Posting mengikut label

Wednesday, June 25, 2014

Hukum Semasa Berkaitan Puasa


Oleh: Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman



Allah swt telah memfardhukan puasa Ramadhan ke atas umatnya, Allah juga telah mensyariatkan puasa-puasa sunat yang lain selain daripada fardhu ini, serta menjanjikan ganjaran yang sangat besar, yang menjadi idaman bagi setiap orang yang beriman. Sabda Rasulullah saw,
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah akan jauhkan mukanya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” [Muttafaq alaih].

Allah telah meletakkan garis panduan dalam melakukan puasa dan sekali-kali tidak membenarkannya untuk dilanggar. Maka menjadi kewajipan bagi setiap muslim mengetahui dan mempelajarinya untuk menjaga ibadat yang besar ini.

Catatan ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang membatalkan puasa menurut kajian ulama’ semasa.

Menunaikan ibadat puasa dengan sempurna merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap muslim, menjaga puasa dari perkara yang membatalkannya juga tidak kurang pentingnya, oleh itu perbincangan tentang perkara ini adalah perlu untuk menjaga puasa dari terbatal, dan membatalkan puasa dengan perkara yang sebenarnya tidak membatalkannya akan menyempitkan ruang yang telah diperluas-kan oleh Allah swt.

Ayat 185 dari Surah Al-Baqarah adalah salah satu ayat yang telah disebut oleh Allah swt tentang keringanan syariat-Nya,
Maksudnya: "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu."

RUKUN PUASA

Rukun puasa ada dua, iaitu:

1) Berniat pada malam harinya. Sabda Nabi saw:
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak berazam (berniat) pada waktu malam, maka tidak ada puasa (fardhu) baginya”

2) Imsak, menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.


Antara perkara yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah:-

1) Mencapai Taqwa
Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.

2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran
Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang Pasti
Sabda-sabda Nabi saw berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.

4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang Pasti
Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.

Seseorang yang berpuasa hendak-lah menjaga diri dari melakukan perkara yang merosakkan puasa, demi untuk menjaga kehormatan ibadat yang mulia ini. Antaranya ialah:

1- Menahan nafsu syahwat.
2- Menanggung lapar dan dahaga.
3- Menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari.

Semuanya dilakukan dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah.

Demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah: 187 dan disokong oleh hadis-hadis yang banyak.


PERKARA ASAS YANG MEMBATALKAN PUASA

Sebagaimana yang disepakati (Ittifaq) ulama' berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma’ ialah empat perkara;

1) Makan, 2) Minum, 3) Jima’.

Dalilnya ialah firman Allah swt yang bermaksud:
“...Maka sekarang campurilah mereka (isteri kamu) dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam...”. [Al-Baqarah:187].

4) Haid dan Nifas.

Dalilnya hadis Abu Said al-Khudri yang bermaksud: Sabda Rasulullah saw,
Maksudnya: “Bukankah perempuan itu apabila mereka haid, tidak bersolat dan tidak berpuasa…”. [Bukhari: 304, Muslim: 79].

Antara perkara yang membatalkan puasa lagi (menurut mazhab asy-Syafie) ialah:

5) Sampai sesuatu (‘ain) ke dalam rongga (al-Jauf) melalui liang yang terbuka.

Maksud ‘ain ialah sesuatu yang dapat dilihat oleh mata.
Maksud al-Jauf ialah otak ataupun apa yang berada di antara bawah halkum hingga ke perut.
Maksud liang terbuka ialah; mulut, telinga, qubul dan dubur, samada lelaki atau perempuan.

Oleh itu setitik air yang masuk melalui telinga membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang terbuka. Tetapi setitik air yang masuk ke dalam mata TIDAK membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang tidak terbuka.

Suntikan di lubang dubur membatal-kan puasa kerana ia adalah liang yang terbuka. Suntikan pada urat TIDAK membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak terbuka. Begitulah seterusnya.

Semuanya ini disyaratkan dilakukan dengan sengaja, qiyas kepada makan dan minum.

Sekiranya lalat atau nyamuk, atau debu jalan masuk ke dalam al-Jauf, maka puasa TIDAK batal. Ini kerana untuk menghindarinya adalah tersangat susah (masyaqqah). Begitu juga dengan menelan air liur. Tetapi jika ia menelan air liur yang bernajis seperti gusi yang luka, walaupun air liur itu jernih dan dia tidak membersihkan mulutnya, maka puasanya batal.

Sekiranya dia berkumur atau memasukkan air ke dalam hidung dan air itu termasuk ke dalam jauf-nya maka ia tidak batal, kecuali ia melampau.

Sekiranya terdapat sisa makanan dicelah-celah giginya lalu ia digerakkan oleh air liurnya tanpa sengaja lalu masuk ke dalam perutnya, maka puasanya TIDAK batal.

Sekiranya ia dipaksa untuk makan atau minum, puasanya juga TIDAK batal.

6) Muntah dengan sengaja.
Muntah yang disengajakan membatalkan puasa seseorang, sekalipun dia pasti tiada apa-apa daripada muntahan tersebut masuk semula ke dalam perutnya. Akan tetapi, puasa tidak batal sekiranya tiada upaya menahan muntahnya.

7) Mengeluarkan mani.
Air mani keluar samada dengan perbuatan berkucup dan seumpamanya atau dengan tangan (onani). Apabila seseorang berbuat demikian dengan sengaja puasanya batal. Jika tidak disengajakan dan tidak dapat menahan maninya keluar puasanya tidak batal.

8) Gila dan Murtad (wal’iyazubillah).
Kedua-dua perkara tersebut juga menghalang daripada puasa. Ini kerana orang yang berpuasa dalam keadaan itu telah terkeluar daripada kelayakan beribadat. [Lihat: Al-Fiqh al-Manhaji].


Untuk mengetahui fatwa semasa mengenai perkara ini, di bawah ini dikemukakan Keputusan Persidangan Fiqh Antarabangsa (al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami) [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] Mengenai Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.

A- Keputusannya (Qarar) Seperti Berikut:

1- Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga. Ubat titis hidung atau semburan hidung, dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

2- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

3- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).

4- Memasukkan teropong ke dalam salur peranakan/rahim atau alat kedalamnya.(Contoh:alat pencegah kehamilan - IUCD)

5- Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray atau lainnya.

6- Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

7- Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut. dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

8- Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti: glukos yang mengenyangkan).

9- Oksigen dan Gas Bius.

10- Bius menggunakan gas, bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan.

11- Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.

12- Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.

13- Teropong dalam rongga perut (endoskopi) untuk mencari punca penyakit.

14- Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain untuk ujian makmal.

15- Teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya.

16- Memasukkan ubat atau alat ke dalam otak.

17- Muntah secara tidak sengaja.

B- Jika tidak memberi mudarat, para doktor muslim hendaklah menasihati pesakit untuk menangguhkan dulu rawatan yang meragui sehingga selesai puasa.

Tambahan dari Keputusan Seminar Fiqh Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418/14-17 Jun 1997. Pendapat majoriti peserta menambah perkara berikut juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

1- Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.

2- Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan (berniat) untuk berpuasa pada malamnya.

3- Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut.


Penutup

Akhirnya, sentiasalah menjaga kesempurnaan ibadat puasa dari perkara-perkara yang membatal dan merosakkan amalan yang suci ini, semoga amalan kita diterima oleh Allah.


Sumber - abuanasmadani.com

Muat turun atau baca risalah asal (format pdf) di pautan berikut,
https://docs.google.com/file/d/0B0U9i7Mc59j-QW9ENUlOcFd0Vms/edit?pli=1

Opinion: Poverty Eradication Goals are 'a Cruel Joke'


Written by Indu Bhushan

The US$1.25 per day goal is already mostly met across Asia

The 2015 development agenda is leaning toward a goal of eradicating absolute poverty by 2030. The World Bank’s recently approved corporate strategy has the same goal. However, this target is absolutely meaningless for the Asia and Pacific region.

How do we define the eradication of absolute poverty? According to the prevailing characterization, reducing the proportion of people living under $1.25 per capita to less than 3 percent qualifies as reaching the goal. I am not sure if we need to wait for 16 years to achieve this.

Declining poverty

In the Asia and Pacific region, 18.3 percent of people lived under $1.25 per capita in 2010. By 2020, this proportion is likely to decline to less than 5 percent. The number will further reduce to below 3 percent by 2023. Most countries in the region, individually, are likely to achieve this goal well before 2030, even if they do not undertake any special action. Does it make sense to shoot for a goal that we know will be achieved without stretching ourselves?

My main problem, however, is with the definition of absolute poverty. Does $1.25 per capita allow the minimum quality of life and basic necessities and human dignity that people in our region aspire to?

Indeed, countries in our region have poverty lines which are much higher than $1.25. Central Asian countries have poverty lines around $5 per capita, Pacific countries have poverty lines around $3 to $4 per capita. Even in South Asia, where poverty is endemic, all countries have poverty lines above $1.25. Even in these countries, most people believe that these poverty lines (well above $1.25) are too low.

I want to share an interesting experiment undertaken by two 26 year-old men―Tushar and Matt―in India recently. One graduated from University of Pennsylvania and the other from Massachusetts Institute of Technology. Both came back to India and decided to understand their country by trying to live as a “poor” person does. They undertook an experiment which would change their thinking about poverty forever.

They decided to live on 26 rupees per day (almost equivalent to $1.25 in purchasing power parity terms) in rural areas. They moved to Matt’s ancestral village, Karucachal, in Kerala. Their experiment allowed only 60 percent of their “income” to be spent on food.

Trying to live on $1.25 a day

They discovered it was impossible to get a balanced meal on 18 rupees per day. They could not afford any meat or dairy products and had to survive on parboiled rice, tuber, and banana. Eating out, even at roadside places, was out of the question. So was taking any paid transport. They walked long distances, saved money even on soap to wash their clothes. They could not afford communication by mobile phone or internet. They were lucky that they did not fall sick, or else they would have been forced to prematurely halt their experiment.

They learned that $1.25 a day is not enough to survive on for the long term, let alone to provide disposable resources for any contingency. Since this income did not provide any cushion for investing in themselves, they were condemned to be poor forever. This poverty line did not allow them even a modest dream.

In the Philippines, the $1.25 per capita poverty line translates into about 35 pesos per day. Just imagine trying to live on that income, paying for housing, transport, food, clothes, utilities, health, and education.

We need to recalibrate the poverty line to a level that is adequate for leading a life with dignity, and which provides disposable resources for self-development, allowing individuals to make a better future for themselves and their children. Also, it should leave enough savings for a rainy day.

When I asked my senior colleague and friend Juan Miranda, managing director general at the Asian Development Bank, what he thinks about the $1.25 per capita figure, he responded without batting an eyelid. “It is a joke! A cruel joke to believe that such a low number can support a dignified life.”

Indu Bhushan is Deputy Director General of the Strategy and Policy Department at the Asian Development Bank (ADB). This article was first published by the ADB Development Blog


Sumber - Asia Sentinel

Kos jenayah rentas sempadan meningkat USD870 bilion tahun 2011


JERUDONG, Selasa, 24 Jun. - Kos jenayah merentas sempadan yang telah meningkat sebanyak USD870 bilion pada tahun 2011, adalah perolehan daripada aktiviti-aktiviti haram rangkaian jenayah terancang yang juga mempunyai jumlah yang besar  setanding dengan 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global atau tujuh peratus daripada eksport dunia bagi barangan.

Demikian jelas Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar semasa merasmikan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) dan Mesyuarat Yang Berkaitan Ke-14.

Yang Berhormat juga menyebut mengenai perspektif tentang bagaimana SOMTC boleh menguatkan tindakan kolektif ASEAN terhadap jenayah merentas sempadan.

Pertama, untuk menghapuskan ‘red-tape’,  tegas Yang Berhormat, ASEAN mempunyai hubungan yang kuat dan kepercayaan dalam kalangan negara anggotanya untuk menghapuskan birokrasi yang tidak perlu.

Perkongsian, operasi bersama, usaha penyelarasan dan usaha antara rantau dicapai setakat ini perlu dipertingkatkan supaya lebih cekap untuk memastikan bahawa rantau ini tidak menjadi tempat selamat untuk rangkaian jenayah terancang atau hab kewangan haram.

Beliau juga memberi jaminan bahawa negara anggota ASEAN perlu bekerjasama, bukan sahaja secara dua hala antara kedua-dua buah negara tetapi juga di pelbagai peringkat yang melibatkan beberapa negara, bekerja secara serentak dan mengendalikan  dengan cara yang baik.

Perkara kedua, katanya ialah menekankan keperluan untuk meletakkan penekanan yang kuat terhadap pembinaan keupayaan terutama untuk kakitangan barisan hadapan dan penyiasat dan penggunaan teknologi, memanfaatkan ‘inparts’ terhadap keupayaan rakan dialog antarabangsa.

Pada masa ini, SOMTC harus melihat ke hadapan bagi kemungkinan menubuhkan Pusat Latihan Serantau Untuk Siasatan yang akan menyediakan kursus-kursus mengenai amalan terbaik, penggunaan data yang dikongsi dan yang paling penting mengenai penggunaan keadaan teknologi seni untuk memerangi jenayah.

Secara peribadi, Yang Berhormat percaya bahawa dengan mengamalkan teknologi yang betul adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan dan keupayaan bagi langkah-langkah lebih awal daripada rangkaian jenayah global dan organisasi yang mengancam setiap negara.

Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, YB Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Paduka
Dr. Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar bergambar ramai pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai
Kanan Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) dan Mesyuarat Yang Berkaitan Ke-14
“Dalam SOMTC ini perkongsian ASEAN perlu dipupuk dengan rakan dialog dan seharusnya menambah ‘leverage’ dengan keupayaan masing-masing untuk menghapuskan ancaman jenayah rentas sempadan,” tegasnya.

Perkara ketiga, tambah Yang Berhormat ialah memastikan agar usaha Program Kerja yang mempunyai mekanisme ini dipastikan tepat masa pelaksanaannya bagi mengetahui keputusan akhir penilaiannya.

Beliau menegaskan bahawa sepatutnya tidak ada apa-apa aktiviti yang bertindih dan duplikasi dengan mereka yang mengendalikan mesyuarat ASEAN lainnya, bahkan bukan sahaja mahal dikendalikan akan tetapi sumber manusia tidak perlu turut terbabit.

Yang Berhormat penuh percaya bahawa komunikasi yang berkesan adalah inti pati untuk menguruskan kegiatan secara keseluruhan dengan lebih baik dan keupayaan untuk mencapai keputusan yang sama dengan mesyuarat yang singkat atau kurang keupayaan.

“Mesyuarat ASEAN perlu diberi mandat untuk memberi laporan aktivitinya kepada mesyuarat ASEAN lainnya dan sebaliknya supaya kerja-kerja mereka tidak diulang semua. Akhirnya, ASEAN hanya boleh mendapat manfaat daripada penyelarasan itu dan penyelarasan kolektif,” tambahnya.

Ini adalah kali kedua Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah SOMTC, kali pertama pada September 2004 bagi SOMTC Ke-4. SOMTC 14 kali ini dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap JPM, Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada kementerian yang berkaitan daripada semua negara anggota ASEAN yang bertanggungjawab untuk menyelia jenayah rentas negara dan isu-isu yang berkaitan, yang bertindak sebagai platform bagi kerjasama dalam menangani cabaran tersebut.

SOMTC ini diadakan sekali pada tiap tahun untuk membincangkan dan memantau pelaksanaan dan penyelarasan dasar dan rancangan yang diterima pakai oleh Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Transnasional (AMMTC) dengan objektif asas meningkatkan kerjasama dalam memerangi jenayah rentas sempadan dan mengatasi cabaran rentas sempadan yang dibangkitkan.

Bagi memudahkan penyelarasan dan kerjasama yang lebih baik, kumpulan pakar telah ditubuhkan di bawah bidang kuasa SOMTC ini dengan fokus kepada lapan bidang jenayah rentas sempadan iaitu keganasan, pengedaran dadah haram, perdagangan manusia, jenayah siber, pengubahan wang haram, penyeludupan senjata, lanun dan jenayah ekonomi antarabangsa.

SOMTC dengan bantuan daripada Sekretariat ASEAN diberikan mandat untuk merapatkan lagi hubungan kerjasama dengan Rakan Dialog, negara-negara lain, organisasi serantau dan antarabangsa bagi mengiktiraf kesefahaman bahawa jenayah rentas negara merupakan kebimbangan bagi serantau dan antarabangsa.

SOMTC ini juga ditugaskan untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan dengan badan-badan ASEAN lain yang berurusan dengan jenayah rentas sempadan seperti Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Perkara-Perkara Dadah (ASOD), Ketua-Ketua Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL), Ketua Pengarah Kastam ASEAN dan Ketua Pengarah Imigresen ASEAN dan Ketua-Ketua Hal Ehwal Konsular Kementerian Luar Negeri (DGICM).

Majlis turut dihadiri oleh para perwakilan negara-negara asing, wakil-wakil Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei.


Sumber - Pelita Brunei


Projek Jejak Ehsan HAWA bantu balu


Oleh Hajah Saemah Zulkefli

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Kesempitan hidup seorang balu bersama anak gadisnya sehingga terpaksa tinggal di dalam sebuah pondok yang daif menarik perhatian Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA NDP) untuk mengunjunginya dan menghulurkan sedikit bantuan hari ini.

Dayang Norhayati Liman Abdullah, 48, mendakwa sudah tinggal di dalam pondok buruk itu sejak tiga bulan yang lalu setelah terpaksa berpindah daripada rumah tumpangannya sebelum ini di Kampung Pulaie.

Wanita mualaf warga Malaysia itu terpaksa membina pondok daripada bahan buangan zink dan kayu hanya untuk berteduh daripada hujan dan panas dan meminta belas ihsan menumpang di atas tanah di belakang sebuah rumah perumahan di RPN Kampung Rimba bersama anak perempuannya berusia 19 tahun yang merupakan warga tempatan.

Kunjungan rombongan HAWA NDP melalui Projek Jejak Ehsan, ke pondok Dayang Norhayati dan anaknya telah diketuai oleh Ketua Himpunan Wanita Pusat NDP, disertai sama oleh timbalannya, Dayang Kartini binti Abdul Manap serta ahli-ahli Exco lainnya dari keempat-empat daerah, dan turut sama ialah Ketua Biro Pendidikan, Dayang Dr Hajah Ra’yah binti Haji Mohd Ali.

HAWA NDP melalui projek Jejak Ehsan mengunjungi balu yang tinggal
dalam pondok yang berkeadaan sangat daif di Kampung Rimba Gadong
Suami Dayang Norhayati, juga seorang mualaf warga tempatan telah meninggal dunia 17 tahun lalu meninggalkan tiga orang anak bersama iaitu dua lelaki dan seorang perempuan, kedua-dua anak lelaki mereka yang masing-masing berusia 27 dan 21 tahun pada masa ini belum mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa tinggal menumpang di rumah kawan memandangkan keadaan pondok tempat ibu dan adik mereka tinggal pada masa ini yang terlalu sempit, hanya mempunyai satu ruang amat kecil sebagai tempat tidur, dan juga tempat memasak.

Menurut Dayang Norhayati, anak perempuannya, menerima bantuan sejumlah $250 sebulan daripada JAPEM sejak enam bulan yang lalu, tetapi akan berakhir pada bulan September ini, beliau juga mendakwa kerana kesempitan hidup, mereka kadang-kadang terpaksa menahan lapar kerana tiada keupayaan membeli barang makan, malah anak-anak lelakinya yang hanya mengharapkan gaji daripada kerja sambilan turut tidak cukup membantu menampung kehidupan mereka.

“Anak lelaki sulung saya, hanya bersekolah sehingga Darjah 6, manakala anak lelaki kedua sehingga tingkatan dua dan anak perempuan saya sehingga tingkatan lima, dan sudah berusaha mencari pekerjaan tetapi belum ada nasib menyebelahinya,” katanya.

Dayang Norhayati berharap anak-anaknya mendapat pekerjaan dan mungkin mereka mampu menyewa biarpun rumah yang kecil supaya dapat mereka tinggal bersama-sama, dan ingin segera berpindah daripada pondok kediaman mereka pada masa ini yang terletak di Jalan 60 Kampung Perpindahan Rimba Gadong. Kadang-kadang mereka juga menerima bantuan belas ihsan daripada orang ramai yang mengetahui akan keadaan mereka.


Sumber - Media Permata

Wednesday, June 18, 2014

Ucapan Dasar Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan ke-9 2014


Baca atau muat turun teks penuh ucapan (format pdf) di pautan berikut,
https://drive.google.com/file/d/0B0U9i7Mc59j-VHFEdTdieHVxNkE/edit?usp=sharing


NDP sokong Perintah Kanun Syari’ah


Oleh Hajah Saemah Zulkefli

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mewakili seluruh anggotanya amat bersetuju dan menyokong penuh pengisytiharan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari’ah 2013 di Negara Brunei Darussalam yang telah berkuat kuasa pada bulan Mei lalu, dan justeru itu Kongres Agung Tahunan NDP ke-9 tahun ini membawa tema “NDP Menyokong Pelaksanaan Kanun Jenayah Syari’ah.”

Perkara tersebut antara yang telah ditekankan dalam ucapan perasmian, Presiden NDP, Awang Haji Mahmud Morshidi bin Othman selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Kongres Agung Tahunan NDP ke-9 Tahun 2014 yang berlangsung di Tingkat 4 Bangunan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam Gadong dekat sini, hari ini.

Beliau menambah, biarpun segala bentuk kecaman dan tekanan ia tidak seharusnya melemahkan semangat kita dalam mencari keredhaan Allah, dan menekankan bahawa beliau yakin keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syari’ah adalah bertepatan dengan Firman Allah Swt yang bermaksud “Dan di antara orang-orang yang kami ciptakan, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan”.


Presiden NDP Awg Mahmud Morshidi Othman semasa
menyampaikan ucapan perasmian Kongres Agung ke-9 NDP 2014

Selain itu beliau menyentuh Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Akan sentiasa ada dari umatku ummah yang berdiri tegak di atas perintah Allah, tidak memudaratkan orang-orang yang menghinakan mereka, juga orang yang menentang mereka sehingga tiba urusan Allah dan mereka tetap dalam keadaan demikian (tidak berubah).” Riwayat Bukhari dan Muslim).

Beliau dalam memulakan ucapan turut menekankan bahawa Kongres Agung Tahunan NDP adalah wadah bagi seluruh anggota ahlinya membaharui ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi dan kecintaan yang setulusnya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan dan Ulil Amri bagi Negara Brunei Darussalam.

Kongres berkenaan, tambahnya, juga adalah wadah bagi semua anggotanya membaharui ikrar yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Parti iaitu untuk menyokong dan membantu Baginda dan Kerajaan Baginda dan memberikan makna sebenar kepada falsafah negara Melayu Islam Beraja di dalam kehidupan bernegara.

Lebih 200 ahli pertubuhan parti politik itu telah menghadiri majlis berkenaan yang telah dimulakan dengan perarakan masuk pengerusi tetap berserta dengan alat-alat kebesaran kongres diiringi oleh presiden, timbalan presiden dan ahli-ahli majlis tertinggi pertubuhan tersebut.


Sumber - Media Permata