Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, October 10, 2013
APEC 2013 capai tujuh kesepakatan
Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi dari Bali, Republik Indonesia
BALI, REPUBLIK INDONESIA, Rabu, 9 Oktober. - Mesyuarat Ketua-Ketua dan Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) 2013 di Nusa Dua, Bali yang berakhir petang semalam menghasilkan tujuh kesepakatan penting terkandung dalam Deklarasi APEC 2013.
Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono yang mempengerusikan sidang kali ini membacakan tujuh kesepakatan itu, di Hotel Sofitel, di sini.
Dalam deklarasi itu, para pemimpin ekonomi APEC sepakat untuk bekerja lebih keras lagi bagi mewujudkan Matlamat Bogor (Bogor Goals).
Selain itu, liberalisasi perdagangan juga sangat penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Asia-Pasifik sebagai jentera ekonomi global dengan menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih 50 peratus daripada jumlah KDNK dunia.
APEC sepakat mendukung dan meningkatkan perdagangan di dalam kawasan Asia-Pasifik melalui kerjasama pelbagai hala seperti World Trade Organisation (WTO), di samping sepakat untuk menjayakan persidangan WTO di Bali pada Disember 2013 akan datang.
Selain itu, para pemimpin ekonomi Asia-Pasifik juga sepakat untuk mengukuhkan lagi hubungan dalam APEC dari segi fizikal, institusi serta rakyat dengan rakyat.
Dalam hal ini, terdapat cadangan bahawa peningkatan hubungan dapat membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan dalam kalangan negara anggota APEC.
Para pemimpin APEC juga setuju untuk bekerjasama menerapkan dan memberikan komitmen berterusan untuk mencapai pembangunan yang seimbang dan inklusif termasuk menggalakkan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi belia dan wanita terutama dalam bidang keusahawanan agar mereka juga dapat mengimplementasikan pembangunan secara berterusan.
Di samping itu, para pemimpin ekonomi APEC juga setuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga termasuk mengukuhkan aspek keselamatan makanan dan air.
Para pemimpin juga sepakat bahawa APEC memerlukan kerjasama pelbagai hala dengan pertubuhan-pertubuhan seperti EAS dan Kumpulan 20 Negara Membangun (G20).
Deklarasi itu juga menekankan bahawa kesepakatan kerjasama perniagaan melalui Badan Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) perlu diteruskan kerana peranan sektor swasta amat penting untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan di kawasan Asia-Pasifik.
Ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin ekonomi APEC akan bersidang lagi pada tahun depan di Beijing, Republik Rakyat China.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Pautan berkaitan:
1. 1994 Bogor Declaration - APEC Economic Leaders' Declaration of Common Resolve
2. 2012 Bogor Goals Progress Report of twenty-one APEC member economies
Labels:
ANTARABANGSA,
EKONOMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment