Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Tuesday, October 28, 2014
KDYMM: Berani, setia, rela berkorban
Oleh Abdul Rahim Haji Ismail
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan umat Islam supaya menerapkan sikap keberanian, kesetiaan dan semangat rela berkorban yang menjadi paksi dalam peristiwa hijrah junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Ini kerana tanpa sikap berkenaan peristiwa hijrah yang agung itu pasti tidak akan menjadi sejarah. Dalam titah perutusan sempena sambutan Awal Tahun Hijrah 1436, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menegaskan jika umat Islam benar-benar menghayati sejarah tersebut maka mereka tidak perlu lagi ke mana-mana untuk mendapatkan pengajaran dan teladan.
Titah Baginda, hijrah itu hanya dilakukan oleh Nabi SAW dan Sayidina Abu Bakar sedang musuh berkeliaran mencari untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, namun dengan keberanian dan keimanan yang rela berkorban maka Allah SWT telah melepaskan mereka daripada bahaya musuh.
“Konsep ini sangat mustahak dicontohi oleh umat Islam hari ini berdasarkan banyak sebab yang menguji ketegasan kita dalam kehidupan beragama kerana jika kita tidak memiliki pendirian yang hebat sebagaimana pendirian tokoh-tokoh dalam sejarah hijrah, maka dikhuatiri umat Islam akan menjadi umat yang lemah dan terpinggir,” titah Baginda Sultan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, Allah telah mengiktiraf umat manusia sebagai sebaik-baik umat disebabkan sikap kita yang sentiasa mengajak dan menyuruh orang lain berbuat baik serta melarang daripada melakukan perkara buruk.
Jika kita berkeadaan lemah dan sentiasa takut untuk menonjolkan kebaikan-kebaikan Islam dan ajarannya yang suci, maka itu bermakna kita meletakkan diri kita bukan sebagai sebaik-baik umat itu. Baginda Sultan bertitah menyentuh tema sambutan Awal Hijrah pada tahun ini iaitu Bersatu Mendukung Undang-undang Allah, yang merupakan satu ungkapan yang cukup bertenaga dan luhur serta perlu disambut dengan sikap berani dan jujur.
Ini kerana yang dimaksudkan dengan berani itu ialah berani kerana Allah SWT, bukan berani untuk perkara lain kerana setiap perkara yang disandarkan semata-mata kepada Allah maka perkara itu amat suci di sisi-Nya.
“Apa yang penting untuk kita ingat ialah, sebarang niat janganlah kerana yang lain-lain, tetapi bulatkan ia untuk menolong dan memelihara agama-Nya semata-mata dan nanti kita akan dapati Allah pasti akan menolong kita pula kerana ini adalah janjiNya dan sesungguhnya janji Allah itu amatlah tepat dan tidak pernah dimungkiri,” titah Baginda Sultan.
Ketika menyentuh mengenai sambutan Awal Hijrah 1436 ini, Baginda Sultan bertitah menyuarakan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat menyambut kedatangan tahun baru itu dalam keadaan penuh selesa lagi harmoni.
Baginda Sultan bertitah menegaskan amalan menyambut dan mengalu-alukan kedatangan Awal tahun Hijrah merupakan tradisi yang diamalkan di negara ini sebagai mengenang semula sejarah hijrah Rasulullah SAW.
Peristiwa hijrah adalah peristiwa penuh berkat yang bukan dirancang untuk melarikan diri tetapi ia berlaku dengan perintah dan izin Allah jua untuk menyelamatkan akidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Sumber - Media Permata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment