Timbalan Presiden Haji Juned Hj Ramli beserta rombongan ketika menziarahi keluarga mangsa kebakaran |
BANGAR, 18 JULAI 2013 : Memeduli mereka yang memerlukan
bantuan amat digalakkan tanpa mengira batas agama , puak dan tempat, lebih
lebih lagi dalam Bulan Ramadhan ini seperti mereka yang menerima musibbah
kebakaran di Rumah Panjang Kampong Sumbiling Baru Temburong baru baru ini.
Atas kesedaran itu satu rombongan NDP yang diketuai oleh TYT
Timbalan Presiden Haji Juned Haji Ramli telah menyusuli menyantuni mangsa
mangsa kebakaran berkenaan, sebagai susulan rombongan menyantuni yang diketuai
oleh TYT Presiden Mahmud Morshidi Othman pada 6 Julai 2013 yang lalu. Turut
bersama rombongan berkenaan ialah beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi yang
lain.
Ketibaan rombongan Timbalan Presiden disambut oleh dua orang
ahli Majlis Tertinggi Daerah Temburong, Saudara Haji Tajuddin bin Umar dan
Saudara Haji Daud bin Abdullah. Rombongan tersebut seterusnya dibawa ke tempat
penempatan sementara mangsa mangsa kebakaran di Flat Pekan Bangar. Turut
mengalu alukan kehadiran Timbalan Presiden ialah Saudara Ambon anak Tarang dan
ahli ahli NDP serta beberapa orang mangsa kebakaran berkenaan.
Semasa berada disitu Saudara Haji Juned Haji Ramli , turut
menyerahkan derma berupa barangan makanan kepada 16 keluarga mangsa kebakaran
yang tinggal di flat berkenaan. Pada kesempatan itu beliau juga sempat beramah
mesra dan menasihatkan mereka supaya bersabar atas kejadian tersebut dan
seterusnya bersabar menanti apa jua tindakan yang akan dilakukan oleh pihak
berkenaan.
NDP tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak
kerajaan khususnya Kementerian
Kebudayaan , Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang telah
memberikan bantuan dan sumbangan terutama menempatkan mangsa mangsa kebakaran
di penempatan yang mereka diami sekarang, yang menjadi pendorong kepada ahli
ahli NDP dan orang ramai khususnya untuk terus komited membantu Kebawah DYMM
dalam kerja kerja kebajikan dan melaksanakan tanggung jawab sosial mereka.
Sebagai tindak balas mereka atas kahadiran rombongan NDP
itu, mangsa mangsa kebakaran telah menyuarakan harapan mereka supaya pihak
pihak yang berkenaan akan dapat mempercepatkan pembinaan rumah panjang mereka
yang telah musnah itu; manakala keluarga keluarga mereka yang ada membuat
permohonan perumahan di Rancangan Perumahan Negara sejak tahun 1994 lagi juga
merayu supaya permohonan mereka akan dapat dipercepatkan.
Timbalan Presiden ketika ditemui turut menyentuh mengenai
pembinaan rumah panjang yang akan didirikan itu dengan berkata, "Saya
ingin mengulangi pandangan NDP sebagaimana yang telah disuarakan oleh TYT
Presiden Saudara Mahmud Morshidi Othman , supaya reka bentuk pembinaan rumah
panjang turut mengambil kira kehadiran beberapa keluarga penghuni disitu yang
telah memeluk Islam yang setentunya memerlukan ruang untuk mereka beribadat
serta mengambil kira keselesaan penghuni rumah panjang berkenaan seperti
mengulang kaji pelajaran misalnya."
Saudara Haji Juned menambah," Oleh kerana rumah panjang
selalu menerima kunjungan luar seperti pelancong maka adalah munasabah ruang ruang yang bersesuaian untuk
istirehat atau majlis majlis tertentu turut disediakan,"ujar beliau.
No comments:
Post a Comment