LIMBARUH HIJAU 27 JUN 2008 - FALSAFAH Melayu, Islam dan Beraja (MIB) mesti terus di tanai dan di pertahankan dalam kita berbangsa dan bernegara kerana jika ini tidak dilakukan, Brunei akan sama sahaja seperti negara sekular yang lain.
Dalam usaha menanai dan mempertahankan MIB ini ianya bukan hanya sekadar di wirid-wiridkan akan tetapi mestilah di terjemahkan dalam semua bentuk tingkah laku dan pemerintahan negara.
Lebih baik lagi ianya mestilah di institusikan melalui penubuhan sebuah badan yang berwibawa setara dengan sebuah kementerian, dan diperkasakan dengan peruntukan undang-undang bagi memelihara dan menegakkannya.
Perkara ini merupakan pegangan kuat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang penuh yakin bahawa MIB sebagai falsafah negara, jika tidak di sempitkan kepada adat budaya dan berawar bergalat sahaja, merupakan keunikkan dan kekuatan yang boleh memacu negara ke tahap kecemerlangan yang di cita-citakan.
Pendirian NDP berhubung falsafah MIB ini di tekankan oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dalam teks ucapan dasar presiden yang di sampaikan oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP di majlis perasmian Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-3 yang berlangsung di Dewan Utama ICC Berakas pada 21 Jun baru lalu.
Tegas Presiden NDP MIB sebagai falsafah negara, tidak memadai untuk hanya disebut-sebut atau di “wiridkan” tanpa pengisian yang benar-benar bermakna.
Dalam perkataan lain, tambah Presiden NDP, segala intipati dari ketiga-tiga elemen serangkai itu hendaklah di terjemahkan ke dalam semua bentuk tingkah laku dan pemerintahan negara.
"Kita hendaklah dapat merasai bahawa elemen-elemen tersebut hadir dalam semua aspek kenegaraan".
Menurutnya perkara ini dibangkitkannya kerana dalam Perencanaan Kemajuan Negara Jangka Panjang, falsafah MIB ini seolah-olah terpinggir.
"Jika diteliti pada semua rancangan kemajuan yang dirangka, konsep MIB itu tidak terserlah dengan nyata".
"Apa yang kita maksudkan di sini ialah, setiap rancangan kemajuan yang dirangka, selain untuk mencapai objektif pembangunan, hendaklah juga mampu memperkasakan MIB", tegas Presiden NDP.
"Kita mesti ingat bahawa falsafah MIB adalah unik bagi negara Brunei sahaja. Kalau falsafah ini kita abaikan dan tidak diterjemahkan ke dalam semua program pembangunan yang dirancang, maka keunikan itu akan hilang", tegas Presiden NDP sambil menambah,"ini bermakna status Brunei sebagai negara Melayu, negara Islam dan negara Beraja tidak ada bezanya dengan negara-negara sekular yang lain".
Sebab itulah, katanya lagi, kita tekankan bahawa kita tidak mahu projek-projek kemajuan yang dirancang memperlihatkan orientasi sekularisme. Akan tetapi sebaliknya hendaklah memaparkan keutuhan dan penghayatan MIB yang jelas, tambah Presiden NDP.
Presiden NDP seterusnya menyarankan dari perspektif MELAYU contohnya, apa jua perancangan kemajuan yang dibuat hendaklah mengambil kira akan objektif untuk memelihara dan mengekal identiti Melayu sebagai rupa bangsa Brunei dan juga mengekalkan nilai-nilai, budaya dan tamadun Melayu.
"Kita mahu Melayu menjadi satu bangsa yang agung bertaraf kelas pertama dunia yang mampu mencapai satu tahap kemajuan yang boleh menjadi contoh Negara-negara maju yang lain".
"Selaras dengan ini kita hendaklah mempastikan bangsa Melayu menguasai tidak kurang dari 50 peratus daripada kekayaan dan kemajuan Negara, dengan itu kita akan dapat melonjakkan Negara yang di wawaskan".
Walaupun di bawah RKN 2007-2012 begitu banyak projek pembangunan yang disenaraikan, akan tetapi, tegas Presiden NDP, kita tidak boleh tentukan berapa peratuskah daripada projek-projek tersebut yang akan diagihkan kepada peniaga/ pengusaha/pembekal/kontraktor-kontraktor Melayu.
Presiden NDP seterusnya meyarankan lagi supaya dalam gagasan menuju Wawasan 2035, kerajaan merangka strategi untuk melahirkan golongan usahawan dan hartawan Melayu supaya kedudukan bangsa Melayu di dalam negara ini mendapat pengiktirafan dan penghormatan yang sewajarnya sebagai tuan dibuminya sendiri.
"Dengan perencanaan projek-projek yang begitu besar menjelang Wawasan 2035 itu, saya percaya matlamat ini boleh dicapai selama mana kita serius mengusahakannnya", tegas Presiden NDP.
Menyentuh elemen Islam, Presiden NDP berkata dari persepktif ISLAM, apa yang di hasratkan ialah, Brunei mestilah membangun dengan menepati segala tuntutan Islam dengan sepenuhnya.
"Ini penting untuk kita memperlihatkan kepada dunia apakah ertinya konsep sebuah negara Islam dan bagaimana kemajuan dan kejayaan dicapai mengikut acuan Islam", ujar Presiden NDP.
Dari perspektif BERAJA pula, tambah Presiden NDP, hasrat kita ialah untuk menolak sebarang tanggapan negatif bahawa mana-mana negara yang mengamalkan sistem seperti negara kita ini tidak berupaya mencapai tahap kemajuan yang tinggi.
"Sebenarnya sistem pemerintahan beraja ini adalah warisan daripada tradisi dan tamadun Melayu yang agung".
"Justeru kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mempastikan tradisi dan tamadun ini bukan sahaja terpelihara tetapi relevan dan selari dengan tahap kemajuan Negara dan dunia pada amnya", jelas Presiden NDP.
Oleh itu, tegas Presiden NDP lagi, untuk mempastikan MIB kekal relevan, falsafah tersebut hendaklah diterapkan ke dalam seluruh kehidupan kita bernegara dengan penuh kesedaran termasuklah dalam semua perencanaan kemajuan negara.
"Ke arah itu, NDP sekali lagi menegaskan betapa perlunya falsafah MIB itu diinstitusikan melalui penubuhan sebuah badan yang berwibawa setara dengan sebuah kementerian, dan diperkasakan dengan peruntukan undang-undang bagi memelihara dan menegakkannya", kata Presiden NDP.
Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment