Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, January 31, 2013
Isu status PR akan ditangani
Oleh Sim Y. H.
SERIA, 28 Jan - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sedang merumuskan satu garis pandu yang dihasratkan untuk membantu menangani masalah status penduduk tetap yang diketengahkan oleh sesetengah penduduk khususnya bagi warga penduduk tetap Brunei perempuan atau wanita yang bersuamikan warganegara asing.
Mengulas mengenai dengan isu taraf penduduk atau imigresen, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, berkata, isu yang diketengahkan adalah mereka yang mempunyai kad pengenalan merah atau status penduduk tetap, di mana bagi perempuan yang bersuamikan warganegara asing, sukar mendapat taraf penduduk tetap.
"Mereka yang penduduk tetap Brunei itu adalah perempuan yang bersuamikan orang asing. Jadi setakat ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, sedang merumuskan satu garis pandu yang kira-kira akan meliputi isu-isu seperti ini terutama sekali apabila mereka itu sudah berumah tangga lebih 20 ke 30 tahun, sudah melahirkan satu generasi baharu, generasi itu pun juga belum mendapat kad merah, isunya adalah isu persekolahan mereka, pekerjaan mereka.
"Insya Allah, mudah-mudahan dengan kebijaksanaan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan dapat merumuskan satu garis pandu bagi menyelesaikan isu-isu seperti ini."
Yang Berhormat Pehin menyatakan perkara ini dalam temu bual bersama media selepas lawatan kerja ke Mukim Sukang, Daerah Belait, hari ini.
Menurut beliau, penduduk di kawasan pendalaman tidak ketinggalan daripada menerima perhatian pihak kerajaan dengan pelbagai prasarana dan kemudahan-kemudahan seperti jalan raya dan bekalan elektrik, yang disediakan oleh kerajaan adalah dalam keadaan baik.
Di samping itu, kehidupan masyarakat khususnya dari segi perpaduan mereka amat mempercayai dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh ketua-ketua rumah panjang dan penghulu dalam memeduli serta terus prihatin terhadap keperluan dan kesejahteraan mereka.
Pada masa yang sama, usaha terus dijalankan untuk memperbaiki prasarana yang disediakan serta untuk menangani permasalahan yang disuarakan oleh masyarakat setempat.
"Perkara yang berbangkit dari dialog bersama orang ramai tadi adalah bagaimana prasarana yang ada diperbaiki. Ertinya ada jalan raya yang rosak diperbaiki."
Yang Berhormat Pehin menambah bahawa maklumat-maklumat yang dikemukakan semasa sesi dialog berkenaan telah diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan selanjutnya serta percaya bahawa perkara berkenaan akan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.
Dipetik dari - Media Permata
Labels:
KESELAMATAN NASIONAL,
SOSIAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment