Posting mengikut label

Saturday, October 5, 2013

SELURUH WARGA NDP MENDOAKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN YANG BERTERUSAN KEHADAPAN MAJLIS KEBAWAH DULI



LIMBARUH HIJAU, 30 SEPTEMBER 2013 : Majlis Khatam Al Quran sempena Penutup  Bulan Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan ke 67 telah berlangsung di Surau Markas Pusat NDP , Jerudong dihadiri lebih 50 orang ahli NDP.

Majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Saudara Haji Md Zapar bin Haji Shamsuddin, mantan Ketua Biro Hal Ehwal Agama Islam turut dihadiri oleh TYT Presiden Saudara Mahmud Morshidi Othman dan TYT Timbalan Presiden Saudara Haji Juned bin Haji Ramli.

Manakala Doa Hari Keputeraan telah dibacakan oleh Saudara Haji Asbinin bin Haji Mayalin, Mantan Timbalan Ketua Biro Hal Ehwal Agama Islam.

Seluruh warga NDP mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kesejehteraan yang berterusan kepada KDYMM, kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.



Sambutan Bulan Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan ke 67 Tahun berlangsung sejak dua bulan yang lalu. Majlis Pembukaan Bulan Keputeraan telah diadakan pada 15 Julai 2013 yang lalu dengan majlis yang serupa. Bulan keputeraan telah diisikan dengan acara acara kebajikan dan menziarahi ahli ahli dan bukan ahli yang kurang berkemampuan.

Majlis tadarus sempena Sambutan Hari Keputeraan KDYMM  dan doa kesyukuran adalah tradisi NDP yang telah diamalkan sejak penubuhannya pada Tahun 2005.

No comments: