Presiden , Ahli Majlis Tertinggi dan seluruh Ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan kepada seluruh Pimpinan serta ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) di atas kembalinya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ke Rahmatullah pada 9.40 malam ini.
Perginya beliau merupakan satu kehilangan seorang Tokoh Ulama dan Politik yang disegani dan turut dirasai oleh pimpinan dan seluruh Ahli NDP.
Semoga roh Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada. Amin... Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment