Kegigihan dan ketabahan peniaga-peniaga Melayu
di situ tidak dapat kita nafikan dan
sangkal, apabila meninjau dan melihat sendiri peniaga-peniaga di gerai Tamu Kianggeh
itu dengan barang-barang jualan yang tidak seberapa.
Beraneka jenis barang jualan di situ yang
terdiri daripada kueh mueh tradisi seperti kueh sepit, makanan cincin, kueh
jala , kueh rangin, kueh buah hulu. Hasil-hasil pertanian berbagai jenis sayur
seperti sayur lemiding, pakis, rebung. buha-buahan binjai, mempelam, jambu dan
lainnya. Begitu sebahagiannya berjual ikan-ikan yang mereka tangkap sendiri
seperti kembura, kitang, belais,udang.
Pendek kata pelbagai barang keperluan harian
hasil-hasil tempatan ada dijual di situ, tidak terkecuali hasil kraftangan
seperti parang, candung, tudong dulang (tudong saji) candas gegawi. Kerana
kepelbagaian barang itulah tamu berkenaan menjadi tarikan pembeli tidak
terkecuali para pelancung mengambil kesempatan untuk melihat dan membeli
barang-barnag yang boleh dijadikan buah tangan.
Apabila ditanya mengenai hasil jualan, mereka
mengatakan hanya sekadar cukup untuk modal bahan-bahan, belanja minyak motor
sangkut dan sedikit lebihan untuk modal pusingan dan . Walaupun pendapatan
hanya sedikit dan terpaksa mengharungi Sungai Temburong untuk berniaga ke tamu
itu namun mereka tetap sabar dan
bersyukor dengan rezeki yang sedikit itu dapat juga menampung perbelanjaan
seharian mereka.
Kesabaran mereka menunggu pelanggan dan
kegigihan serta ketabahan mencari rezeki itu selayaknya kita hargai, mereka
sanggup berjemur ketika panas , berbasah ketika hujan demi mendapatkan rezeki
daripada usaha dan titik peluh mereka tanpa mengadu atau meminta-minta daripada
sesiapa.
Di sudut lain rombongan Kembara Merdeka berkesempatan meninjau dan membeli sedikit barang iaitu asam aur-aur. Peniaga tersebut hanya menjual dua jenis barang sahaja selain buah kundur, namun demi untuk mendapat sedikit rezeki beliau tetap bersabar dan menanti pembeli.
Manakala gambar di atas seorang nenek bersama
cucunya hanya menjual tiga piring sayur batang pisaang yang sudah dipotong,
sepiring lada , tiga piring kunyit, tiga botol lada kisar, seikat daun pisang
dan sepiring buah mangga muda. Tentu kita dapat mengira berapa pendapatan yang
diperolehinya waimapun barang tersebut habis dibeli.
Walaupun hanya dapat menjual sebelas piring
buah mempelam muda, peniaga ini tetap sabar menanti pelanggannya , jika ada
rezeki akan habislah jualannya itu; jika sebaliknya hanya itulah saja rezekinya
pada hari itu.
Mereka ini dikategorikan peniaga-peniaga
kecil-kecilan; dan jika lihat bolehlah digolongkan sebagai peniaga saradiri,
bukan untuk menjadi kaya mencari kekayaan tetapi sekadar dapat hidup dan
menyara diri sendiri dan keluarga. Sejauh mana mereka mempunyai dedikasi,
keazaman dan kesungguhan, kerana daripada pemerhatian , jualan mereka tidak
seberapa sekadar ada barang hendak dijual walaupun hanya dua tiga barang
sahaja, sayugia jua belum tentu semua barang jualan mereka habis dijual.
Dapatkah mereka menerima risiko ini walaupun itu merupakan asam garam berniaga
Melihat kepada kesungguhan, ketabahan dan usaha
mereka untuk mencari rezeki , kita sepatutnya dapat memberikan sesuatu
sumbangan atau bantuan bagi merengankan bebanan mereka seperti menyediakan Skim
Pembiayaan dan Bantuan Kewangan mengikut saiz perniagaan yang bertujuan
menyediakan modal kepada mereka pada kadar jumlah yang bersesuaian tanpa
bayaran; dengan pengawasan pihak yang berkenaan. Sekiranya mereka berjaya dan
mampu mengembangkan perniagaan maka jumlah pembiayaan bolehlah dipertimbangkan
untuk ditambah.
Peniaga ini hanya berniaga jeruk binjai. Sudah
cukup baginya untuk berniaga di situ walapupun terpaksa diberada di atas
jambatan tempat orang lalu lalang. Terbelakah nasib mereka ini jika kita hanya
memerhatikan sahaja tanpa berbuat sesuatu.
Jangan sampai ayam di kepuk mati kelaparan;
itik berenag mati kehausan dan anak-anak dibulan mati kelaparan. Mampu dan
sanggupkah kita menyaksikan limpahan rezeki di negara kita diabil oleh orang
luar sedang kita hanya jadi penonton di negara sendiri.
No comments:
Post a Comment