Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai - "Apa yang perlu kita buat sekarang adalah memastikan setiap langkah mempersiapkan negara untuk masa hadapan termasuk dalam latihan kepada industri, putaran peningkatan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana kepada standard antarabangsa serta mempunyai program penyelidikan dan pembangunannya."
Perkara ini ditegaskan oleh Menteri tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Yasmin Haji Umar di majlis pelancaran Buku Tahunan Minyak dan Gas 2012 dan pelancaran laman web rasmi Jabatan Tenaga, yang berlangsung di Jerudong Park Polo Club, hari ini.
Beliau turut menegaskan setiap kerja perlu dibuat berasaskan kepada prinsip di peringkat pengusaha dan perlu juga bersifat lut sinar.
"Tenaga negara ini merangkumi 60 peratus KDNK negara dan 90 peratus eksport negara dan salah satu tumpuan dalam penerbitan buku itu adalah isu dan hasil perbincangan industri minyak dan gas Brunei," ujar beliau.
Menurut Yang Berhormat Pehin, buku itu menyentuh mengenai potensi gas asli cair Brunei melalui pandangan analitis termasuk cabaran Hidrokarbon Brunei Darussalam serta fokus kepada peranan perbankan dan perkhidmatan kewangan dalam pelaburan, kepentingan kejuruteraan dan aktiviti Infrastruktur.
"Saya percaya daripada penerbitan buku ini, ia akan mampu menunjukkan potensi menarik minat pelabur dan rakan kongsi melalui aktiviti yang dibuat sekali gus mempromosikan pembangunan di masa akan datang negara ini terutama dalam industri ini," tambahnya lagi.
Buku berkenaan juga memberikan gambaran tentang wajah industri minyak dan gas domestik tahun 2012 serta peranan kerajaan serta pihak yang berkepentingan dalam Industri Minyak dan Gas negara ini.
Yang Berhormat Pehin seterusnya menegaskan: "Kita berhasrat untuk memberikan gambaran kepada dunia mengenai kejayaan kita, serta peluang terbaik untuk membuka mata pelabur asing kepada potensi Brunei selain mempromosikan destinasi pelaburan yang selamat dan stabil dari aspek ekonomi dan politik Brunei Darussalam."
Apabila mengulas mengenai pelancaran laman web Jabatan Tenaga Jabatan Perdana Menteri, beliau menegaskan ia berperanan sebagai pembantu daripada pusat kebangsaan e-Kerajaan yang dihasratkan menjadi pusat perhentian informasi kepada industri minyak dan gas tempatan.
"Brunei Darussalam giat mencari bakat profesional tempatan yang mahir untuk menggerakkan industri minyak dan gas negara ini, selain itu pembangunan perdagangan menjadi isu kedua tahun ini selain rangka kerja daya saing kini dalam peringkat terakhir bagi penglibatan anak tempatan dalam industri ini," jelas Yang Berhormat Pehin.
Beliau juga menegaskan satu sasaran besar dibuat untuk perniagaan tempatan termasuk juga peluang pekerjaan.
"Tahun lalu kita menyasarkan 1,000 tempat kosong dalam pekerjaan industri ini dan tahun ini 760 telah berjaya diisikan dan ia merupakan pencapaian yang sangat baik.
"Justeru, industri perlu melihat kepada skim bagi graduan yang sedang mencari pekerjaan dalam bidang minyak dan gas yang antaranya membuktikan kerjasama erat penggerak industri bersama kerajaan yang akan mampu menganjakkan paradigma kita," tambahnya
Selain itu Yang Berhormat Pehin turut menekankan keperluan bagi perubahan mentaliti dan set minda anak tempatan untuk mengisikan kekosongan jawatan yang diperlukan dalam industri minyak dan gas ini.
Buku yang dilancarkan itu adalah hasil kerjasama Jabatan tenaga Jabatan Perdana Menteri bersama Bank Islam Brunei Darussalam diterbitkan Wildcat International yang menyaksikan kehadiran Bekas Pengarah Eksekutif Upstream International bagi Shell Diraja Belanda, Malcolm Brinded dan juga Naib Presiden Asia tenggara bagi Murphy Oil, Eric Hambley.
Dipetik dari - Media Permata Online
Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, July 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment