Posting mengikut label

Monday, September 9, 2013

Gesa raja selesai pertikaian


PHNOM PENH, 4 Sept (AFP) – Parti pembangkang Kemboja telah menyeru raja negara Kemboja untuk menyelesaikan pertikaian pilihan raya pada bulan Julai, yang menyaksikan Perdana Menteri Hun Sen kekal berkuasa.

Keputusan undian rasmi telah menunjukkan Parti Rakyat Kemboja telah memperoleh kemenangan, mengejutkan pembangkang Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP) yang mendakwa telah berlakunya penipuan secara besar-besaran ke atas undian.

CNRP, yang setakat ini tidak berjaya menuntut siasatan bebas dalam pilihan raya itu, telah berkata beribu-ribu penyokong akan melakukan bantahan secara aman pada hari Sabtu yang akan menjadi salah satu demonstrasi pihak pembangkang yang terbesar dalam satu dekad.

Keputusan undian akhir dijangka akan diumumkan pada 8 September dan selepas itu tidak akan ada lagi cabaran undang-undang untuk CNRP.

Dengan kesuntukan masa, pemimpinnya Sam Rainsy pada hari Isnin telah menghantar surat kepada raja Kemboja iaitu Raja Norodom Sohamoni dan menggesa beliau untuk melibatkan diri bagi menyelesaikan masalah politik tersebut.

“Saya meminta Raja Norodom Sihamoni untuk campur tangan dalam usaha untuk mencari resolusi bagi penyelewengan dalam pilihan raya dan keadilan yang diinginkan oleh rakyat Kemboja,” kata Rainsy dalam satu surat yang dikeluarkan pada hari Rabu.

Raja Kemboja adalah ketua rasmi negara tetapi penganalisis berkata beliau tidak lagi menjalankan kuasa politik, memberikan Hun Sen – yang telah berkuasa selama hampir tiga dekad – kawalan kuasa sepenuhnya.

Pihak pembangkang telah merancang untuk mengadakan bantahan aman pada hari Sabtu ini, menggesa para penyokongnya untuk mengelakkan dari melakukan “huru-hara” yang boleh menambah masalah politik negara.

Pasukan keselamatan dan kereta perisai telah dikerahkan di sekitar ibu negara sejak pengundian 28 Julai lalu, satu langkah yang dianggap oleh pihak pembangkang sebagai ugutan.

CNRP juga telah berkata ia merancang untuk memfailkan saman jenayah terhadap pihak berkuasa pilihan raya ke atas undian, yang mana CPP berkata ia telah memenangi 68 kerusi dan pembangkang mendapat 55 kerusi.

Dipetik dari - Media Permata

No comments: