Posting mengikut label

Tuesday, July 16, 2013

Rombongan NDP diantara ribuan rakyat yang hadir solat Zohor berjamaah di Jame Asr


JAME ASR, BANDAR SERI BEGAWAN , 15 JULAI 2013 : Presiden dan seluruh warga NDP menyembahkan ucapan Selamat Manyambut Ulang tahun Puja Usia Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddien Waddaulah Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam

Sambutan Ulang Tahun Puja Usia KDYMM ke 67 pada hari ini 15 Julai 2013 jatuh pada 06 Ramadhan 1434.  Tradisi Sambutan keagamaan yang sebelum ini diadakan sewaktu Solat Maghrib, pada hari ini diadakan pada waktu zohor.


Selesai Solat Zohor diadakan solat hajat diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Pehin Pehin Menteri Agama.

Seluruh warga NDP mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejehteraan yang berterusan kepada KDYMM, kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.





Rombongan kepimpinan NDP yang hadir dalam majlis tersebut disertai oleh Presiden, Sudara Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden Saudra Haji Juned Haji Ramli, Naib Presiden Brunei Muara Suadara Haji Mohidin Dato Paduka Pengarah Haji Othman , dan Naib Presiden Daerah Belait Saudra Pengiran Haji Zainal pengiran Talib. Turut sama ialah Pengerusi Tetap Saudara Haji Abdul Rahman Mohd Yusof dan beberapa orang ahli NDP yang lain.

Sementera itu NDP juga telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran di Markas Pusat NDP , Limbaruh Hijau Jerudong. Majlis tadarus sempena Puja Usia KDYMM  dan doa kesyukuran adalah tradisi NDP yang telah diamalkan sejak penubuhannya 8 tahun yang lalu.

Sambutan di Limbaruh Hijau diteruskan dengan majlis berbuka puasa , solat maghrib dan Isya berjemaah dan seterusnya solat tarawikh. 







No comments: