Posting mengikut label

Sunday, September 29, 2013

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Banginda Sultan, turut disentuh dalam Majlis Usrah Warga JASA


LIMBARUH HIJAU - Majlis Usrah bulanan warga JASA diadakan 26 september 2013, hari Khamis bertempat di surau markas pusat NDP, di Jerudong yang dipimpin oleh Tuan Yang Terutama Presiden NDP saudara Mahmud Morshidi Othman sebagai naqib. Majlis tersebut diisi dengan solat Maghrib, ratib dan solat Isya.

Seterusnya majlis diisi dengan majlis ilmu yang telah membincangkan konsep niat dan ikhlas dalam perjuangan serta peringatan terhadap bahaya fitnah  berdasarkan pandangan Sheikh Mustafa Masyhur dalam bukunya 'Jalan Da'wah Antara Keaslian Dan Penyelewengan'.



Pada sesi ke tiga, majlis usrah telah membincangkan isu isu semasa berkisar kebimbangan kedatangan Komuniti Ekonomi Asean, Komuniti Sosio Budaya Asean dan Komuniti Keselamatan dan Politik Asean menjelang 2015 dan selepasnya.

Majlis sepemandangan meragui keupayaan konsep MIB yang semestinya  boleh dijadikan sebagai penampan gelombang serangan budaya baru.

Perbincangan di majlis usrah tersebut juga melahirkan kebimbangan mengenai keupayaan gerakan dakwah di negara ini untuk mengeksport nilai nilai Islamik untuk dijadikan cerminan sebagai negara zikir / negara dakwah dikalangan negara anggota Asean.

Majlis usrah juga turut menyentuh mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan baru baru ini yang menegur belia yang gemar bersantai yang boleh meruntuhkan tamadun bangsa.

Pada sesi usrah tersebut sepemandangan turut melahirkan kekecewaan betapa sistem pendidikan pada umumnya gagal membina generasi merdeka yang mempunyai jati diri dan bersahsiah tinggi. Jestru konsep MIB perlu diberikan makna dan pendekatan baru  sebenar untuk mengisi kemerdekaan yang bukan hanya menekankan aspek aspek terasul , mengikat dastar dan adat istiadat.

Melayu Brunei hendaklah diperkasa menjadi Bangsa Melayu baru yang bertaraf dunia yang luas jangkauannya. Islam dalam MIB hendaklah menjadi teras dan tunggak pembinaan bangsa dan negara yang boleh menjadi pengikat kesetiaan seluruh rakyat terhadap negara dan Institusi Kesultanan Brunei.

"Isu santai ada kaitan dengan kadar penganguran yang tinggi dan pengangguran yang tinggi ada kaitan dengan dasar pembangunan negara yang lemah." demikian pandangan Ketua Biro Penerangan dan hal Ehwal Awam, saudara Ahmad Haji Timpus.

Warga JASA mengalu alukan partisipasi ahli ahli lainnya dan orang ramai untuk bersama sama di dalam majlis usrah dimasa akan datang yang diadakan setiap bulan.

Majlis usrah tersebut berakhir tepat jam 11 malam.

No comments: