Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Wednesday, February 10, 2016
Keberangkatan Kebawah DYMM ke Tamu Kianggeh suntik semangat para penjaja
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat melawat Tamu Kianggeh di ibu negara awal pagi tadi.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah disambut dengan rasa penuh kegembiraan oleh para penjaja dan pengunjung di tamu tersebut.
Keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini jelas kelihatan melalui keberangkatan baginda meninjau dengan lebih dekat keadaan dan aktiviti di Tamu Kianggeh yang sememangnya sibuk terutama pada hujung minggu.
Semasa lawatan tersebut baginda berkenan bercemar duli dan berinteraksi bersama para penjaja sambil meninjau aktiviti harian mereka, jelas menggambarkan betapa eratnya hubungan antara raja dan rakyatnya.
Meskipun dalam keadaan hujan, baginda tetap meneruskan lawatan dan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjunjung kasih serta bersalaman dengan baginda.
Tamu Kianggeh merupakan tempat yang mudah bagi memperoleh barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan termasuk juadah dan buah-buahan tempatan, ikan, sayur-sayuran, bunga-bungaan dan kraf tangan, di samping menjadi salah satu tempat tarikan pelancong asing ke negara ini.
Sejarah kewujudan Tamu Kianggeh bermula pada awal 1960-an dulunya merupakan tempat padian wanita menjual pelbagai hasil produk mereka dengan menggunakan bot yang juga dikenali sebagai padian.
Beroperasi seawal pagi dan berakhir pada lewat petang setiap hari yang mana kebanyakan para penjaja di sini terdiri daripada kaum wanita atau warga emas tempatan. Tamu Kianggeh merupakan pasar terbuka terletak di tepi Sungai Kianggeh di tengah-tengah ibu negara.
Apa yang jelas, keberangkatan baginda bercemar duli ke Tamu Kianggeh akan menjadi ristaan serta dapat menyuntik semangat para penjaja tempatan untuk lebih bergiat aktif menjalankan perniagaan mereka.
Sumber - Pelita Brunei
Labels:
KEPENTINGAN AWAM,
PKS,
RAJA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment