Posting mengikut label

Saturday, September 19, 2015

BELASUNGKAWA


19 September 2015, JALAN KEBANGSAAN : Dukacita dimaklumkan Pak Haji Zaini bin Haji Ahmad, salah seorang Pemimpin PRB, telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi di rumah kediaman beliau di alamat No.59 Spg 336-52 Jalan Kebangsaan.




Beliau antara pimpinan PRB yang paling aktif dalam perjuangan kemerdekaan, dan pada 1957 turut bersama A.M Azahari dan Yasin Affandy mewakili PRB di London dalam perundingan dengan Colonial Office berhubung penggubalan Perlembagaan Brunei.

Selepas peristiwa pemberontakan 8 Disember 1962, beliau antara ahli PRB yang turut menjadi mangsa tahanan selama lebih sepuluh tahun.

Pada bulan Julai dan November 1975 beliau bersama A.M Azahari dan Yasin Affandy sekali lagi diberi kepercayaan di dalam rombongan PRB ke United Nations (PBB) untuk mengemukakan petisyen bagi menuntut Kemerdekaan Brunei. Akhirnya, sebuah Resolusi telah diterima oleh PBB mengenai tuntutan tersebut yang dikenali sebagai Resolusi PBB 3424 (1975).




Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan moga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.


No comments: