Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Monday, April 2, 2012
Titah Kebawah DYMM dalam Majlis Anugerah Kampung Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2
Jangan abaikan anak buah kampung
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba'du.
BETA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana Skim Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) yang dimulakan tiga tahun lalu telah dapat diteruskan.
Pada hari ini kita memberikan penghargaan kepada Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, kerana usaha-usahanya, khusus dalam menggerakkan program satu kampung satu produk.
Beta berharap Skim AKC akan menjadi pendorong kepada usaha-usaha memacu kesejahteraan masyarakat kampung.
Dalam waktu yang sama Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung juga sedang memainkan peranannya dengan baik sebagai badan pergerakan kemasyarakatan.
Ia dilihat sebagai mampu untuk menjadi pemangkin kepada kepimpinan peringkat akar umbi.
Kepimpinan, seharusnyalah menyeluruh dalam semua bidang: ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan agama. Masyarakat mukim dan kampung mestilah turut menikmati hasil kepimpinan yang demikian itu. Jika tidak, kepimpinan tersebut masih saja dianggap gagal.
Tanda kepimpinan yang berkesan ialah manakala seseorang pemimpin itu berjaya menawan hati pihak-pihak yang dipimpinnya.
Dengan apakah hati itu boleh ditawan? Tentu saja dengan adanya kepimpinan yang baik, yang mampu untuk membawa perubahan-perubahan besar kepada masyarakat akar umbi.
Kalau ini tidak ada, bererti minat masyarakat kepada pemimpin itu, boleh saja layu dan dingin.
Kerana itulah, beta amat kecewa jika penghulu atau ketua kampung mengabaikan anak buah mereka.
Anak buah itu terdiri daripada pelbagai kategori. Ada orang senang di samping ada juga yang susah dan ada orang pandai disamping ada juga yang kurang pandai. Pendeknya bermacam-macam keadaan mereka itu.
Khusus bagi yang susah atau kurang pandai, sepatutnya mereka inilah yang lebih utama untuk diberikan perhatian. Kerana merekalah pada biasanya mempunyai banyak hajat, tetapi kurang tahu mengenai saluran yang perlu dilalui.
Misalnya, di mana mereka boleh mendapatkan bantuan dan apa caranya? Kata kita: pergilah ke Baitul Mal atau ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tetapi soalnya, dengan apa dan siapa yang boleh menyampaikan mereka ke sana?
Itu belum lagi berbangkit perkara untuk menulis surat atau mengisi borang-borang tertentu dan seumpamanya. Jika mereka itu orang tua atau yang tidak pandai tulis-baca, bagaimana?
Di sinilah penghulu atau ketua kampung sangat perlu untuk berperanan, bukan setakat tahu membuat sokongan atau menurunkan tandatangan dan chop pada borang-borang yang sudah siap diisi dan kemudian menyerahkan sepenuhnya kepada anak buah untuk membuat urusan sendiri.
Apabila surat dan borang sampai kepada pihak berkenaan, ada di antara pemohon itu yang ditolak, disebabkan kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai pemohon.
Mengapakah ini boleh berlaku? Kerana sokongan penghulu atau ketua kampung itu tidak kukuh. Jika ia kukuh, sudah tentu tidak berbangkit penolakan itu.
Mengapa sokongan tidak kukuh? Kerana fakta tidak betul atau tidak tepat. Mengapa fakta tidak betul atau tidak tepat? Kerana penelitian terhadap latar belakang anak buah yang disokong itu masih kurang lengkap, dalam makna, kita belum lagi mengenali siapakah anak buah kita itu yang sebenar-benarnya.
Kalau ini benar, bukankah ia satu macam pengabaian namanya? Itu baru dari sudut mengenali latar belakang, belum lagi lain-lain kewajipan yang lebih mencabar, seperti bersedia menunjuk dan membantu anak buah untuk memenuhi hajat-hajat besar mereka.
Dari sinilah berbangkitnya perkara kepimpinan itu. Beta difahamkan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sedang mengemaskan struktur Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, termasuk juga anggota-anggotanya, dan akan lebih memfokus kepada aspek kepimpinan.
Pada beta, apapun yang dirancang dan dibuat, tujuan utamanya ialah untuk menambah nilai bagi kempimpinan institusi penghulu dan ketua kampung itu. Kerana kewujudan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung akan masih dianggap sebagai kurang bermakna, jika sekiranya kepimpinan penghulu dan ketua kampung itu sendiri masih lagi lemah atau kurang berkesan.
Jadi manakala disebut saja Skim AKC, maka ianya tidak boleh tidak, masih berkait rapat dengan institusi penghulu dan ketua kampung. Oleh itu penilaian tentang kecemerlangan di sini, perlulah ditumpukan kepada aspek-aspek kebajikan mengambil berat oleh penghulu dan ketua kampung terhadap hal ehwal kampung dan anak buahnya.
Adalah belum memadai jika penghulu dan ketua kampung itu cuma setakat menyampaikan pencen-pencen tua dan bantuan-bantuan kebajikan sahaja. Tetapi turut lebih penting di sini ialah komitmen dan budi bicara penghulu dan ketua kampung dalam memeduli susah senang anak buah, tanpa perlu menunggu anak buah itu datang mengadu. Kerana bukan tidak ada anak buah kampung yang bersikap lebih sabar dan tidak suka mengadu, atau memang yang tidak tahu bagaimana untuk mengadu.
Di sinilah letaknya kepentingan sifat pemedulian dan inilah juga bakti adanya khidmat dan tanggungjawab itu benar-benar ditunaikan. Beta mahu, kepimpinan yang seumpama ini berlaku di mukim-mukim dan kampung-kampung di dalam negara ini.
Akhirnya beta ingin menyampaikan penghargaan kepada semua majlis perundingan yang menyertai Skim AKC kali kedua ini. Beta juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang-pemenangnya.
Sekian,Wabillahit TaufiqWalhidayah,Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Labels:
TITAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment