Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, February 18, 2016
Inovasi rangsang pertumbuhan
CALIFORNIA, 16 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan pentingnya ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) untuk membincangkan kerjasama bagi menangani cabaran yang dihadapi ekonomi global, seperti harga minyak yang menurun dan pasaran kewangan yang tidak dapat dijangkakan.
Dalam hal ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menegaskan pentingnya kerjasama yang lebih kukuh ke arah menggalakkan inovasi dan ekonomi digital sebagai strategi-strategi utama bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang juga merupakan salah satu keutamaan Wawasan ASEAN 2025 ke arah meningkatkan nilai global rantau ini.
Baginda Sultan menekankan perkara ini pada sesi Retreat 1 bagi Sidang Kemuncak Khas Pemimpin-pemimpin AS -ASEAN yang diadakan di Great Room, Sunnylands Welcome Center, Sunnylands Center and Gardens, hari ini.
Dalam titah tersebut, Baginda mula-mula melahirkan rasa gembira di atas penekanan berterusan Amerika Syarikat bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dengan ASEAN.
Baginda juga melahirkan harapan supaya AS dapat berkongsi amalan-amalan terbaik bagi mewujudkan persekitaran yang boleh memupuk pertumbuhan inovasi dan kreativiti di rantau tersebut.
Dalam hal ini, mewujudkan satu program bagi warga ASEAN menjalani latihan dengan pelbagai syarikat-syarikat Amerika adalah antara perkara yang boleh dilaksanakan, dan sebagai salah satu cara yang boleh menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia.
Baginda juga mengambil maklum bahawa kemajuan-kemajuan teknologi mampu memudahkan lagi perniagaan, sama ada kecil mahupun besar, untuk beroperasi secara global.
Oleh itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan teknologi dan ekonomi digital untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi global.
Terdahulu keberangkatan tiba Baginda di Sunnylands Center and Gardens bagi Retreat 1 dialu-alukan oleh Presiden AS, Barack Obama.
Baginda seterusnya dijunjung menandatangani Buku Lawatan Sunnylands Estate.
Retreat 1 dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Obama diikuti dengan Ucapan Pembukaan daripada Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Choummaly Sayasone, selaku Pengerusi ASEAN.
Sumber - Media Permata
Labels:
ANTARABANGSA,
ASEAN,
EKONOMI,
HUBUNGAN LUAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment