Posting mengikut label

Saturday, September 7, 2013

SAMBUTAN ULANG TAHUN NDP KE 8, DIRAIKAN DALAM SUASANA KEMERIAHAN AIDIL FITRI



KUALA BELAIT, 1 SEPTEMBER 2013 : Satu Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri yang disempenakan dengan sambutan ulang tahun NDP ke 8 telah di adakan di Daerah Belait yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Daerah Belait bertempat di rumah kediaman Mantan Naib Presiden Daerah Belait Saudara Sulaiman bin Metarsahad yang dihadiri oleh kira kira 150 orang ahli NDP.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Presiden sebagai Tetamu Kehormat dan disertai oleh Timbalan Presiden,  Naib Presiden Daerah Belait, Naib Presiden Daerah Temburong, Pengerusi Tetap , Timbalan Pengerusi Tetap  serta Ahli ahli Majlis Tertinggi yang lain.


Presiden dalam memulakan muqadimmahnya mengimbau sejarah penubuhan NDP yang penuh cabaran dan kerahsiaan di atas ketulusan pendiri parti yang dizahirkan melalui Perlembagaan Parti yang disembahkan kehadapan Majlis Kebawah DYMM akhirnya disambut juga dengan ketulusan oleh Kebawah DYMM dengan memperkanankan penubuhan parti pada 31 Ogos 2005.

Saudara Morshidi sekali lagi mengulangi ucapannya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun NDP di Markas Pusat pada 31 Ogos 2013 agar menanai kepercayaan Kebawah DYMM dan kerajaan terhadap NDP dengan mengelakkan dari melakukan sebarang kegiatan yang merugikan.




Presiden NDP dalam ucapan itu banyak menekankan kebimbangan  parti terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini dimasa hadapan. Beliau memberi contoh mengenai kesamaran rakyat terhadap untung ruginya Brunei menambat perjanjian sebagai anggota komuniti ekonomi ASEAN menjelang 2015 dan menjadi signitori kepada perjanjian pelaburan dan perdagangan Trans Pacific Parntership (TPPA).

Anggota anggota TPPA terdiri daripada 12 negara Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Canada, Chile, Maxico, Japan, Peru, Vietnam, Malaysia, Singapore dan Brunei.

Menurut Saudara Morshidi, "Rakyat biasa masih belum faham apa itu ASEAN Ekonomi Kumuniti, significant, untung dan ruginya Brunei menyertai perjanjian tersebut. Kini rakyat Brunei diasak lagi dengan sebuah perjanjian yang dianggap amat kontrovesi oleh sebahagian besar rakyat dikebanyakan negara anggota TPPA dan secara langsung meletakkan Brunei sebagai pelaku di dalam 'The Great Game' dunia politik Abad Ke 21, " keluh Saudara Morshidi.

"Dalam perjanjian TPPA tersebut yang bakal ditandatangani di Bandar Seri Begawan pertengahan Oktober depan ditanggapi sebagai memberikan hak dan kelonggaran kepada syarikat syarikat multi national (MNCs) untuk menyaman negara tuan rumah jika sekiranya negara tuan rumah tidak memenuhi syarat syarat pelaburan yang dipersetujui," tegas beliau lagi.

Menurut Saudara Morshidi, "dapatkah kita menolak permintaan MNCs apabila mereka berhasrat untuk menolak 'dua jam rehat kuai libai'? (pada hari Jum’at), dapatkah kita menolak permintaan mereka untuk membina rumah rumah ibadat selain masjid di tapak tapak perusahaan mereka? Sedangkan semua itu ada kaitan dengan semangat liberalisasi ekonomi dan hak asasi manusia," Saudara Morshidi memberi contoh.

Saudara Morshidi juga turut berkongsi kebimbangan masyarakat setempat mengenai 'kekurangan' tenaga tenaga kepolisian dan keselamatan di daerah tersebut yang sebahagian dari tenaga tetap di daerah itu terpaksa dipinjamkan ke Bandar Seri Begawan kerana Bandar Seri Begawan menjadi tumpuan sidang sidang peringkat pegawai , menteri dan ketua negara sepanjang tahun 2013.

Menurut Suadara Morshidi lagi, "Maklumat yang sampai kepada NDP menyebutkan bahawa sepanjang tempoh 4 bulan pertama pada tahun ini sebanyak 1500 kes jenayah berbagai kategori telah berlaku yang berkemungkinan ada korelasi dengan kadar penganguran 9% antara kadar tertinggi di rantau ini yang memerlukan penilaian dan perhatian serius oleh pihak pihak berkenaan."

NDP berharap pihak pihak berkenaan hendaklah lebih telus dan terbuka mengongsikan kepada rakyat apa apa jua perkara  yang menyangkut kepentingan umum. Selain daripada perkara yang disebutkan NDP mempunyai senarai panjang isu isu yang menjadi keresahan mereka hari ini dan masa depan negara bangsa.

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Saudara Pengiran Haji Zainal Pengiran Talib, Naib Presiden Daerah Belait selaku Tuan rumah dan Saudara Sulaiman Metarshad, Mantan Naib Presiden Daerah Belait.  Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Haji Sulaiman bin Haji Duraman.

No comments: