
“Yang Penting di sini ialah, Brunei itu sudah pun cukup bagus di mata semua orang, sehingga tidak berbangkit lagi perkara yang dipertikaikan.”
Oleh itu, adalah wajar, kita terus memperkukuhkan situasi ini tanpa perlu untuk mencari-cari yang lebih baik, kerana kita sebenarnya telah pun berada di tahap ‘Yang Terbaik’.
Menurut Baginda, status terbaik ini, kita miliki sudah lebih dari 600 tahun, dan ia telah terbukti mampu untuk membawa kita berkembang dan maju.
“Beta, amatlah berpuas hati dengan apa yang kita ada ini, selaku negara yang terus menerus stabil dan aman. Kewajipan kita hanya untuk menjaga dan mensyukurinya.
“Mesti diingat, ini semua bukanlah diperoleh semata-mata dengan titik peluh tetapi ia adalah kurnia khusus kepada kita. Mengapakah Beta katakan demikian? Kerana bukankah semua orang di dunia ini mengimpikannya, tetapi bukan semua yang dimilikinya, walaupun dengan kerja keras dan belanja besar.”
Ia mengingatkan kita kepada janji Allah, bahawa apabila wujud manusia-manusia beriman dan bertakwa, maka mereka itu akan dikurniakan dengan keberkatan yang turun dari langit dan tumbuh dari bumi.
Semogalah, apa-apa yang menjadi milik kita hari ini berupa keamanan dan kestabilan itu, ia adalah suatu keberkatan daripada Allah jua, titah Baginda.
Sumber - Media Permata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment