LIMBARUH HIJAU, 29 September 2013 : Sesi
Perbincangan Kumpulan Fokus dihadiri oleh 14 orang mewakili pimpinan NDP Brunei
Muara, Belait, Tutong dan Temburong hari ini di Markas Pusat telah
membincangkan secara panjang lebar mengenai Isu Penganguran yang dirasakan
tinggi di Negara Brunei Darussalam dikalangan negara negara rantau ini.
NDP turut merasakan kebimbangan Kebawah
DYMM mengenai isu ini. NDP difahamkan terdapat lebih kurang 9% dari kalangan
penduduk berusia 18 tahun ke atas yang sedang menganggur, satu fenomena yang
boleh mengancam keselamatan dalam negari jika sekiranya kadar pertumbuhannya
semakin meningkat dan tiada langkah berkesan yang diambil untuk membendungnya.
Antara lain perbincangan kumpulan fokus
bersependapat supaya pihak berkenaan menetapkan kadar gaji minima yang
munasabah berdasarkan sektor perkhidmatan / pekerjaan umpamanya tangga minima
gaji bagi pekerja tempatan disektor perkhidmatan runcitan sekitar BND600
disamping tambahan BND 250 elaun kurnia khas yang dicadangkan oleh NDP supaya
dilaratkan ke sektor swasta.
Contoh lain, bagi sektor tenaga mahir
mungkin gaji minima yang munasabah sekitar BND1500 - BND 2000 disamping elaun
kurnia khas BND 250.
Jika sekiranya kadar tangga gaji sektor
swasta ini dilaraskan seimbang dengan tangga gaji dan imbuhan yang dinikmati
oleh sektor awam nescaya isu memilih kerja dikalangan belia di negara ini tidak
akan berlaku yang menjadi kebimbangan kita semua.
Diperingkat awal memperkenalkan skim ini
hendaklah dimulai dari syarikat syarikat besar yang kemudiannya dilaratkan
secara berperingkat ke syarikat syarikat berskala pertengahan dan kecil
mengikut kreteria kreteria yang ditentukan berdasarkan size dan pendapatan
organisasi berkenaan.
Sesi perbincangan kumpulan fokus juga
mencadangkan supaya kadar tabungan amanah pekerja dinaikkan dari 5 + 5% kepada sekurang kurangnya 11 +11 % (11
% caruman majikan dan 11 % caruman pekerja), bagi menjamin tabungan mereka
diakhirnya mempunyai jumlah yang boleh menampung perbelanjaan selepas bersara
pada satu tempoh yang lebih lama.
Lain lain isu berkaitan yang turut
dibincangkan ialah supaya pihak berkenaan mewujudkan kumpulan mentor yang
berfungsi untuk membantu pelajar pelajar dari lepasan sekolah vokosional dan
tenik yang ingin membuka perusahaan sendiri seperti dibidang perkhidmatan sengaraan
di bidang bidang kursus seperti sengaraan hawa dingin , pendawaian lektrik,
membaiki kenderaan dan seumpananya.
Selain dari menyediakan khidmat
mentorship, pihak berkenaan juga disaran agar menyediakan kemudahan bengkel
operasi , peralatan dan modal pusingan secukupnya secara percuma untuk satu
tempoh yang munasabah. Hanya dengan komitmen pihak berkenaan seperti ini akan
melahirkan usahawan muda yang berkayakinan tinggi dan berdaya maju.
Untuk menarik minat belia belia mengangur
mencaburi bidang pertanian, kaedah pertanian secara moden dan secara komersial
hendaklah diperkenalkan kepada belia belia mengangur bersekali dengan latihan
teknikal dan ilmu asas pertanian.
Mengambil contoh disebuah negri di negara
jiran mereka telah memperkenalkan sistem pertanian secara petagasi dimana pihak
berkenaan menyediakan semua kemudahan termasuk mentorship dari kalangan pegawai
pertanian sendiri, baja , racun dan membantu memasarkan hasil pertanian mereka
secara percuma pada satu tempoh sehingga mereka boleh berdikari.
Pilihan jenis tanaman yang disyorkan
adalah difokuskan kepada komoditi yang ada pasaran dan bernilai tinggi terutama
sekali yang mempunyai nilai eksport seperti
rockmelon, tomato cherry dan seumpamanya.
Sesi perbincangan kumpulan fokus ini telah
dipemgerusikan oleh TYT Presiden NDP, Mahmud Morshidi Othman.
No comments:
Post a Comment