Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Monday, December 3, 2012
Penglibatan pelbagai sektor banteras HIV/AIDS dihargai
Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Disember. - Walaupun kadar jangkitan HIV adalah rendah di Negara Brunei Darussalam, namun dalam tahun ini, negara mencatat lapan kes berbanding sebelas kes pada tahun 2011.
Terdapat peningkatan di dalam kadar jangkitan di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks sesama lelaki (MSM) manakala golongan transgendered (TG) pula mencatatkan enam kes pada tahun ini, di mana dari lapan kes itu, dua daripadanya telah meninggal dunia.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menjelaskan perkara itu dalam perutusan sempena Hari AIDS Sedunia 2012 bertemakan 'Ke Arah Sifar, Sifar Jangkitan Terbaru, Sifar Diskriminasi dan Sifar Kematian Disebabkan AIDS'.
Menurut Yang Berhormat, kes-kes ini telah dikesan melalui langkah-langkah penyelidikan termasuk penyelidikan rutin bagi orang-orang yang menjalani ujian kesihatan, orang-orang yang mengidap tuberculosis (TB), ibu-ibu yang mengandung dan para pesakit yang menghidap penyakit-penyakit jangkitan seksual.
Kata yang Berhormat, hampir semua orang dijangkiti melalui amalan seksual yang tidak selamat manakala usia bukanlah penyekat bagi penyebaran jangkitan HIV di mana tahun ini saja orang-orang yang didapati mengidap HIV adalah terdiri dari golongan usia 20an dan ada juga di dalam lingkungan usia 59.
Walaupun kebanyakan kes yang dilaporkan pada tahun ini adalah terdiri dari lelaki kata Yang Berhormat, akan tetapi isu mengenai jantina dan perihal seksual tidak boleh diketepikan.
Jelas Yang Berhormat, jumlah yang dikeluarkan oleh Program Usahasama Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai HIV/AIDS (UNAIDS) bagi tahun 2011 ialah 34.2 juta orang yang hidup menghidap HIV di seluruh dunia.
Yang Berhormat menambah, perangkaan menunjukkan terdapat 2.5 juta orang yang baru dijangkiti virus tersebut di mana 330,000 jangkitan baru adalah terdiri dari kanak-kanak dan 1.7 juta telah meninggal dunia disebabkan AIDS pada tahun yang sama.
Asia Selatan dan Asia Tenggara jelas Yang Berhormat mempunyai 4.2 juta orang yang mengidap HIV di mana sekurang-kurangnya 300,000 orang yang baru dijangkiti dan terdapat 270,000 kematian disebabkan AIDS di tahun 2011.
Yang Berhormat juga menjelaskan, kajian terbaharu menunjukkan bahawa rawatan antiretroviral yang awal dan berkesan bagi orang-orang yang mengidap HIV bukan saja memanjangkan usia and mengekalkan kesihatan mereka tetapi juga berkesan di dalam mengurangkan kemungkinan penyebarannya kepada orang lain.
"Ini lebih menyerlahkan betapa pentingnya pengesanan awal dan rawatan bagi mengurangkan bukan saja kadar maut dan jangkitan disebabkan HIV tetapi juga di dalam menyekat penyebarannya," ujar Yang Berhormat.
Brunei Darussalam kata Yang Berhormat sangat beruntung kerana Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan-kemudahan pengesanan HIV secara percuma di semua pusat kesihatan dan klinik dan menyediakan rawatan percuma bagi rakyat dan penduduk tetap.
Akan tetapi, tambah Yang Berhormat seperti penyakit-penyakit menular yang lain, para pesakit itu sendiri mestilah memikul tanggungjawab terhadap kesihatan mereka agar rawatan memberikan kesan dan kemujaraban dengan memastikan mereka tidak tertinggal temujanji dan memakan ubat-ubat yang diarahkan oleh para doktor mereka.
"Negara Brunei Darussalam beruntung kerana terdapat kerjasama yang melibatkan pelbagai sektor di antara kerajaan dan badan-badan yang bukan kerajaan seperti Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAC) terutama sekali komponennya Kelab Penyinar dan juga Standard Chartered Bank (SCB). Kementerian Kesihatan menghargai usaha-usahasama dan komitmen oleh pertubuhan-pertubuhan umum di dalam membenteras HIV/AIDS di negara ini".
"Malah inilah tindakan yang dihargai dan adalah diharapkan agar usahasama dan komitmen yang lebih mendalam akan mengukuhkan dan menyebarluaskan lagi langkah-langkah pembanterasan di samping meningkatkan kesedaran masyarakat umum," jelas Yang Berhormat.
Yang Berhormat berkata, lebih banyak lagi usaha diperlukan untuk menembusi masyarakat umum, terutama sekali di dalam pendidikan kesihatan di samping menyediakan pengesanan awal dan rawatan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan dari merebak.
Program-program pencegahan HIV ujar Yang Berhormat mestilah diarah bagi meningkatkan kesedaran HIV/AIDS termasuk golongan belia, iaitu golongan yang paling terdedah pada jangkitan HIV di seluruh dunia dan juga di Negara Brunei Darussalam.
Di samping usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan, terang Yang Berhormat para ibu bapa juga memainkan peranan penting dan aktif di dalam memastikan agar anak-anak mereka mematuhi nilai-nilai Islam dan budaya yang menegah hubungan seksual sebelum pernikahan dan seks di luar nikah malahan mendapatkan rawatan antenatal bagi para ibu yang sedang mengandung bagi memastikan bahawa tiada terjadi jangkitan HIV melalui ibu ke anak.
Hari AIDS Sedunia yang diraikan pada setiap 1 Disember, turut memberikan kepada komuniti global untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan berpatutan bagi membangkitkan kesedaran mengenai HIV dan AIDS dan mempamerkan semangat kebersamaan di dalam menghadapi wabak yang berterusan ini.
Inilah salah satu peluang bagi rakan-rakan di sektor awam dan swasta untuk menyebarkan kesedaran mengenai wabak tersebut dan menggalakkan penghindaran, rawatan, penjagaan dan sokongan terhadap HIV/AIDS di seluruh dunia.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment