Posting mengikut label

Thursday, November 26, 2015

Kebawah DYMM: Terapkan budaya suka berubah


Baginda Sultan berkenan mengurniakan titah pada Majlis Hari Perkhidmatan Awam
ke-22 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sult​An Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Perkhidmatan Awam Bagi kali ke-22, tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi pada hari Selasa 12hb Safar 1437 / 24hb November 2015 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem, Alhamdulillah  Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dapat pula berkumpul dalam Majlis Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-22 pada pagi ini.

Selaku tulang belakang kerajaan, warga perkhidmatan awam berperanan besar untuk memperkemas dan memperlicin urustadbir negara.

Salah satu faktor kearah itu, ialah dengan mengukuhkan kepimpinan. Dalam konteks perkhidmatan awam, kepimpinan adalah sangat penting disamping kemahiran.

Pemimpin yang berkualiti bukan saja mempunyai wawasan dan hala tuju yang jelas, tetapi juga mempunyai kerajinan dan kesungguhan untuk melakukan apa saja pembaikan atau pembaharuan yang perlu. Mereka sanggup turun padang untuk melihat apa-apa yang perlu ditangani dan diperbaiki.

Inilah sifat pemimpin atau pegawai yang bagus.

Kejayaan pemimpin atau pegawai dapat diukur dari cara mereka menangani tugas dan membimbing orang-orang dibawah mereka.  Ini sangat penting, bagi memastikan segala rancangan dan matlamat  dapat dicapai dengan sempurna.

Dalam aktiviti perekonomian umpamanya, warga perkhidmatan awam sangat perlu memahami keperluan orang ramai, terutama para usahawan dan pelabur. Mereka ini sentiasa berhajatkan layanan dan pimpinan terbaik, sempurna dan cepat. Jika kita gagal, bererti ini adalah kegagalan kerajaan.

Dalam kesempatan ini Beta ingin menyebut tentang Lapuran Bank Dunia keatas peningkatan kedudukan terkini negara dalam Index Ease of Doing Business. Kedudukan negara kita dikatakan meningkat daripada 105 anak tangga kepada 84 anak tangga. Ini tidak syak lagi adalah satu pencapaian yang menggalakkan.

Beta mengucapkan tahniah kepada pihak-pihak yang bekerja keras dalam memperbaiki kedudukan tersebut, khususnya peneraju-peneraju dan Unit PENGGERAK Jabatan Perdana Menteri. Kita memang berhajat untuk benar-benar pro-business dan dikenali sebagai negara terbaik bagi perniagaan.

Kunci utama untuk itu ialah ‘budaya suka berubah’. Ia perlu untuk penjawat-penjawat awam. Jika budaya ini gagal diterapkan, maka agensi-agensi kerajaan tidak akan dapat memperkemas kerja masing-masing kearah yang lebih baik dan cemerlang.

Dunia kita sekarang sedang berada dalam kemelut ekonomi. Inilah masanya warga perkhidmatan awam mempelopori langkah berjimat cermat, disamping meningkatkan komitmen dan usaha memajukan negara untuk hari ini dan juga untuk masa depan anak cucu kita.

Dari aspek pelaksanaan dasar-dasar negara pula, Beta mengulangi lagi supaya kementerian-kementerian bersikap lebih pro-aktif dengan meningkatkan penyelarasan melalui pendekatan ‘whole-of-nation’ di semua peringkat.

Namun semua ini memerlukan pemantauan yang rapi, untuk mengetahui maklumat, data dan perangkaan yang lengkap dan tepat. Oleh itu, semua agensi perlu meningkatkan kapasiti masing-masing dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat itu.

Dalam menjalani budaya kerja, turut dipentingkan ialah prestasi dan produktiviti. Sistem penilaian prestasi adalah bertitik tolak pada pencapaian hasil kerja. Jika ia baik dan memuaskan, maka itulah prestasi yang cemerlang.

Beta berasa gembira dan mengalu-alukan usaha Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam, meneliti sistem penilaian prestasi yang baru, termasuk menyesuaikannya dengan amalan-amalan terbaik atau best-practices. Sistem penilaian ini diharapkan akan dapat membantu perubahan minda perkhidmatan awam yang lebih kompetitif dan seterusnya meningkatkan lagi produktiviti kerajaan. Beta berharap sistem baru ini akan digunapakai secepat mungkin.

Dalam hubungan ini, para penyandang Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam dan Anugerah Kumpulan Kerja Cemerlang yang kita raikan hari ini, adalah merupakan contoh terbaik untuk jadi ikutan bagi setiap penjawat awam. Beta tidak lupa merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada warga perkhidmatan awam yang telah bersara diatas segala khidmat bakti mereka kepada kerajaan dan negara. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran yang   sebaik-baiknya.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah,  Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Monday, November 23, 2015

ASEAN Creates 'Community' Encompassing 600+ Million People


Leaders of the 10-member Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Sunday signed a declaration establishing a formal economic, political, security and socio-cultural community.

“Our ASEAN way has guided us and will continue to be our compass as we seek to realize a politically cohesive, economically integrated, socially responsible and a truly people-oriented, people-centered rules-based ASEAN,” said summit host, Malaysian Prime Minister Najib Razak, at the signing ceremony, which was witnessed by U.N. Secretary-General Ban Ki-moon.

Najib hailed the establishment of the ASEAN Community “as a landmark achievement” more than a dozen years after the concept was first proposed.

Many tariff barriers have already been eliminated among ASEAN states although many politically sensitive sectors remain protected, such as agriculture, auto production and steel.

"Now we have to assure freer movements and removal of barriers that hinder growth and investment," Najib added.

Signing just a start

But analysts say much work remains for the most important pillar - the ASEAN Economic Community (AEC) - to achieve its primary goal of allowing freer movement of skilled workers, trade and capital for the region’s more than 600 million people – more populous than North America or the European Union.

 The ASEAN Civil Society Conference and ASEAN Peoples' Forum on Monday expressed disappointment with the Community documents, terming them  "replete with language that is premised on a people-centered community  that belongs to all, there still remains serious skepticism on the part of civil society as to what the agreements reached and commitments made by ASEAN governments will actually mean for human rights, democracy, development and environment for the ASEAN people."

Integrating ASEAN economies, intended to help the region compete with giants China and India, would create the world’s seventh-largest single market.

Compared to the European Union, the AEC is culturally and politically more diverse with various systems of government including communism (Laos and Vietnam), a military junta (Thailand), authoritarian (Cambodia), quasi-civilian (Myanmar) and a monarchy (Brunei).

Corruption

In a number of the ASEAN states corruption is considered endemic, a problem seen as hampering the economic integration process.

“I did raise with Prime Minister Najib – as I have with many of the leaders here in Southeast Asia, but and also many of the leaders in Africa, in Latin American and everywhere we go - the importance of transparency, accountability, the importance of rooting out corruption - all of which are impediments to development, all of which hold countries back,” President Barack Obama told reporters in Kuala Lumpur Sunday.

A new ASEAN-U.S. Strategic Partnership announced during the summits in Malaysia outlines five priority areas of engagement including expanding economic cooperation.

Time will tell

The AEC is set to become fully functional December 31.

"Time will tell if today's signing ceremony is just more style over substance,” Curtis Chin, a former U.S. ambassador to the Asian Development Bank told VOA. “But come January 1, the ASEAN Community will be much less than today’s soaring rhetoric but certainly much more than ever envisioned decades past.”

Some in the region predict implementation of the AEC will excessively benefit corporate interests, not the majority of the region's population.

“As ASEAN moves towards regional economic integration, unequal and unsustainable economic growth will result in worsening poverty, inequalities of wealth, resources, power and opportunities between countries, between the rich and the poor and between men and women,” warned the ASEAN Civil Society Conference and ASEAN Peoples' Forum in a joint statement.


Sumber - Voice of America

Tuesday, November 17, 2015

Penyokong TPPA abai bukti impak terhadap akses ubatan


Teks penuh dokumen TPPA yang telah dikeluarkan pada 5 November lalu telah mengesahkan kebimbangan kami di Bantah TPPA mengenai kesukaran yang akan dihadapi rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan (access to medicines). Perkara-perkara yang terkandung di dalam teks tersebut, termasuklah peruntukan (provision) mengenai perlanjutan tempoh patent (patent extension), pasaran ekslusif (market exclusivity) bagi ubat-ubatan biologik dan hubungan data (data linkage) akan mengancam kebergantungan terhadap ubat-ubatan generik yang jauh lebih murah. Data menunjukkan bahawa 84.7 peratus ubat-ubatan berjenama (brand-name medicines) yang disarankan boleh diganti dengan ubat-ubatan generik. [1]

Baru-baru ini, pelbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh penyokong TPPA bahawa perjanjian perdagangan itu tidak akan memberi kesan terhadap harga ubat-ubatan. Kenyataan-kenyataan ini yang dibuat oleh pihak yang langsung tidak mempunyai pengalaman di dalam perihal kesihatan awam dan perolehan ubat-ubatan bercanggah dengan bukti-bukti dan kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), pemenang Nobel Doktor Tanpa Sempadan (Doctors without Borders, MSF), Kementerian Kesihatan Malaysia, badan-badan pelajar perubatan seperti Persatuan Pelajar Perubatan Amerika dan persatuan-persatuan profesional perubatan seperti Persatuan Perubatan New Zealand (NZMA) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Kita tidak boleh terus menidakkan bahawasanya TPPA akan memberi impak terhadap akses kepada ubat-ubatan yang mampu dimiliki (affordable medication) berdasarkan bukti-bukti yang sediaada seperti peruntukan TRIPS+ dan kemasukan ubat-ubatan generik ke dalam pasaran. Kita seharusnya mengaku bahawa akses kepada ubat-ubatan mampu dimiliki telah digadaikan (traded away) di dalam perjanjian TPP untuk mendapatkan bahan lain (goods or favours), sama ada benar (real) atau yang tidak begitu menguntungkan (negligible). [2]    

Empat hari yang lalu, Ketua Pengarah WHO Margaret Chan menyatakan: “Jika perjanjian-perjanjian ini membuka peluang perdagangan tetapi menutup pintu kepada ubat-ubatan yang mampu dimiliki, kita harus bertanya: Adakah ini satu kemajuan?” (“If these agreements open trade yet close the door to affordable medicines we have to ask the question: is this really progress at all?”) [3]

Bantah TPPA berserta dengan organisasi atau badan-badan kesihatan dan hal-ehwal pesakit meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mengambil kira secara serius bukti-bukti saintifik yang telah dikemukan di peringkat antarabangsa mengenai isu TPP dan impaknya terhadap akses kepada ubat-ubatan (access to medicines) serta pandangan pakar perubatan antarabangsa yang telah disebutkan di atas. Kami meminta ahli parlimen dari kedua-dua belah pihak untuk menyatakan TIDAK kepada TPPA di dalam undian mereka dan seterusnya kami meminta Kabinet agar menjaga kepentingan rakyat dengan menolak peruntukan-peruntukan TRIPS+ ini. Bantah juga ingin mengingatkan pembuat keputusan (decision-makers) bahawa jika kesihatan rakyat terabai akibat kurangnya keprihatinan dari pihak kerajaan, maka ia akan mendatangkan kesan buruk atau impak yang besar terhadap produktiviti, ekonomi negara dan bajet nasional.


LAMPIRAN

MENYANGKAL KENYATAAN DANGKAL MENGENAI IMPAK TPP TERHADAP AKSES KEPADA UBAT-UBATAN  (ACCESS TO MEDICINES & THE TPP) 

Dalam lampiran ini, kami ingin mematahkan beberapa kenyataan yang dibuat oleh penyokong TPPA dalam pelbagai forum, termasuk di dalam ruang OpEd:

1. Kenyataan: Data eksklusif and pasaran eksklusif untuk ubat-ubatan biologik akan menggalakkan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk memasarkan produk baru mereka lebih awal di Malaysia. Seterusnya, ini akan memberi laluan bagi ubat-ubatan generik yang lebih murah untuk dipasarkan dengan lebih awal juga.

Realiti: Tiada bukti langsung bahawa peruntukan “TRIPS-plus” akan menyebabkan ubat-ubatan generik dipasarkan dengan lebih awal. Di samping itu, keputusan sebuah syarikat ubat-ubatan asal untuk membuat permohonan pemasaran di Malaysia bergantung terutama sekali kepada saiz pasaran dan sebab-sebab lain.

2. Kenyataan: Kerajaan telah bersetuju untuk memberi perlindungan data yang serupa kepada produk biologik dengan tujuan kesamarataan (tanpa diskriminasi).

Realiti: Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) tidak menetapkan apa-apa peraturan berkaitan dengan data ekslusif ataupun pasaran eksklusif bagi ubat-ubatan dan Pelapor Khas PBB bagi Hak Kesihatan (UN Special Rapporteur on the Right to Health) pernah berkata bahawa negara membangun tidak perlu bersetuju dengan peruntukan tersebut mahupun TRIPS+. Jika Malaysia begitu risau mengenai isu kesamarataan, maka ia harus menghapuskan peruntukan data eksklusif/pasaran eksklusif bagi molekul kecil (ubat-ubatan bukan biologik). Jika Malaysia bersetuju untuk  menggunakan peruntukan TRIPS+, Malaysia dilihat sebagai melanggar tanggungjawabnya terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC), yang mengambil-kira hak kesihatan (right to health). Sangat jelas bahawa Malaysia ditekan oleh Amerika Syarikat untuk menerima peruntukan pasaran ekslusif bagi ubat-ubatan biologik. Ubat-ubatan biologik berbeza dengan ubat-ubatan molekul kecil dan dilihat semakin penting di dalam pasaran ubat-ubatan serta dijual dengan begitu mahal sehingga boleh mencecah US$569,000/pesakit/tahun pada harga monopoli. Oleh kerana sebahagian besar ubat-ubatan biologik diperolehi dari sumber-sumber yang hidup, ia tidak boleh dipatenkan. Tanpa perlindungan paten dan juga peruntukan eksklusif TPPA, maka ubat-ubatan generik boleh terus didapati dengan mudah di Malaysia dengan harga yang berpatutan.

3. Kenyataan: Peruntukan ini adalah perlu kerana mereka akan membuat syarikat lebih berinovasi.

Realiti: Peruntukan TRIPS+ tidak dapat menolong syarikat-syarikat farmaseutikal yang sedang menghadapi “krisis inovasi” [4]. Dengan sedikit pengubahsuaian kepada ubat-ubatan sedia ada,  mereka boleh memohon untuk mendapatkan paten baru. Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa inovasi sebenarnya dihalang oleh  hak harta intelek (IPR) yang lebih ketat[5]  ataupun ia langsung tidak merangsangkan inovasi. Sebagai contoh, walaupun Italy menambah IPR, impak kepada kadar pengeluaran rekaan baru adalah sedikit atau langsung tiada (little or no impact) [6]. Contoh yang kedua ialah Kesatuan Eropah yang mempunyai pasaran farmaseutikal yang mempunyai perlindungan paling kuat di dunia tetapi semakin kurang inovatif jika dibandingkan dengan rantau-rantau yang lain. [7]

4. Kenyataan: Semua penemuan, termasuk kegunaan baru, akan diteliti oleh pejabat paten bagi memastikan ia kegunaan baru dan jelas (novelty and obvious use).

Realiti: Penggunaan paten baru dalam mana-mana bidang teknologi adalah sangat bermasalah kerana ia melanjutkan monopoli secara berterusan (evergreen the monopoly). Tambahan pula, TPPA merendahkan standard untuk inovasi yang baru dan menggalakkan langkah merekacipta bukan jelas untuk semua paten termasuk paten penggunaan baru. Ini bermakna bahawa lebih banyak teknologi yang akan mendapat perlindungan paten sekurang-kurangnya 20 tahun sebelum pengguna, petani dan pengeluar boleh membelinya dengan harga yang lebih murah akibat persaingan generik.


Kenyataan media ini disediakan oleh Kumpulan Bantah TPPA Akses kepada Ubat-Ubatan terdiri daripada Malaysian AIDS Council & Breast Cancer Welfare Association 

[1] Chong CP, Hassali MA, Bahari MB and Shafie AA. Generic medicine substitution practices among community pharmacists: a nationwide study from Malaysia. Journal of Public Health 2011; 19(1): 81-90.

[2] Re worsening trade balance in: Rashmi Banga, Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA): Implications for Malaysia’s Value-Added Trade (January 2015) <http://wtocentre.iift.ac.in/workingpaper/TPP%20PAPER.pdf> Accessed 15 November 2015

[3] Tom Miles, Pacific trade deal could limit affordable drugs: world health chief (12 November 2015) Reuters < http://www.reuters.com/article/2015/11/12/us-trade-tpp-health-idUSKCN0T10X720151112> Accessed 14 November 2015

[4] Cynthia Ho, ‘Sovereignty under Seige: Corporate Challenges to IP Decisions’ (2015) 30(1) Berkeley Technology Law Journal

[5] Lerner J, 150 Years of Patent Protection, Harvard MA, Harvard Business School Working Paper (2001), Monitoring Financial Flows for Health Research 2005: Behind the Global Numbers by Global Forum for Health Research page 31. The Global Forum for Health Research is funded by the World Health Organization, the World Bank, the Rockefeller Foundation and various national governments. This Chapter of the Report was written by Donald Light who in addition to being an academic is a member of the Business Advisory Council of the Republican Party and a member of the President’s Business Commission.

[6] Deardorff A, ‘Welfare Effects of Global Patent Protection’ Economica 1992; 59: 35-51 and Branstetter LG ‘Do Stronger Patents Induce More Local innovation?’ in KE Maskus and JH Reichman (eds) International Public Goods and Transfer of Technology Under a Globalized Intellectual Property Regime, Cambridge University Press. Cambridge 2005; 309-320

[7] EGA press release: Brussels, 10 November 2005, a Call to Review the Patent System, IPH 10/11/2005


Sumber - Harakahdaily

China keen to develop Brunei ports


Leo Kasim
BANDAR SERI BEGAWAN

BRUNEI’S ports and logistics sector will receive substantial investments and technology upgrades should the country agree on a joint venture project with a large Chinese state-owned ports corporation, a senior consultant of the project said.

In an interview, SQW China Limited Managing Director Gary Ho (2nd photo) said Brunei’s ports have attracted a high level of interest from the Guangxi-Beibu Gulf International Port Group Ltd which is “ready to move” ahead with the project. This is expected to develop the sultanate’s ports sector into a regional logistics hub.

“This is an opportunity for Brunei to help finance the project (for ports upgrade) which requires investment and capital expenditure. Guangxi-Beibu Gulf International Port Group Ltd is already expressing interest in a stake for Brunei’s ports,” he told The Brunei Times.

The Guangxi-Beibu group has extensive experience in ports management and shipping logistics. In 2013, the company invested US$100 million to acquire a 40 per cent stake of Kuantan Port Consortium Sdn Bhd and co-manage one of Malaysia’s key shipping ports.

Previously, Peng Qinghua, Secretary of the Communist Party of China’s Guangxi Committee and Chairman of the Standing Committee of Guangxi People’s Congress, proposed a cooperative model for the Muara port to be run by the Brunei government and the Guangxi Beibu Gulf Group.

Muara port’s container throughput would also increase from 220,000 twenty-foot equivalent units (TEUs) to one million TEUs by the year 2021, he said at that time.

Ho said the group’s involvement will be a timely one for Muara ports and a boon for Brunei’s port operations.

In November 2014, the now former Minister of Communications Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Hj Abdullah Begawan Mudim Dato Paduka Hj Bakar said the ports sector needs to be “unshackled”.

Plans to corporatise Brunei’s Ports Department had also been on the agenda for a few years with no firm timeline, Pehin Dato Hj Abdullah previously said.

Ho said the Ministry of Communications signed a letter of intent with the Guangxi-Beibu group in September, attracting the attention of Chinese government officials.

He said the project will fall under China’s One Belt, One Road initiative which aims to improve its trading links by connecting the country with Western Europe, the Middle East and Southeast Asia.


Sumber - The Brunei Times

Friday, November 13, 2015

US strategic bombers fly close to Chinese islands, ignore ‘get away’ orders


A B-52 strategic bomber.
Two US B-52 strategic bombers have flown near Chinese artificial islands in the South China Sea, ignoring calls to “get away” from Beijing’s airspace, the Pentagon said, claiming the “routine mission” was in accordance with international treaties.

The Pentagon points out that it regards the flights near the Chinese manmade islands as fully legitimate because from a US point of view, the airspace over the islands is a part of international airspace. The US military spokesman added that the B-52s did not get within 12 miles of the islands.

“We conduct B-52 flights in international airspace in that part of the world all the time,” Pentagon spokesman Peter Cook said at a news briefing. “There was one B-52 flight...there was an effort made by Chinese ground controllers to reach out to that aircraft and that aircraft continued its mission unabated. Nothing changed.”

The Chinese military contacted the bombers, urging them to “get away from our islands,” according to a US official who spoke to The Hill.

The overflight took place overnight on November 8-9, another Pentagon spokesman Bill Urban specified, saying there were two bombers conducting a “routine mission”.

The incident comes around two weeks after a serious incident involving the US destroyer USS Lassen, which sailed close to the artificial islands. China was extremely critical of the US Navy’s actions.

“These actions of the US warship are a threat to the sovereignty and security of China, and safety of people living on the islands; they damage peace and stability in the region. In this regard, the Chinese side expresses extreme dissatisfaction and strongly protests,” a statement posted on China's Foreign Ministry website read.

Ashton Carter, the US Secretary of Defense, said the US will sail and fly wherever it is allowed within international law.

“We will continue to fly, sail and operate wherever international law allows,” he said on Saturday in California at the Reagan National Defense Forum, the Hill reports.

“It’s important to remember that America’s rebalance and this regional security architecture has never aimed to hold any nation back or push any country down,” he added.

The Senate Armed Services Committee Chairman John McCain called on Carter to clarify publicly the legal intent behind such operations.

“Given the sensitive political dynamics and detailed legal implications of our actions, it is vital that there be no misunderstanding about our objectives in either the Asia-Pacific region or within the international community,” McCain wrote.

China is building several artificial islands in the disputed area, which is a part of the Spratly archipelago in the South China Sea, to host radar stations, airstrips and other facilities. Beijing claims the military aspect of its reclamation program is minimal and that the islands’ purpose is mostly civilian.

China believes the islands to be its sovereign territory, and strictly considers the 12-mile zone around the islands to be exclusively its territorial waters.


Sumber - RT News

Wednesday, November 11, 2015

Teks TPPA bukan teks muktamad


MOHD AZMI ABDUL HAMID

Walaupun teks versi akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang baru didedahkan dan dibaca sebagai tidak menjejaskan kepentingan negara, namun kami berpendirian mengikut teks tersebut jelas mengesahkan kekhuatiran banyak pihak. TPPA mengandungi klausa yang sah merugikan negara dan bakal membebankan rakyat.

Antaranya ialah isu pelanjutan masa kepada 5 tahun untuk ubat generik dibenarkan berada dipasaran dan dengan sebab itu pengguna terpaksa membeli ubat dari pembuat asal yang sangat tinggi harganya.

Demikiannya juga isu hak bumiputera dan syarikat milik kerajaan (SOE) yang dikatakan terpelihara. TPPA dikatakan membenarkan fleksibiliti 30% untuk pemerolehan kerajaan kepada bumiputera dan SOE. Namun sejauh mana fleksibiliti itu dibolehkan jika sesebuah kontrak yang diberi kepada syarikat luar datang dalam bentuk satu pakej. Mekanisme apa yang ada dalam peraturan Malaysia untuk menolak permohonan tender dari luar yang lebih kompetitif dari segi harga?

Klausa mengenai layanan yang sama antara syarikat tempatan dan syarikat luar dalam TPPA bakal menjadi medan pertembungan yang besar jika mekanisme di Malaysia tidak cukup kuat menghadapi risiko diheret ke mahkamah antarabangsa dalam proses Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS)  yang terdapat dalam TPPA.

Kami juga sangat khuatir terhadap kenyataan kononnya pengguna Malaysia akan nikmati barang berkualiti dan harga berpatutan dari 11 negara luar. Sementara pasaran Malaysia bakal menghadapi lambakan, malah masakini pun sudah berlaku gejala tersebut manakala produk Malaysia pula belum tentu mampu bersaing di pasaran luar. Kami tidak yakin TPPA baik untuk pengguna mahupun untuk usahawan Malaysia.

Respons awal kami ialah  ia merupakan pendedahan yang amat lewat dan pendedahan yang belum muktamad.

TPPA adalah perjanjian yang sangat kompleks dan penuh kontroversi. Ada proses sertifikasi yang perlu diselesaikan bermakna teks yang didedahkan itu tidak muktamad.

Kami tetap berpendirian bahawa ia adalah perjanjian yang menghakiskan kedaulatan negara dan merupakan suatu penjajahan yang menggunakan  instrumen perjanjian perdagangan untuk menguasai sebuah negara dalam jangka masa panjang.

Menteri MITI menyatakan ini bukan penjajahan moden kerana negara lain turun menyertai TPPA. Kami berpandangan perjanjian yang memberi kesan kepada keupayaan negara membuat dasar dan menggubal undang-undang sendiri adalah satu penjajahan.

Setelah lebih 5 tahun berunding secara rahsia akhirnya teks TPPA didedahkan oleh MITI di laman sesawang kelmarin yang diedar oleh kerajaan New Zealand sebagai anggota asal TPPA.

Kami sudah menyatakan bahawa merahsiakan perundingan sebesar ini adalah tidak adil dan berbaur konspirasi.

Kesangsian pelbagai pihak terhadap TPPA kerana kerahsiaan yang sedemikian lama  adalah munasabah. Untuk pihak MITI mengatakan setelah teks versi akhir kini didedahkan dan kerana itu ia menjadi telus adalah suatu pembodohan masyarakat awam.

Adakah ini bermakna kerajaan sedang mula menghitung hari untuk menentukan tarikh Perdana Menteri menandatangani dokumen perjanjian itu?

Sebelum pendedahan teks perjanjian tersebut dimuktamadkan,  pihak kerajaan nampaknya tetap mengulangi bahawa TPPA sangat bermanfaat untuk negara. Ini ketetapan yang jelas membayangkan bahawa perbahasan mengenai TPPA di Parlimen pada sidang akan datang tidak membawa makna. Menteri MITI sendiri menyatakan sebenarnya memadai keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri. Adakah ini bermakna jika parlimen menolak TPPA, kerajaan tetap akan menandatanganinya?

Kami hairan, sebelum 2 Analisis Kos dan Faedah (Cost Benefit Analysis) yang dikendalikan oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISISI) dan Pricewaterhouse Coopers  (PwC) dikatakan akan dikeluarkan lagi dua minggu dari sekarang Menteri MITI terus mengulangi kenyataan  bahawa TPPA akan menguntungkan negara dalam perdagangan dunia.

Dengan menyertai TPPA, retorik seperti  daya saing yang lebih tinggi, agenda perdagangan yang lebih agresif dan lebih baik, terus diwar-warkan untuk memberi mesej bahawa kerajaan Malaysia sudah siap menandatangani perjanjian tersebut walaupun ada suara penentangan yang kuat dari rakyat.

Soalnya, gambaran yang muluk-muluk yang didedahkan sebagai manfaat dari TPPA, apakah akan menjadi kenyataan indah khabar dari rupa.

Sepatutnya ruang dibuka juga untuk pihak lain membentangkan penilaian analisis kos-faedah secara bebas mengenai perjanjian berkenaan.

Bagi kami teks yang didedahkan ini semata-mata, tidak memadai untuk memberi analisis yang mencukupi. Rakyat perlu didedahkan dokumen latarbelakang TPPA dari mula ianya dirundingi untuk memberi gambaran menyeluruh terhadap teks tersebut.

Inilah yang tidak mahu didedahkan kepada rakyat. Proses perundingan itu telah menetapkan dokumen latar belakang itu hanya boleh didedahkan 4 tahun selepas TPPA berkuatkuasa.

Analisa kerajaan nampaknya lebih cenderung untuk menunjukkan keuntungan lebih dari implikasi kos yang akan terbeban ke atas sebahgian besar rakyat. Walaupun dalam tempoh 3 bulan yang diberi kepada pihak awam untuk meneliti teks dan 2 CBA itu nanti, Menteri MITI sudah pun mengistiharkan komitmen kerajaan untuk menandatangani TPPA.

Setidaknya beberapa klausa yang dikutip oleh media untuk menunjukan status bumiputera akan dipelihara dalam TPPA masih boleh dipersoalkan. Semua pernyataan dalam TPPA itu masih tertakluk kepada tindakan mahkamah perdagangan walaupun diberi masa 4 tahun selepas didapati melanggar TPPA.

Klausa mengenai pemanjangan waktu untuk industri pengeluar ubatan boleh menghasilkan ubat generik dan mengedarkannya ke dalam pasaran kepada 5 tahun kepada 20 tahun ternyata merupakan kerisauan yang benar.

Kami menggesa sekali lagi agar kerajaan Malaysia tidak menandatangani TPPA dan suara rakyat yang menolak TPPA perlu dihormati.

Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim).


Sumber - Harakahdaily

TPP beneficial to Brunei’s economy


BANDAR SERI BEGAWAN
Tuesday, November 10, 2015 

BRUNEI’S total trade with countries under the Trans Pacific Partnership (TPP) agreement amounted to $10 billion in 2014, signifying the importance of the free trade deal to the sultanate’s economy, the Ministry of Foreign Affairs and Trade (MoFAT) said in a statement yesterday.

MoFAT said that Brunei will benefit from increased market access, trade and investment flows among the TPP member countries such as Australia, Canada, Chile, Japan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, the United States and Vietnam.

Brunei’s total trade with TPP countries comprises an average of 64 per cent of the country’s overall trade, according to the ministry.

“The government of Brunei sees its participation in the TPP (as one) of significant importance that will drive national economic development, ensuring that our nation can continue to prosper in the future,” MoFAT said, adding that Brunei’s future relies on its success as a trading nation.

The ministry said that larger market access under the TPP will also benefit domestic companies which are already exporting or are looking to do so.

The TPP provides greater predictability and transparency in the trade and investment regime which will boost confidence among investors and complement efforts to improve the business environment in the country, MoFAT said.

These efforts will enhance Brunei’s overall competitiveness and will attract “quality” foreign direct investments that will help drive economic growth and diversification.

The TPP concluded negotiations on October 5 in the United States after about five years of trade negotiations and heated debates as member countries seek to achieve a balanced trade deal.

MoFAT said that the accord is a “high-quality” and comprehensive trade agreement that will “set the stage for 21st century trade and investment rules in the Asia-Pacific region.”

Once ratified, the TPP will create a market with a combined gross domestic product (GDP) of US$30 trillion, which is 40 per cent of global GDP.

MoFAT said that the full text of the TPP agreement is available on its website at www.mofat.gov.bn/pages/tpp.aspx.


Sumber - The Brunei Times

Tuesday, November 3, 2015

Appointments, transfers of senior officers


BY COMMAND of His Majesty Sultan Hj Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Prime Minister’s Office has announced that His Majesty has consented for the appointments and transfers of several senior officers.

In the Prime Minister’s Office, Adi Shamsul Hj Sabli, the Deputy Permanent Secretary (IT and E-Government) has been appointed as Permanent Secretary (Industry).

Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Foreign Affairs and Trade, Pg Datin Shazainah Pg Dato Paduka Shariffuddin has been transferred to the Prime Minister's Office, as Permanent Secretary (International).

Permanent Representative of Brunei Darussalam to ASEAN in Jakarta, Indonesia, Emaleen Abdul Rahman Teo, has been appointed as Permanent Secretary at the Ministry of Foreign Affairs and Trade.

Meanwhile, Datin Paduka Dr Hjh Norlila Dato Paduka Hj Jalil, Permanent Secretary at the Ministry of Health has been transferred to Ministry of Culture, Youth and Sports as Permanent Secretary at the ministry.

Hj Zakaria Hj Serudin, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Finance has been transferred to Ministry of Health as permanent secretary.

The Director General of Economic Planning and Development at the Prime Minister’s Office Dr Hjh May Fa’ezah Hj Ahmad Arifin has been appointed as Deputy Permanent Secretary (Economy and Finance).

The Director of E-Government National Centre, Prime Minister’s Office, Muhd Nor Shafiee Dato Paduka Hj Jalil, has been appointed as Deputy Permanent Secretary (IT, E-Government and Industry) in the Prime Minister’s Office.

The Head of Energy Services Business Development at the Prime Minister’s Office, Hj Mohd Azmi Hj Mohd Hanifah, has been appointed as Deputy Permanent Secretary (Energy and Industry) in the Prime Minister’s Office.

The Director of Planning, Development and Research in the Ministry of Education, Dr Hazri Hj Kifle has been transferred and appointed as Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Health.

The date of appointments and transfers of the said officers is effective today (Tuesday, November 3).


Sumber - The Brunei Times