Posting mengikut label

Wednesday, October 28, 2015

Kenyataan Media Presiden NDP Mengenai Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan Baru


Kenyataan Media Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
Mengenai Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat
Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan Baru



1. Dengan segala kesyukuran, NDP amat mengalu-alukan titah rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet serta pelantikan jemaah menteri yang baru oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis 9 Muharram 1437/22 Oktober 2015.

2. Sehubungan itu, NDP merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan jemaah menteri dan timbalan menteri di dalam kabinet yang diumumkan oleh Kebawah DYMM tersebut.

3. NDP juga merakamkan penghargaan kepada mantan-mantan jemaah menteri yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka. Semoga segala khidmat yang mereka curahkan selama itu diganjari Allah SWT dengan pahala kebajikan yang setimpal jua.

4. Dalam titah pelantikan kabinet baru tersebut, Kebawah DYMM telah menekankan peri pentingnya untuk mengekalkan nikmat keamanan, perpaduan dan kemakmuran.

5. Menurut baginda kelangsungan nikmat keamanan, perpaduan dan kemakmuran hanya akan tercapai dan kekal melalui kesyukuran kepada Allah SWT. Sementara syukur itu sendiri hendaklah dizahirkan menerusi keadilan yang ditumpahkan kepada rakyat.

6. Kebawah DYMM turut menekankan bahawa keadilan itu mestilah berdasarkan neraca ugama, undang-undang dan etika, serta benar-benar demi kepentingan rakyat. Justeru para jemaah menteri hendaklah mempastikan segala tindakan mereka bermatlamatkan keadilan untuk rakyat. Sementara itu rakyat sahajalah selaku penerima, yang berhak mengukur sama ada keadilan untuk mereka itu ditunaikan atau tidak.

7. Berdasarkan matlamat keadilan tersebut, segala anasir dan amalan keji seperti rasuah, salah guna kuasa, kronisme, nepotisme, penafian akan apa jua hak rakyat dan membelakangkan kepentingan rakyat adalah satu kezaliman justeru hendaklah dihindarkan.

8. Pada pengamatan NDP, pelantikan barisan kabinet baru ini mencerminkan betapa Kebawah DYMM amat fokus terhadap misi memelihara Institusi Kesultanan Melayu Islam Beraja Brunei, menanai keamanan dan keselamatan negara.

9. Selain selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Ketua Polis Negara, baginda turut memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan.

10. Manakala Duli YTM Pengiran Muda Mahkota selaku General Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Timbalan Ketua Polis Negara, turut memegang jawatan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

11. Selain itu, pelantikan beberapa orang menteri dan timbalan menteri yang berlatarbelakangkan ketenteraan, keselamatan dan risikan menzahirkan betapa komposisi kabinet baru tersebut benar-benar berorientasikan kepada keamanan dan keselamatan.

12. Namun demikian, NDP berharap, dalam keghairahan mengutamakan agenda keamanan dan keselamatan, para menteri yang betanggungjawab janganlah terlalu taksub dan ‘ghuluw’ (melampau) dalam membawa misi mereka sehingga membelakangkan lunas-lunas keadilan yang sebenar. Kita sama sekali tidak wajar berpegang dengan falsafah ‘matlamat menghalalkan cara’ sehingga alpa dengan hasrat Kebawah DYMM untuk menegakkan dan menumpahkan keadilan kepada rakyat.

13. Pada pandangan NDP, misi menanai keamanan dan keselamatan negara hanya akan tercapai sepenuhnya dengan kerjasama dan penyertaan seluruh rakyat. Justeru tepat sekali titah baginda supaya para jemaah menteri yang baru, mempunyai kualiti kepimpinan terpenting iaitu adil dan ehsan. Hanya dengan sifat adil dan ehsan barulah dapat menambat hati dan kesetiaan rakyat yang sejati.

14. Selain itu, para menteri sebagai pelaksana dasar-dasar yang dititahkan oleh Kebawah DYMM hendaklah berpaksikan prinsip dan falsafah urustadbir yang mengutamakan pencapaian prestasi (performance oriented). NDP berharap janganlah budaya dan tradisi yang mengabaikan pencapaian prestasi seperti yang berlaku di beberapa buah kementerian sebelum ini berulang kembali.

15. Kekecewaan rakyat untuk menikmati kemakmuran negara seperti yang berlaku sebelum ini hendaklah dijadikan sempadan. Sebagai anggota kabinet yang baru, NDP berharap para jemaah menteri akan membawa aspirasi dan budaya kerja yang baru demi kesejahteraan negara dan rakyat, sesuai dengan harapan Kebawah DYMM dan rakyat pada amnya.

16. Oleh kerana sistem pemerintahan Negara Brunei tidak mempunyai sebuah parlimen yang representatif maka, jemaah menteri hendaklah memainkan peranan melangkaui tugasan sebagai penggubal atau pelaksana dasar semata-mata. Mereka hendaklah juga mudah didekati rakyat, rajin turun padang dan selanjutnya berperanan sebagai wakil yang membawa suara dan aspirasi rakyat ke dalam kabinet.

17. Rasanya rakyat tidak ingin lagi melihat pembesar-pembesar negara setakat ‘turun beraban-raban’ menunjukkan muka, apabila Kebawah DYMM berangkat mencemar duli untuk bertanya khabar dan mendengar masalah rakyat. Rakyat mahukan jemaah menteri yang bekerja dengan komited dan ikhlas kerana Allah SWT.

18. Dalam pada itu, Kebawah DYMM yang menerajui empat kementerian utama adalah pada tanggapan NDP berstatus sebagai Wazir Tafwidh. Justeru, amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh baginda itu adalah amat besar dan berat untuk digalas secara bersendirian. Menyedari hakikat inilah baginda mengibaratkan para menteri sebagai pendayung dalam sebuah perahu, yang mesti berfungsi sebagai satu pasukan dalam bekerjasama dan saling sokong-meyokong.

19. Lanjutan kepada anologi perahu itu, ‘synchronised team effort’ iaitu keserentakan usaha berpasukan merupakan teras kepada kebertanggungjawaban bersama (collective responsibility). Maknanya, apabila para ‘pendayung’ telah menunaikan hak keadilan rakyat, maka mereka layak diberi pujian. Akan tetapi sebaliknya, jika keadilan rakyat dinafikan, maka para ‘pendayung’ mestilah berlapang dada menerima luahan kekecewaan dan kritikan rakyat.

20. NDP juga berharap supaya kabinet baru ini berusaha menangani isu-isu kritikal yang dihadapi oleh negara seperti kelembapan ekonomi, jurang pendapatan yang luas, kemiskinan, pengangguran, isu PKS dan isu-isu lain yang menghambat kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat. Di samping itu, jemaah menteri juga mesti mempelopori langkah-langkah transformasi minda bagi merubah mindset rakyat yang terlalu mengharapkan bantuan kerajaan kepada lebih berdikari.

21. Di kesempatan ini juga NDP merayu kepada Kebawah DYMM selaku Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri agar dapat menilai semula peranan dan justifikasi pembukaan pejabat perwakilan di luar negara. Ini untuk mempastikan kos pengurusan dan perbelanjaan yang optimum, disamping mengelakkan pembaziran. Keutamaan wajar diberikan kepada kemungkinan mewujudkan attache perdagangan di mana perlu.

22. Dengan perubahan kepimpinan di Kementerian Luar, NDP menaruh harapan tinggi agar kementerian tersebut bertindak lebih proaktif dalam memainkan peranan sebagai penyambung suara keadilan sejagat di arena antarbangsa seperti di PBB, NAM, ASEAN, APEC dan sebagainya.

23. Sesungguhnya isu Masjid al-Aqsa yang diceroboh oleh rejim Israel, isu umat Islam Palestin yang dizalimi, isu pelarian dan kebuluran di Asia dan Afrika, nasib malang masyarakat Islam Rohingya di Myanmar, isu hak jaminan keselamatan umat Islam di selatan Thailand, dan isu menentukan nasib masa depan sendiri umat Islam di wilayah-wilayah Selatan Filipina adalah amat dekat di hati NDP serta rakyat Brunei umumnya, dan perlu diberi perhatian khusus oleh pihak berkenaan.

24. NDP turut berharap segala isu-isu tertunggak di antara Brunei dan negara jiran dapat dirungkai dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya dengan secepat mungkin.

25. Ke arah melahirkan sebuah pemerintahan dan pentadbiran yang benar-benar menepati konsep negara zikir, maka NDP sekali lagi mengulangi cadangan supaya ditubuhkan sebuah Majlis Syura Ulama yang dianggotai oleh ulama-ulama berwibawa tempatan mahupun luar negara. Majlis tersebut adalah badan bebas yang berfungsi sebagai rujukan tertinggi jemaah menteri, manakala segala keputusannya adalah mengikat.

26. Meskipun tidak ada seorang wanita dilantik dalam kabinet yang baru ini, NDP berharap hak-hak dan kepentingan wanita tetap akan diberi perhatian yang sewajarnya. Pandangan ini adalah dengan mengambil kira fakta bahawa 50 peratus daripada penduduk negara adalah terdiri daripada wanita.

27. NDP percaya bahawa Kebawah DYMM mempunyai hikmah dan justifikasi mengapa baginda tidak melantik seorang wanita pun sebagai menteri dalam barisan kabinet terkini. Harapan kita ialah agar isu-isu kemajuan wanita tidak akan terpinggir dengan keputusan tersebut.

28. NDP berdoa semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan segala kekuatan, taufiq dan hidayah, kesihatan dan hikmah kepada Kebawah DYMM selaku tonggak negara. Di samping itu, doa juga dipanjatkan agar jemaah menteri yang baru akan berusaha sedaya-upaya untuk menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab atas kesedaran bahawa semua amanah yang dipikul itu akan dinilai di hadapan mahkamah Allah Rabbul Jalil kelak. Wallahu a’lam.



Mahmud Morshidi Othman
Presiden
Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
Markas Pusat
Limbaruh Hijau, Jalan Jerudong
Brunei Darussalam
15 Muharram 1437/28 Oktober 2015


Tuesday, October 27, 2015

New Cabinet sworn in


Izzati Jalil
BANDAR SERI BEGAWAN

NEW Cabinet ministers and deputy ministers were sworn in before His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, at Istana Nurul Iman yesterday.

The hour-long ceremony saw 21 ministers and deputy ministers taking their oaths, three days after the monarch announced the Cabinet line-up on state television.

His Majesty retains the posts of prime minister, defence minister, finance minister and also took over the foreign affairs and trade portfolio.

The office-holders include His Royal Highness Crown Prince Hj Al-Muhtadee Billah, who retains his post as senior minister at the Prime Minister’s Office.

Leading the Cabinet in their oath-taking was Grand Chamberlain Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Hj Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Hj Abu Bakar, who later read out the letters of appointment.

First to recite the oath of allegiance before His Majesty was the Crown Prince, followed by the newly appointed Cabinet ministers and deputy ministers, whose five-year appointments took effect on October 22.

Former Education Minister YB Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Hj Awg Abu Bakar Hj Apong has been appointed as the new minister of home affairs, while former Development Minister YB Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Hj Suyoi Hj Osman has been named as the new education minister.

YB Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Hj Abd Rahman Hj Ibrahim retains his post as second finance minister, and was also appointed as minister at the Prime Minister’s Office.

YB Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng stays as the second minister of foreign affairs and trade, and takes on the position of minister at the Prime Minister’s Office, while YB Pehin Datu Singamanteri Colonel (Rtd) Dato Seri Setia (Dr) Hj Mohammad Yasmin Hj Umar is the minister of energy and industry at the Prime Minister’s Office.

Former Home Affairs Minister YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin Pengarah Dato Paduka Hj Awg Othman now leads Ministry of Religious Affairs.

There were also five new faces in the Cabinet line-up, which include YB Dato Paduka Hj Bahrin Abdullah, ex-deputy finance minister who is now development minister.

YB Dato Paduka Hj Ali Hj Apong was promoted to minister of primary resources and tourism.

YB Dato Paduka Hj Mustappa Hj Sirat was appointed as the new minister of communications, while YB Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Hj Awg Halbi Hj Mohd Yusof, was named as the minister of culture, youth and sports.

Vice-Chancellor of Universiti Brunei Darussalam and former Permanent Secretary of Education YB Dato Paduka Dr Hj Zulkarnain Hj Hanafi is now the health minister.

Nine deputy ministers were also appointed.

Also present at the ceremony was Her Royal Highness Princess Hjh Masna, Ambassador-at-Large at the Ministry of Foreign Affairs and Trade.


Sumber - The Brunei Times


Majlis Mengangkat Sumpah Kabinet Baru

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Oktober. - Majlis Mengangkat Sumpah Kabinet Baru bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab negara untuk tempoh lima tahun berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman.

Majlis dilangsungkan di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.




Surat Perintah Lantikan dibacakan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Mula-mula mengangkat sumpah ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Disusuli oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Seterusnya mengangkat sumpah ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman sebagai Menteri Pendidikan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim sebagai Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua); Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng sebagai Menteri di JPM dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua); Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar sebagai Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah sebagai Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong sebagai Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat sebagai Menteri Perhubungan; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi sebagai Menteri Kesihatan.

Kemudian diteruskan dengan mengangkat sumpah bagi seramai sembilan orang Timbalan Menteri yang didahului oleh Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri di JPM; Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud sebagai Timbalan Menteri di JPM; Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit sebagai Timbalan Menteri Pertahanan; Dato Paduka Awang Haji Hisyam bin Haji Mohd. Hanifah sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar sebagai Timbalan Menteri Pendidikan; Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; dan Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.

Juga berangkat ke majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Juga hadir ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.


Sumber - Pelita Brunei

Titah Kebawah DYMM mengenai Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan-Pelantikan Baru


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-PertUan Negara Brunei Darussalam mengenai Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan-Pelantikan Baru pada hari Khamis 9 Muharram 1437 / 22 Oktober 2015.


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah  Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Negara Brunei Darussalam telah dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem pemerintahannya yang tersendiri. Sistem pemerintahan kita ini, alhamdulillah, telah terbukti menghasilkan pembangunan dan berjaya mencipta keamanan, perpaduan dan kemakmuran.

Apakah yang lebih bermakna dan lebih dihajati oleh semua orang kalau bukan keamanan, perpaduan dan kemakmuran?

Kita telahpun menyaksikan, beberapa banyak negara di dunia ini tidak berpeluang menikmati keamanan, perpaduan dan  kemakmuran itu, kerana faktor-faktor tertentu. Tetapi kita alhamdulillah, telah ditakdirkan dapat mengecapnya tanpa sebarang masalah. Tinggal saja lagi, apakah kita mampu untuk terus memelihara dan mengekalkannya?

Di sinilah persoalan itu.

Ugama kita telah memberi pertunjuk, bahawa nikmat itu boleh kekal, tetapi masih saja tertakluk kepada ‘pembawaan’ kita sendiri.

Allah mengurniakan nikmat, sementara kita berkewajipan mensyukurinya. Syukur itulah pemangkin segala nikmat dan keberkatan. Tanpa syukur, nikmat akan hakis, tidak dapat bertahan lama.

Bagaimanakah caranya bersyukur itu? Di samping mengucapkannya dengan lidah, kita juga dituntut untuk bersyukur melalui ‘urustadbir’ di dalam kehidupan. Kerana itulah kita memerlukan kerajaan, dan dalam kerajaan itu pula terdapat jentera yang terdiri daripada para pemimpin dan pegawai-pegawai serta kakitangan di bawah mereka.

Di tangan merekalah, terutama para pemimpin, kewajipan untuk membawa negara ini menjalani amalan bersyukur, iaitu melalui pimpinan dan urustadbir mereka dalam kerajaan.

Salah satu dari ciri bersyukur itu ialah dengan melaksanakan keadilan. Kerana keadilan adalah segala-galanya. Tanpa keadilan, semua kebajikan akan jauh atau menarik diri daripada kita.

Oleh itu, satu peringatan perlu disebut di sini, bahawa sesiapa jua yang dilantik atau dipilih menjadi pemimpin, mereka itu adalah berkewajipan untuk menjalankan keadilan. Tempat tumpahnya keadilan ialah keatas rakyat, bukan kepada diri sendiri. Adapun untuk kepentingan diri sendiri, itu bukanlah keadilan tetapi kezaliman.

Sebab itulah kadang-kadang, bersedia mendengar suara orang di bawah, atau menerima idea-idea yang baik, atau keluhan atau rintihan mereka dapat dianggap sebagai ciri melaksanakan keadilan.

Dalam pada itu, mesti pula diingat, bahawa tafsiran keadilan itu bukanlah mengikutkan kata hati, tetapi mesti berpandukan lunas-lunas yang betul daripada ugama, undang-undang dan etika.

Selain itu, turut perlu difahami, bahawa kabinet adalah ibarat sebuah perahu dan para manteri pula adalah pekayuh-pekayuhnya. Sebagai pekayuh, mereka adalah satu pasukan dan berperanan untuk pasukan, bukan untuk diri masing-masing.

Kerana itu, walaupun berlainan kementerian, namun mereka tetap di dalam satu pasukan yang mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk memakmurkan negara. Sebagai sifat satu pasukan, mereka diperlukan agar turut menyumbang atau sekurang-kurangnya menyokong apa-apa jua gagasan atau rancangan yang baik bagi sesebuah kementerian itu semata-mata bagi kebaikan negara.

Beta berharap, barisan pemimpin akan datang, tidaklah akan mengabaikan etika berpasukan serta juga dikehendaki supaya bijak membuat perhitungan atau tafsiran mengenai sesuatu perkara yang ada kaitan dengan negara dan kerajaan.

Dengan bertawakal kepada Allah serta memohon pertunjuk-Nya, maka inilah Beta umumkan rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan beberapa lantikan lain, seperti berikut:

1. Beta sendiri menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

2. Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

3. Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

4. Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman sebagai Menteri Pendidikan.

5. Pehin Orang kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ІІ (Kedua).

6. Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ІІ (Kedua).

7. Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar sebagai Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri.

8. Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama.

9. Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah sebagai Menteri Pembangunan.

10. Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong sebagai Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

11. Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat sebagai Menteri Perhubungan.

12. Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

13. Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi sebagai Menteri Kesihatan.

14. Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

15. Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

16. Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Mohd Tamit sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

17. Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

18. Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah sebagai Timbalan Menteri kewangan.

19. Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

20. Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar sebagai Timbalan Menteri Pendidikan;

21. Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; dan

22. Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.

Perlantikan adalah bermula daripada hari ini, Khamis, 9hb., Muharram, 1437 bersamaan dengan 22hb., Oktober, 2015 bagi tempoh selama 5 tahun.

Beta dengan ini juga sukacita memaklumkan bahawasanya jawatan Mufti Kerajaan dan Peguam Negara adalah sebagai jawatan bertaraf Menteri.

Perlu Beta ingatkan bahawa lantikan-lantikan ini adalah amanah. Amanah itu sifatnya adalah sangat berat, kerana ianya merangkumi tugas dan kewajipan bagi menegakkan keadilan. Ke arah itu, ianya perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab, jujur lagi ikhlas dengan penuh taat lagi setia.

Untuk akhirnya, Beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak lagi dilantik di atas khidmat dan jasa mereka yang disumbangkan selama ini, semoga Allah jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran pahala serta kebahagiaan yang berterusan.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Kebawah DYMM sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1437


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1437/2015 Masihi pada Hari Selasa, 29 Zulhijjah 1436/13 Oktober 2015


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah  Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Marilah kita banyak-banyak bersyukur kerana dapat pula menyambut dan memasuki tahun baru hijrah dengan segala keselesaan.

Acara utama kita pada setiap menjelangnya awal hijrah ialah membaca do’a akhir dan awal tahun di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat.

Acara ini sangat unik dan penting, kerana tidak ada yang lebih penting dari marafa’kan do’a ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala. Do’a itu adalah perkara agong, kerana apabila berdo’a, bererti kita adalah sedang berurusan dengan Allah Ta’ala, siapa yang Maha Agong.

Kita memohon di dalam tahun baru ini supaya Allah memeliharakan kita daripada syaitan.

Do’a ini adalah “do’a besar”. Jika Allah menerimanya, bermakna kita dan negara Insya Allah, akan bebas daripada segala macam pesona syaitan, pembantu-pembantu dan askar-askarnya serta bebas daripada asakan-asakan nafsu ammarah (nafsu yang jahat), yang menjerumuskan manusia kepada pelbagai kejahatan dan dosa.

Oleh itu, marilah kita bersungguh-sungguh menghayati do’a awal tahun, dengan niat semata-mata untuk mengharapkan kurnia Allah jua, siapa yang ditangan-Nya terkumpul segala kuasa dan kemurahan. Semoga kita sekalian tidak dihampakan.

Sementara do’a akhir tahun pula, kita ada menyebut perkara-perkara yang telah lalu. Kita munajat kepada Allah, sekiranya terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi tegahan-Nya, yang dilakukan di sepanjang tahun dan kita pula belum lagi bertaubat, maka dengan segala reda diri kitapun memohonkan belas kasihan-Nya supaya menerima taubat dan mengampunkan dosa-dosa kita.

Pada hemat Beta, do’a kita pada setiap tahun itu adalah benar-benar menjadi punca kepada kebajikan bersama. Dengan rahmat-Nya jua, negara ini benar-benar bebas daripada sebarang kemelut. Rakyat hidup bersatu hati, tiada pergaduhan atau pertelingkahan yang membebankan, bahkan semuanya adalah berjalan dengan baik.

Yang kita tahupun, do’a akhir dan awal tahun itu hanyalah rutin biasa saja. Tetapi Beta penuh yakin, bahawa rutin inilah satu kelebihan untuk kita, di mana impaknya adalah sangat hebat, mampu untuk menjadikan negara dan kehidupan sejahtera.

Betapa tidak, isi kedua-dua do’a tersebut, jika Allah memperkenankan-Nya, tidak diragukan lagi, semua kebaikan adalah milik kita. Di dalam do’a akhir tahun kita meminta supaya Allah mengampunkan segala dosa dan menerima taubat kita, sementara dalam do’a awal tahun pula kita memohon agar Allah melindungi kita daripada kejahatan syaitan, pembantu-pembantu dan askar-askarnya serta meminta supaya jangan dipesongkan oleh nafsu yang jahat. Andainya do’a-do’a ini diterima oleh Allah, maka tidakkah ini satu jaminan untuk kita meraih segala kebaikan berupa keselamatan, kebahagiaan, kemakmuran dan lain-lain?

Beta penuh percaya, do’a kita ini telah dimakbulkan oleh Allah. Lalu kerana itu, berlakulah apa yang patut berlaku: Negara jadi aman, rakyat dan penduduk hidup bahagia dibawah pengurusan  dan pemerintahan yang adil saksama, kerana, syaitan dan konco-konconya telah tewas, tidak dapat mencampuri segala urustadbir kehidupan di negara ini. Allahu akbar, Maha Besar Allah yang mengurniakan semua ini.

Tidak syak lagi, do’a adalah survival kita, survival negara. Makanya tradisi mengisi tahun baru hijrah dengan do’a ini adalah wajar diteruskan dan malah dikekalkan.

Akhirnya, mengambil kesempatan di sini, Beta dan keluarga Beta sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1437 kepada semua lapisan rakyat dan penduduk di mana saja mereka berada, dengan harapan semoga kita semua dapat berjumpa lagi di tahun hadapan. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Thursday, October 22, 2015

His Majesty announces Cabinet reshuffle


Quratul-Ain Bandial
BANDAR SERI BEGAWAN

HIS Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam today announced the reshuffle and new appointments within the Council of Cabinet Ministers.

His Majesty, in his Titah broadcasted live on Radio Televisyen Brunei (RTB) this afternoon, officially announced the new appointments as follows:

Cabinet appointments:

  • Prime Minister, Minister of Defence, Minister of Finance, Minister of Foreign Affairs and Trade - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
  • Senior Minister at the Prime Minister’s Office - His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince
  • Minister of Home Affairs - Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Hj Awg Abu Bakar Hj Apong
  • Minister of Education - Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Hj Suyoi Hj Osman
  • Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Finance II – Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Hj Abd Rahman Hj Ibrahim
  • Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Foreign Affairs and Trade II – Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng
  • Minister of Energy and Industry at the Prime Minister’s Office – Pehin Datu Singamanteri Colonel (Rtd) Dato Seri Setia (Dr) Hj Mohammad Yasmin Hj Umar
  • Minister of Religious Affairs - Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin Pengarah Dato Paduka Hj Awg Othman
  • Minister of Development - Dato Paduka Hj Bahrin Abdullah
  • Minister of Primary Resources and Tourism - Dato Paduka Hj Ali Hj Apong
  • Minister of Communications - Dato Paduka Hj Mustappa Hj Sirat
  • Minister of Culture, Youth and Sports - Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Hj Halbi Hj Mohd Yussof
  • Minister of Health - Dato Paduka Dr Hj Zulkarnain Hj Hanafi

Appointment of Deputy Ministers:

  • Deputy Minister at the Prime Minister’s Office - Dato Paduka Hj Hamdan Hj Abu Bakar
  • Deputy Minister at the Prime Minister’s Office - Dato Paduka Hj Mohd Roselan Hj Mohd Daud
  • Deputy Minister of Defence – First Admiral Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz Hj Mohd Tamit
  • Deputy Minister of Finance - Dato Paduka Hj Hisham Hj Mohd Hanifah
  • Deputy Minister of Finance - Dr Hj Mohd Amin Liew Abdullah
  • Deputy Minister of Foreign Affairs and Trade – Dato Paduka Hj Erywan Pehin Dato Pekerma Jaya Hj Mohd Yusof
  • Deputy Minister of Education – Pg Dato Paduka Hj Bahrom Pg Hj Bahar
  • Deputy Minister of Religious Affairs – Dato Paduka Hj Abd Mokti Hj Daud
  • Deputy Minister of Development – Dato Paduka Hj Suhaimi Hj Gapar

The new appointments are effective from Thursday, October 22, 2015, for a period of five years.


Sumber - The Brunei Times


HM announces Cabinet reshuffle

HIS Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, yesterday announced a reshuffle and several new appointments to the Council of Cabinet Ministers.

In a televised address to the people of Brunei Darussalam, His Majesty announced that he will retain the posts of Prime Minister, Minister of Defence and Minister of Finance, and take on the post of Minister of Foreign Affairs and Trade, a position previously held by His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah.

The Crown Prince, His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, will retain his position as Senior Minister at the Prime Minister’s Office.

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Hj Awg Abu Bakar Hj Apong has been appointed as the new Minister of Home Affairs, after previously holding the post of Education Minister for the past five years.

Former Development Minister Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Hj Suyoi Hj Osman will now take on the post of Minister of Education.

Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Hj Abd Rahman Hj Ibrahim retains his position as Minister of Finance II, and has also been appointed a Minister at the Prime Minister’s Office.

Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng remains the Minister of Foreign Affairs and Trade II, and takes on the position of Minister at the Prime Minister’s Office.

Pehin Datu Singamanteri Colonel (Rtd) Dato Seri Setia (Dr) Hj Mohammad Yasmin Hj Umar was named the Minister of Energy and Industry at the Prime Minister’s Office.

Former Home Affairs Minister Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Badaruddin Pengarah Dato Paduka Hj Awg Othman has been moved to the position of Minister of Religious Affairs.

Former Deputy Minister of Finance Dato Paduka Hj Bahrin Abdullah was promoted to Minister of Development.

Dato Paduka Hj Ali Hj Apong was named Minister of Primary Resources and Tourism, after holding the position of Deputy Minister at the Prime Minister’s Office for the past five years.

The new Minister of Communications is Dato Paduka Hj Mustappa Hj Sirat, the former Deputy Defence Minister.

Former Deputy Home Affairs Minister Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd) Dato Paduka Seri Hj Awg Halbi Hj Mohd Yusof, has been appointed the Minister of Culture, Youth and Sports.

Dato Paduka Dr Hj Zulkarnain Hj Hanafi, vice-chancellor of Universiti Brunei Darussalam and former permanent secretary at the Education Ministry, is now the new Minister of Health.

His Majesty also announced the appointment of several deputy ministers.

Dato Paduka Hj Hamdan Hj Abu Bakar was promoted from permanent secretary (security and enforcement) at the Prime Minister’s Office to Deputy Minister at the same ministry.

Dato Paduka Hj Mohd Roselan Hj Mohd Daud has also been promoted to a Deputy Minister at the Prime Minister’s Office, after heading the PENGGERAK Unit as permanent secretary since 2014.

The Deputy Commander of the Royal Brunei Armed Forces, First Admiral Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz Hj Mohd Tamit, will now assume the position of Deputy Minister of Defence.

Dato Paduka Dr Hj Mohd Amin Liew Abdullah, the chairman of DST and Jerudong Park Medical Centre, will take on the post of Deputy Minister of Finance.

Dato Paduka Hj Hisham Hj Mohd Hanifah has also been appointed as a Deputy Minister of Finance, previously holding the position of permanent secretary (policy and investment) at the same ministry.

The new Deputy Minister of Foreign Affairs and Trade is Dato Paduka Hj Erywan Pehin Dato Pekerma Jaya Hj Mohd Yusof, who was previously permanent secretary at the same ministry.

Pg Dato Paduka Hj Bahrom Pg Hj Bahar, has been moved from his post as Deputy Minister of Religious Affairs, to become Deputy Minister of Education.

Brunei’s former ambassador to Saudi Arabia, Dato Paduka Hj Abd Mokti Hj Daud, will now assume the post of Deputy Minister of Religious Affairs

Meanwhile, Dato Paduka Hj Suhaimi Hj Gapar Deputy has been promoted from permanent secretary at the Ministry of Development, to Deputy Minister at the same ministry.

The appointments are effective as of yesterday, and officials will serve in their post for a period of five years.

Several cabinet ministers have not been reappointed – former Minister of Industry and Primary Resources Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Hj Yahya Begawan Mudim Dato Paduka Hj Bakar; former Minister of Communications Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Hj Abdullah Begawan Mudim Dato Paduka Hj Bakar; former Minister of Health Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Hj Adanan Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Hj Mohd Yusof; former Minister of Religious Affairs Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Pg Hj Abdul Rahman; and former Minister of Culture, Youth and Sports Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Hj Hazair Hj Abdullah.

His Majesty thanked them for their service and contribution to the nation.


Sumber - The Brunei Times

Thursday, October 8, 2015

Brunei GDP seen to contract 1.2% this year: IMF


Fitri Shahminan
BANDAR SERI BEGAWAN

THE International Monetary Fund (IMF) forecasts Brunei economy to contract by 1.2 per cent this year.

This is lower than the 0.5 per cent contraction that the IMF projected in its April report.

The IMF, in its latest World Economic Outlook issued Tuesday, expects the sultanate’s consumer price index to remain unchanged.

But the IMF said Brunei’s economy will improve in 2016, with GDP expanding by 3.2 per cent, up from the 2.8 per cent projected in April.

The Washington-based institution didn’t provide details for the sultanate’s growth outlook.

Economies of ASEAN members were also a “bit weaker” than expected, reflecting lower exports and a slowdown domestic demand, the IMF said.

The IMF forecasts the ASEAN 5 economies, made up of the region’s five biggest economies, to expand 4.6 per cent, down from the April projection of 5.2 per cent.

The ASEAN 5 economies, which is comprised of Indonesia, Thailand, Malaysia, Philippines and Vietnam, posted the same growth rate of 4.6 per cent in 2014.

The IMF said Malaysian and Indonesian economies are expected to slow this year, as they are affected by “weaker terms of trade.”

Growth in Thailand, on the other hand, is projected to pick up by 2.5 per cent due to reduced policy uncertainty.

Economic growth in the Philippines is stable at six per cent while Vietnam’s GDP is expected to expand 6.5 per cent as the country benefits from the weakening oil price windfall.

The IMF said growth in commodity exporters will be “negatively affected”, and their vulnerabilities will increase further in light of lower revenue and foreign exchange earnings.

Brunei is an exporter of oil and gas, which accounts for 90 per cent of the country’s earnings.



Wednesday, October 7, 2015

TPPA: Kembali dijajah selepas 58 tahun merdeka


MOHD AZMI ABDUL HAMID

SETELAH banyak tenaga dicurahkan, puluhan tahun anak bangsa berjuang, banyak jiwa disumbat dalam penjara, ramai yang terkorban , bersusah payah perundingan antara kaum berjaya disepakati, hak umiputera dipertahankan, kedudukan Islam dipahat dalam perlembagaan. Bumi ini akhirnya mencapai kemerdekaan 58 tahun yang lalu.

Kini, dengan hanya satu tandatangan, tanah air yang disemboyan dengan Negaraku ini, kembali dijajah, kali ini bukan melalui hujung senapang tetapi melalui perjanjian perdagangan yang dicatur oleh Amerika Syarikat (AS).

Satu perjanjian yang mengikat dan mengunci negara sehingga negara berekonomi jauh lebih kuat kini boleh menguasai negara yang kecil, yang mudah dieksploitasi oleh syarikat gergasi dari luar seperti dari AS, Kanada dan Australia. Ia dianggap sebuah perjanjian mega (mega treaty) yang terbesar di dunia.

Atas nama perjanjian dan perkongsian bergelar TPPA itu, hampir tidak ada bidang dalam urustadbir negara yang tidak terkesan; tender kerajaan, status syarikat milik kerajaan, kuasa menggubal dan menguatkuasakan undang-undang, bekalan ubatan dan kos kesihatan, kualiti alam sekitar, pengambilan tenaga kerja professional,  eksploitasi sumber bumi negara, kos sara hidup, perbankan, polisi kewangan, dasar pemeliharaan hak dan kedudukan bumiputera, status syariah dalam perundangan dan industri halal negara, kos pendidikan, kepentingan dan kedudukan usahawan tempatan, syarat dan peraturan pelaburan, kuasa legislatif dan kehakiman, kuasa agensi tempatan, peraturan tender dan pengambilan pekerja syarikat luar, regim percukaian, sosio-budaya dan pertahanan negara.

TPPA adalah alat penjajahan paling menyeluruh, lebih lengkap dan lebih menjamin kedudukan penjajah untuk merentas kuasa politik. Ia mengikat dan mengunci sifatnya sehingga sebarang peralihan kuasa politik kepada mana-mana parti politik sekalipun, tetap perlu mematuhi peraturan didalam TPPA yang telah dimeterai oleh kerajaan hari ini.

Anehnya, AS yang kini bukan sebenarnya sebuah ekonomi yang mapan dan boleh bertahan, malah sangat rapuh, namun AS menjadi penggerak untuk memeterai kesepakatan TPPA yang paling ghairah dan sangat bernafsu untuk memastikan 11 negara yang lain mengikut telunjuknya. Tujuannya jelas, dengan mengikat 40 % dari perdagangan dunia, disamping memeterai perjanjian perdagangan dengan negara-negara blok yang lain, AS akan dapat menjamin dasar luarnya untuk menguasai dunia.

Maknanya ekonomi AS akan dijamin oleh negara yang diperalatkan oleh nya melalui TPPA.

Padahal AS sebenarnya bermasalah dan boleh tumbang , namun boleh memaksa ekonomi negara yang kecil untuk mengadakan perjanjian perdagangan yang berat sebelah atas nama "free trade" (perdagangan bebas).

MAPIM sangat kecewa degan kerajaan Malaysia bila dengan jelas ia telah meneruskan penyertaan dalam TPPA walaupun cukup banyak hujah yang konkrit disuarakan oleh pelbagai Ngo dan parti politik serta ahli ekonomi, mengenai kesan buruk TPPA kepada kedaulatan negara. Kemerdekaan negara digadai dengan begitu mudah bila kesepakatan TPPA dimeterai dibumi kuasa imperialis dunia itu sendiri iaitu di Atlanta, AS.

Bantahan bukan sahaja disuarakan di Malaysia sahaja malah dari rakyat, Ngo, ahli politik dan pakar ekonomi dari pelbagai negara di New Zeland, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia dan Chile. Apakah suara mereka ini mahu diendahkan oleh kerajaan negara-negara tersebut?

Kami menganggap pemimpin negara telah menjual kemerdekaan dan kedaulatan negara tanpa disedari rakyat kerana perjanjian yang dirundingi dijalankan dalam keadaan penuh kerahsiaan. Jika benar TPPA untuk kepentingan rakyat, kenapa ia perlu dirundingi dengan berahsia? Kami hanya dapat merumus secara logik, jika ia dilakukan dengan terbuka, mereka menjangka pasti bantahan rakyat akan menjadi lebih kuat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI ), Datuk Sri Mustapa Mohammad mengeluarkan kenyataan bahawa perbahasan masih akan berjalan untuk mendapat kelulusan di Parlimen dan beliau juga menyebut bahawa maklumbalas dari pihak awam juga akan dikumpulkan sebelum teks perjanjian TPP itu ditandatangani. Ketua Setiausaha MITI pula menyatakan TPP akan berkuatkuasa penuh paling awal dua tahun lagi.

Namun ini bukan jaminan yang akan melegakan banyak pihak. Soal pokok ialah perjanjian itu telah dipersetujui sepenuhnya oleh kerajaan. Tidak mungkin persetujuan yang dimeterai itu boleh dipinda oleh Parlimen. Apa yang MITI perlu lakukan hanyalah untuk mendapat kelulusan Parlimen dan dengan itu ia segala dasar dan undang-undang akan diseleraskan (rectify) dengan perjanjian TPPA.

Sebanyak 29 bab dalam perjanjian itu telah dirundingkan seperincinya, setiap ayat, setiap klausa, setiap nokhta, setiap koma. Bab yang yang menyentuh soal perdagangan hanya 5, selebihnya ialah mengenai hal-hal yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

Kami berpendapat perbahasan di Parlimen ataupun dengan masyarakat sivil dan parti politik hanya suatu formaliti. Persetujuan dasar sudah dimeterai dan kerajaan yang menggangotai TPPA tidak mungkin akan mengisytiharkan keluar dari perjanjian kerana tidak bersetuju dengan teks yang sudah dihadamkan melalui proses rundingan selama lebih 4 tahun bermula Mac 2010. Ia bermula dengan TPSEP (Trans Pacific Strategic Economic Partnership) pada 2006 yang hanya melibatkan 4 negara (Singapore, Brunei, Chile dan New Zealand) dan berubah menjadi TPPA apabila 8 lagi negara menyertainya termasuk AS.

Kami dengan tegas menyatakan TPPA memudaratkan rakyat dan negara ini. Ia suatu  kesilapan paling besar dalam sejarah mempertahankan kemerdekaan negara.

Ia adalah konspirasi bisnes dan politik golongan elit dan syarikat konglomert dunia, yang mengatasnamakan perdagangan bebas untuk kepentingan rakyat, tetapi sebenarnya untuk mengeksploitasi seluruh kehidupan rakyat untuk meraih keuntungan semaksima mungkin, tetapi mendapat perlindungan undang-undang dari perjanjian TPPA untuk melakukan eksploitasi tersebut.

Malaysia malangnya keluar dari mulut British kini masuk dalam mulut Amerika Syarikat dan sekutunya , kembali sebagai bumi terjajah.


Sumber - Harakahdaily

Tuesday, October 6, 2015

Kenyataan Presiden NDP mengenai Pindaan Akta Rasuah


Kenyataan Media Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
Mengenai Pindaan Akta Rasuah (Pindaan 2015)


1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Perintah Akta Pencegahan Rasuah (Pindaan) 2015 yang berkuatkuasa pada 8 Zulhijjah 1436H bersamaan 22 September 2015M.

2. Tujuan utama pindaan ini adalah untuk menangani kebimbangan Kebawah DYMM melalui titah Baginda semasa lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Gadong pada 31 Mac 2015 berkenaan dengan ‘rasuah dalam bentuk penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi’.

3. NDP turut membangkitkan isu ini di dalam Ucapan Dasar Presiden NDP semasa Kongres Agung Tahunan pada 31 Ogos 2015 baru-baru ini, sebagai tanda sokongan ke atas titah Baginda itu.

4. Pindaan ini membenarkan bagi tindakan undang-undang diambil terhadap pegawai-pegawai atau kakitangan kerajaan yang tidak menjalankan fungsi mereka pada aras taraf etika yang tinggi, dan jika kegagalan mereka disabitkan sebagai salah laku dalam perkhidmatan awam.

5. NDP menyambut baik keprihatinan dan kerjasama kedua pihak, Biro Mencegah Rasuah dan Pejabat Peguam Negara dalam usaha mengatasi unsur rasuah dalam perkhidmatan awam. Tindakan proaktif pihak berkenaan yang pantas, tegas, tepat dan menyeluruh, serta menepati aspirasi rakyat itu harus diberi pujian dan dicontohi agensi-agensi lain.

6. Dengan setulusnya NDP mengalungkan ucapan tahniah kepada Biro Pencegah Rasuah dan Pejabat Peguam Negara di atas usaha tersebut.

7. Tempoh hampir enam bulan yang diambil untuk menggubal dan meminda akta rasuah yang berkenaan adalah suatu tempoh yang wajar. Dalam hubungan ini, NDP mencadangkan supaya mana-mana agensi yang dalam proses melaksanakan sesuatu langkah, lebih-lebih lagi yang menyangkut isu yang dititahkan oleh Kebawah DYMM, supaya membuat pemakluman kepada awam dari masa ke semasa.

8. Melalui pendekatan ini: (1) rakyat akan sentiasa memperolehi maklumat terkini mengenai tindakan susulan yang sedang diambil; (2) rakyat benar-benar merasakan bahawa apa jua yang dititahkan oleh Kebawah DYMM atau yang diharapkan oleh mereka mendapat perhatian pihak berkenaan; (3) agensi yang bertanggungjawab akan lebih prihatin dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya demi kepentingan rakyat; dan (4) rakyat sentiasa mendapat maklumat yang sahih dari kerajaan dan dengan ini mereka terhindar dari bergantung kepada berita yang tidak tepat yang boleh menjejaskan imej dan kewibawaaan pihak berkuasa.

9. Rakyat yang bermaklumat dengan sendirinya akan merangsang percambahan pemikiran dan pandangan yang kritis. Dan ini boleh menjadi sumber alternatif kepada pihak berkenaan dalam penggubalan sesuatu dasar dan peraturan. Stakeholders yang demikian akan menjamin keberkesanan sebarang perlaksanaan dasar dan peraturan justeru akses kepada maklumat dan kebebasan rakyat untuk bersuara hendaklah dijamin sebaiknya.

10. NDP amat teruja dan menjunjung kasih di atas titah perintah Kebawah DYMM tersebut kerana, pewartaan dan penguatkuasaan undang-undang ini adalah memenuhi sebahagian daripada saranan di dalam Manifesto NDP 2006-2016 sejak sembilan tahun lalu. Antara mekanisme untuk membendung gejala rasuah yang dicadangkan NDP di dalam Manifesto tersebut, ialah supaya pihak berkenaan:

- menstruktur semula badan hisbah dan pemantauan yang bertanggungjawab terus Kehadapan Majlis Kebawah DYMM sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan dan Perdana Menteri, supaya lebih efisien dan efektif, sebagai kaedah membantu Kerajaan Baginda di dalam amalan urus tadbir yang baik dan telus, membendung gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa;

- mempertingkatkan dan memperkembangkan pengurusan pembangunan ekonomi negara untuk memastikan tiada berleluasanya amalan negatif seperti penipuan, monopoli, rasuah, kronisme dan nepotisme kerana amalan-amalan ini jika tidak dibendung secara berkesan, boleh menghancurkan negara justeru amalan-amalan tersebut bertentangan sama sekali dengan kehendak Syariat Islam;

- mewujudkan suasana yang kondusif kepada pelabur seperti undang-undang dan peraturan yang menarik pelabur, jaminan keselamatan modal, peluang perniagaan yang terbuka, pendemokrasian dalam ekonomi, dasar cukai yang menarik, bebas rasuah, anti-monopoli dan kronisme sifar;

11. Selain itu, NDP juga telah mencadangkan beberapa langkah kehadapan berkaitan dengan isu perundangan, integriti dan tahap penyampaian di sektor awam dan GLC di dalam Manifesto NDP 2006-2016 tersebut. Antara lain NDP mencadangkan supaya pihak kerajaan:

- menubuhkan Jawatankuasa Tetap (Kehakiman dan Undang-undang) di dalam Majlis Mesyuarat Negara yang bertindak memantau sistem kehakiman dan keadilan di Negara Brunei Darussalam, serta memantau penerapan kesaksamaan di dalam keadilan dan kesaksamaan di bawah undang-undang, dan pengukuhan serta pelaksanaan peraturan undang-undang (rule of law) dengan penuh ketelusan yang berteraskan sistem keadilan Islam.

- memastikan yang Perkhidmatan Awam bertindak sebagai sebuah institusi yang dianggotai oleh para pegawai dan kakitangan Kerajaan Kebawah DYMM yang berkecuali, bersih, cekap, amanah, memiliki integriti dan hemah yang tinggi, mengutamakan meritokrasi dan tidak melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam dan undang-undang negara;

- mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan awam melalui inovasi dan latihan bagi mewujudkan sistem penyampaian (delivery system) yang benar-benar cekap demi pembangunan;

- menubuhkan Tribunal Perkhidmatan Awam yang mempunyai kuasa melampaui mana-mana kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang sedia ada bagi mengadili kes-kes pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh kakitangan Perkhidmatan Awam seperti membelakangkan tugas-tugas awam, tidak bertanggungjawab, cuai, mencemarkan nama baik Perkhidmatan Awam, tidak jujur, kurang cekap, ingkar perintah dan seumpamannya. Hukuman yang sewajarnya hendaklah dikenakan terhadap mereka yang didapati sabit melakukan kesalahan, mengikut Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa. Sementara itu bagi kes-kes yang menyebabkan kerugian dalam bentuk kewangan (monetary loss) kepada pengadu awam, maka Tribunal ini bolehlah menentukan kuantum ganti rugi yang munasabah yang perlu dibayar oleh Kerajaan Kebawah DYMM dan atau pihak yang sabit menyebabkan kerugian kepada mana-mana pihak yang sabit aduan kerugiannya dalam kes-kes yang diputuskan oleh Tribunal tersebut;

12. Adalah menjadi harapan NDP supaya akta yang dipinda ini menepati tuntutan Islam secara umumnya dan selari dengan Kanun Jenayah Syariah secara khususnya. Kita berharap agar usaha ini menjadi instrument terpenting dalam usaha untuk membendung jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Bersama kita menjunjung titah menuju Brunei Korupsi Sifar.

13. Rakyat seluruhnya hendaklah diberi kesedaran bahawa, segala bentuk rasuah adalah ditegah dengan jelas oleh Islam, antaranya menerusi dalil-dalil berikut:

- Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Baqarah: 188)

- Rasulullah saw telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah. (Hadith riwayat Imam at-Tirmizi)

14. Disebabkan oleh persepsi dan tanggapan yang salah, amalan rasuah mungkin sahaja dianggap sebagai sesuatu perkara yang biasa dan tidak menghairankan. Malah, sebahagian menerimanya sebagai ‘just a cost of doing business.’ Pendapat sedemikian selain bertentangan dengan syariat, juga amat merbahaya kepada kerajaan dan negara secara amnya.

15. Walau bagaimanapun dalam konteks yang lain, terdapat pandangan bahawa masalah rasuah juga ada korelasinya dengan isu ketidakcukupan pendapatan dan gaji. Dalam usaha membanteras gejala rasuah, kerajaan hendaklah juga mengambil kira isu ketidakseimbangan pendapatan berbanding kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu NDP merayu agar pihak berkenaan mengambil perhatian terhadap masalah ketidakseimbangan ini.

16. Sebagai langkah awal pencegahan, pihak berkuasa dipohon agar memastikan mereka yang terlibat dalam bahagian penguatkuasaan, terutamanya yang berpendapatan rendah, mendapat gaji dan imbuhan yang berpatutan.

17. Dalam masa yang sama NDP berpandangan agar penjawat di sektor awam di setiap peringkat hendaklah secara berterusan diberikan kursus kesedaran yang memberi penekanan sewajarnya terhadap soal integriti, amanah, tanggungjawab, kecekapan dan prestasi, di samping konsep halal-haram.

18. Untuk membentuk persepsi masyarakat bahawa rasuah itu sebagai jenayah besar, maka ianya perlu ditangani bukan sahaja dengan sistem perundangan, tetapi secara lebih komprehensif, menerusi tarbiyyah dan pendidikan sejak peringkat sekolah lagi.

19. Seperti yang dihasratkan oleh Kebawah DYMM melalui objektif pindaan tersebut, NDP turut menggesa setiap agensi kerajaan supaya benar-benar berpegang kepada taraf etika yang tinggi. Bagi NDP, taraf etika yang tinggi ini seharusnya juga merangkumi elemen prestasi dan kecekapan sistem penyampaian dan bukan hanya terhad kepada persoalan rasuah sahaja. Ini amat relevan kerana didapati sebahagian besar agensi menunjukkan prestasi dan tahap penyampaian yang rendah. Akibat daripada kelemahan tersebut, rakyat ternafi hak mereka untuk mendapat faedah kemakmuran negara yang sepatutnya mereka nikmati.

20. Dengan segala rendah hati, dalam konteks yang lebih jauh, NDP melihat isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang diketengahkan oleh Kebawah DYMM ini serta isu-isu besar yang lainnya adalah saling berkait dengan survivabiliti Negara Bangsa. Ke arah penyelesaiannya, NDP berpandangan, rakyat selaku stakeholder terbesar di negara ini, perlu diberikan ruang seluas-luasnya untuk berpartisipasi di dalam proses pembuatan keputusan di peringkat negara dan perlaksanaannya. Justeru kerajaan sewajarnya memperkukuhkan integriti dan legitimasi Majlis Mesyuarat Negara dengan menaikkan tarafnya kepada sebuah institusi parlimen yang representatif dan diwakili oleh ahli-ahli yang dipilih oleh rakyat. Wallahu a’lam.


Mahmud Morshidi Othman
Presiden
Markas Pusat, Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
Limbaruh Hijau, Jerudong
Brunei Darussalam.
Tarikh: 6 Oktober 2015/23 Zulhijjah 1436