Posting mengikut label

Thursday, July 26, 2012

Tempoh Belansungkawa untuk Mantan Presiden berakhir.



LimbaruhHijau, 05 Ramadhan 1433 / 25 Julai2012 : Hari ini genaplah seminggu kepergian Allahyarham Ayahanda Muhammad Yasin bin Abdul Rahman@ Yasin Affendy, Mantan Presiden NDP kerahmatullah. Allahyarham Mantan Presiden telah meninggal dunia akibat sakit tua pada 18 Julai 2012 yang lalu. Berikutan itu, sebagai tanda hormat maka Markas Pusat NDP telah mengibarkan bendera Sang Setia setengah tiang selama seminggu dan hari ini bendera tersebut telah dinaikkan penuh seperti biasa tanda berakhirnya perkabungan ahli-ahli NDP. 

Allahyarham Mantan Presiden NDP merupakan seorang pejuang yang telah mengorbankan lebih dari setengah usianya dalam memperjuangkan nasib anak bangsanya di bumi Darussalam. Kepergian Allahyarham meninggalkan seribu kesedihan dihati ahli-ahli NDP khasnya.

Allahyarham Ayahnda bergambar ramai di hari penamaan
calon Kongres NDP pertama 2006
Beliau merupakan salah seorang ahli Pro-tem NDP yang sama-sama terlibat dalam penubuhan NDP pada Tahun 2005. Sepanjang lebih 3 tahun menjadi Presiden NDP, beliau telah banyak berkorban demi kemajuan NDP. Diakhirhayat beliau, Allahyarham Ayahanda Muhammad Yasin bin Abdul Rahman menjawat jawatan sebagai Ketua Lembaga Penasihat NDP setelah beliau berundur dari jawatan Presiden pada Tahun 2010 kerana keuzuran beliau.  

Beramah mesra bersama salah seorang duta negara asing ke Negara Brunei Darussalam ketika menyambut Rumah Terbuka NDP sempena Hari Raya Aidil Fitri
Ayahnda Allahyarham ketia berucap di Majlis  Permesyuaratan Perhubungan DaerahKe-2 di Holiday Lodge Hotel, Jerudong

Semoga dengan kepergian Allahyarham tidak akan mengendurkan semangat ahli-ahli NDP pada meneruskan perjuangan NDP dalam menjunjung titah membangun bangsa.  Semogaroh Allahyarham Ayahanda Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affendy dicucurirahmat dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh. Amin.


BELASUNGKAWA : HORMAT SELURUH WARGA NDP....

No comments: