Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, April 26, 2012
Ujian GO dan FR perlu dikaji semula
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 April .- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan agar ujian atau peperiksaan Peraturan-Peraturan Am (GO) dan Peraturan-peraturan Kewangan (FR) dikaji semula mengikut kaedah dan keperluan semasa, sementara dasar-dasar yang dianggap yang tidak sesuai diganti dengan kaedah yang lebih mesra, tetapi berkesan.
Bagi tujuan itu baginda mencadangkan agar kaedah atau sistem peperiksaan yang ada sekarang ditukar kepada kaedah atau sistem berkursus, tetapi jika tidak berkesan, cari formula sehingga benar-benar berkesan atau jika mahu juga kepada kaedah peperiksaan hendaklah hanya kepada mereka yang benar-benar berkaitan sahaja seperti pegawai-pegawai pentadbir dan yang ada kaitan dengan selok belok peraturan-peraturan kewangan, sementara yang tidak berkenaan dimestikan untuk mengikuti kursus.
Menurut baginda, sifat kursus boleh mendatangkan hasil, lebih lumayan jika ia dikendalikan dengan baik. Melalui kursus seseorang bukan sahaja mendapat ilmu dan maklumat, malahan juga boleh menjadi pakar di dalam bidang-bidang yang dikursus jika dibandingkan dengan menjawab soalan-soalan secara ujian atau peperiksaan.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat membuat lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, di Lapangan Terbang Lama Berakas, di sini.
Sempena dengan lawatan itu,baginda juga bertitah mempersoalkan tentang sejauh mana kesesuaian bagi pegawai-pegawai kerajaan diperingkat tertentu dimestikan menduduki Peperiksaaan Peraturan-peraturan Am atau 'General Oder' (GO) dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan dan Peraturan-peraturan Kewangan atau 'Financial Regulation' (FR) dikehendaki lulus sebagai kriteria untuk kenaikan pangkat.
Titah baginda bahawa peranan Perkhidmatan Awam amat penting selaku jentera pentadbiran kerajaan dan ianya wujud di semua negara, cuma terdapat perbezaan-perbezaan tertentu dalam pelbagai hal seperti dari segi penggunaan-penggunaan kaedah atau peraturan samada konvensional atau bukan konvensional. Bagaimanapun menurut baginda pada kebiasaannya orang memang cenderung untuk memakai yang terbaru.
Bagi tujuan itu, baginda tidak ada halangan untuk memakai apa sahaja yang baru asalkan benar-benar membawa kebaikan dan kemanfaatan kepada semua pihak.
Baginda berpendapat semua pegawai kerajaan memang perlu untuk mengetahui GO dan FR, tetapi janganlah menghukum semua orang tidak boleh naik pangkat hanya kerana tidak lulus peperiksaaan GO dan FR, sedangkan mereka berjawatan, misalnya sebagai pensyarah, imam berijazah, pegawai pertanian, pegawai perhutanan dan lain-lain.
Berkaitan dengan GO dan FR menurut Surat Keliling pada Oktober 2009, baginda juga mempersoalkan ketidak sesuaian pada masa ini kepada semua pegawai B2 EB3 dan ke atas atau sebanding dengannya yang menghendaki untuk lulus peperiksaan perkhidmatan awam iaitu Peraturan-peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan dan Peraturan-Peraturan Kewangan.
Menurut baginda, Surat Keliling itu telah membatalkan Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang terdahulu iaitu Bilangan 7 - 2005, di mana telah menjelaskan bahawa bahawa tujuan peperiksaan itu adalah supaya pegawai-pegawai berkenaan dapat mengetahui dengan baik peraturan-peraturan Go dan FR tersebut.
Walau bagaimanapun, tegas baginda, perlu difikirkan implikasi kesesuaiannya kepada semua pegawai diatas sebagaimana yang dijelaskan dalam Surat Keliling 2009 yang masih dalam percubaan.
Baginda menjelaskan sebagaimana Peraturan Kewangan 1983 Bahagian 1- Pendahuluan Perkara 4 berbunyi : Adalah menjadi tugas semua pegawai supaya mahir dalam selok belok peraturan peraturan kewangan dan surat-surat keliling perbendaharaan dan arahan-arahan perkiraan khas tertentu yang ada kaitannya dengan mereka atau jabatan masing-masing.
Asal dari kandungan Peraturan 1983 ini, titah baginda, tidak ada menyebut, dikehendaki lulus atau mesti lulus dan begitu juga pegawai yang dikehendaki supaya mahir dengannya adalah khas tertentu yang ada kaitannya dengan mereka atau jabatan masing-masing sahaja.
Baginda seterusnya bertitah bahawa persyaratan bagi pemohon pekerjaan yang berjalan selama ini ialah dari segi kelayakan akademik mereka, seperti Diploma, Sijil, HND, BA dan lain-lain.
Dengan adanya peperiksaan atau ujian GO dan FR, jelas baginda, seolah-olah menepikan semua kelayakan untuk menjadi penentu mutlak bagi kenaikan pangkat semua pegawai, tanpa mengira apa kelulusan mereka.
"Awda penyandang BA boleh naik jika lulus sebaliknya penyandang MA dan malah penyandang PHD jika tidak lulus tidak boleh naik, walaupun sehingga pencen", jelas baginda.
Baginda berpendapat dengan dasar mesti lulus GO dan FR ini seolah-olah mengenepikan kelayakan-kelayakan akedamik yang ada tidak kira mereka itu profesional atau tidak.
"Apa betulkan dasar begini? Kalau kita mahu mengatakan betul apakah kita akan bersetuju kalau ada orang Brunei mengambil sikap tidak payahlah lulus tinggi-tinggi sangat memadai sederhana sahaja kerana yang lebih penting dan lebih menentukan itu ialah lulus GO dan FR bukannya kelayakan akademik yang tinggi.", jelas baginda.
Baginda menjelaskan bahawa Surat Keliling Bilangan 13/2009 telah menyatakan kurikulum peperiksaan disediakan oleh JPA dan Kementerian Kewangan dengan peperiksaan dikendalikan oleh JPA. Ini bererti JPA dan Kementerian Kewangan bertindak selaku penggubal kurikulum peperiksaan.
Baginda sendiri menyedari apabila membaca sendiri soalan dan jawapan Peperiksaan GO dan FR yang terlalu membebankan, amat susah dan memerlukan hafalan untuk dapat menjawab, lebih-lebih lagi buku GO yang mempunyai 167 halaman dan FR yang mempunyai hampir 100 halaman.
Baginda menjelaskan bahawa kegagalan yang melebihan 50 atau 60 peratus adalah berkemungkinan mereka terdiri dari pegawai-pegawai yang tidak ada kena mengena dengan FR dalam jawatan mereka atau bukan bidang tugas harian mereka sehingga menyebabkan mereka tidak berminat untuk membenar-benari.
Baginda juga membuat perbandingan antara nisbah kegagalan dalam peperiksaan di sekolah-sekolah atau di universiti dan peperiksaan GO dan FR.
Sempena dengan lawatan itu, baginda juga menyarankan agar buku GO dan FR diterbitkan untuk memudahkan kerja dan untuk rujukkan. Dengan adanya buku itu semua orang boleh merujuk seperti buku undang-undang senang dirujuk sahaja dimana yang perlu tanpa mesti menghafalnya.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Labels:
TITAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment