Posting mengikut label

Sunday, July 7, 2013

MANGSA MANGSA KEBAKARAN RUMAH PANJANG DISANTUNI KEPIMPINAN NDP


Presiden NDP, Saudara Mahmud Morshidi Othman (berbaju hijau kuning) bersama rombongan menyaksikan tempat kejadian kebakaran yang merenapkan keseluruhan Rumah Panjang Kampung Sumbiling, Mukim Amo, Temburong
KG. SUMBILING BARU TEMBURONG, 6 JULAI 2013:  Rombongan Parti Pembangunan Bnagsa (NDP) yang diketuai oleh TYT Presiden , Saudara Mahmud Morshidi Othman hari ini telah menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Rumah Panjang Kampong Sumbiling Baru , Mukim Amo , Temburong.

Rumah Panjang tersebut telah hangus keseluruhannya pada awal pagi kelamrin yang melibatkan 16 buah keluarga. 5 orang penghuni rumah panjnag berkenaan merupakan ahli NDP Daerah Temburong.


Saudara Haji Muhammad Daud bin Abdullah,  Ahli Majlis Tertinggi NDP Daerah Temburong antara yang terawal menyantuni mangsa-mangsa musibah  di tempat kejadian.

Pihak berkenaan telah bertindak segera memindahkan mangsa mangsa kebakaran ke penempatan sementara di Rumah Panjang Kampong Sibut.

Pada kunjungan rombongan petang tadi, rombongan Presiden yang disertai oleh Timbalan Presiden Saudara Haji Juned Haji Ramli, Setiausaha Badan Perhubungan Daerah Temburong yang juga Ahli Majlis Tertinggi Hj Tajuddin bin Omar dan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi yang lainnya.


Saudara Ambon anak Tarang seroang ahli NDP yang terlibat didalam musibah tersebut telah melahirkan harapan agar pihak berkenaan dapat pada kadar segera membantu membina semula rumah panjang mereka.

Sehubungan itu, Presiden NDP berharap pembinaan semula rumah panjang tersebut hendaklah mengambil kira keselesaan penghuninya yang rata rata berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga besar.

Menurut Saudara Morshidi, "Oleh kerana beberapa kelamin terdiri daripada saudara baru dan ramai diantara anak anak mereka kini telah memeluk agama islam, adalah dicadangkan supaya pihak berkenaan dapat menyediakan sebuah surau kecil , perpustakaan untuk anak anak dan tandas awam untuk memenuhi keperluan penghuni penghuni dan  pelancong".


Presiden NDP juga melahirkan rasa tersentuh di atas keperihatinan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan yang telah memberikan komitment untuk membantu mangsa mangsa kebakaran terutama sekali dari segi pembinaan semula rumah kediaman dan urusan dokumentasi mereka.


Sebelum meninggalkan tempat kejadian Presiden telah menasihatkan kepada mangsa mangsa yang terlibat khusnya  ahli ahli NDP supaya bersabar dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak pihak berkenaan di dalam usaha untuk membantu mereka mebina kehidupan yang baru.


 

No comments: